Sunday, March 2, 2008

Laporan Bulan Januari Blok Temenggung

Laporan Bulan Januari Blok Temenggung

Sepanjang bulan Januari,pelbagai aktiviti telah dilaksanakan. Antaranya ialah mesyuarat agung tahunan rumah temenggung.

Mesyuarat agung ini telah diadakan di makmal kimia 2. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh semua ahli dan guru rumah temenggung. Kami telah melantik ahli jawatankuasa tertinggi rumah. Pemilihan telah diadakan secara demokrasi mengikut konsep 1 Malaysia. Ketua guru rumah, Encik Ibrahin bin Haron telah menyampaikan amanatnya kepada seluruh warga bendahara. Beliau amat berharap agar rumah temenggung akan mencapai zaman kegemilangannya pada tahun ini.

Pada bulan ini, aktiviti gotong-royong juga telah diadakan. Program ini membantu membersihkan kawasan asrama yang telah ditinggalkan sepanjang cuti akhir tahun lepas. Tujuan aktiviti ini hanya bertumpu kepada kebersihan dorm kerana musim persekolahan baru sahaja bermula. Kami akan menumpukan bahagian keceriaan selepas outing pertama seminggu sahaja lagi.

Dalam aktiviti merentas desa, seluruh ahli temenggung telah memberikan komitmen yang sepenuhnya. Ramai ahli rumah telah menyumbangkan mata untuk temenggung Secara keseluruhannya, temenggung telah menduduki tempat kedua keseluruhan.


Harapan kami agar blok temenggung terus cemerlang dalam bulan-bulan mendatang. Kami kini telah merancang perkara-perkara yang perlu diberikan perhatian pada Hari Olahraga Tahunan SDAR dan lain-lain program yang bakal berlangsung dan membabitkan rumah temenggung.

Disediakan oleh,

(MUHD LUKMAN BIN JINAL)
Setiausaha,
Blok temenggung.