Thursday, May 21, 2009

Kem Jom Bijak Berbicara SDAR, Seremban (5/3/09)





Sekolah Dato' Abd Razak (SDAR), Seremban telah menjemput Saudara Badrul Sani mewakili Speak Out AMPAC untuk mengelolakan program Kem Jom Bijak Berbicara untuk para pemimpin pelajar. Dihadiri oleh 55 orang pengawas, kem ini membawa seribu satu makna untuk peserta khususnya dalam menyuntik keyakinan berbicara dan menyemai kaedah berkomunikasi dengan cemerlang. Dari pagi hingga ke petang, program ini padat dengan aktiviti-aktiviti yang membangunkan keupayaan peserta berbicara dengan yakin, padat dan tampak bergaya. Alhamdulillah, dalam tempoh yang singkat ini, Kem Jom Bijak Berbicara berjaya meninggalkan impak yang besar dalam kehidupan para pemimpin pelajar SDAR dalam melaksanakan qiyadah yang cemerlang.

PENTINGNYA MEWUJUDKAN IKLIM SEKOLAH YANG POSITIF

Disiplin penting dan menjadi asas terhadap kecemerlangan sesuatu perbuatan. Malah, disiplin juga menjadi asas kejayaan sesebuah sekolah. Oleh itu, penekanan terhadap pembentukan iklim disiplin sekolah yang positif amat perlu diberikan perhatian.

Kebanyakan dari kita hanya melihat disiplin sebagai medium untuk menzahirkan hukuman. Sebaliknya, ganjaran juga menjadi item penting bagi mewujudkan iklim disiplin sekolah yang positif.

Persoalannya, mengapakah perlu diwujudkan iklim disiplin yang positif? Sesungguhnya, disiplin sekolah yang positif membolehkan P&P dilakukan dengan lancar (Tan Sun Seng, 2005). Ini kerana tenaga dan masa pengetua, guru dan staf tidak dibazirkan untuk menguruskan hal-hal salah laku pelajar mahupun staf dan mengabaikan tugas yang hakiki. Maka, segala aktiviti sekolah dapat dijalankan dalam suasana yang baik dan terurus.

Selain itu, menurut Tan Sun Seng, 2005 " a school environment provides the cornerstone for academic reform. By providing an aquitable, accessible, healthy, supportive, secure and safe surrounding, the school and community support the educational goal that the children shall attain challenging and high standard".

Persoalan lain yang perlu dijawab ialah cabaran dan halangan semasa yang dihadapi oleh pihak pengurusan sekolah bagi mewujudkan iklim sekolah yang positif. Biasanya masalah disiplin yang wujud di sekolah datangnya dari pelajar berumur dari lingkungan tiga belas hingga enam belas tahun iaitu remaja yang penuh dengan perasaan dan jiwa memberontak dan mempunyai sifat ingin mencuba yang tinggi, ibid.
Kaedah Untuk Mewujudkan Disiplin Positif

Menurut Tan Sun Seng (2005) yang memetik tulisan Janet Nelsen, 2001 iklim disiplin sekolah boleh diwujudkan dengan mengambil langkah-langkah berikut:

a) Menanam semangat kekitaan, merayakan dan memuliakan setiap penambahbaikan pelajar dan sekolah dan bukan memberi tumpuan kepada salahlaku dan kelemahan

b) Berongsi dan bersama denga pelajar menjalankan aktiviti positif yang mereka gemar

c) Mengadakan mesyuarat kelas untuk menyelesaikan masalah dengan semangat kerjasama dan saling hormat-menghormati

d) Memberi kerja atau tugasan yang bermakna. Pelajar merasakan 'kekitaan' apabila diberi tugasan di mana meraka rasa dapat menyumbang kepada pihak sekolah.

e) Jika boleh, libatkan pelajar dalam penetapan sesuatu keputusan di sekolah supaya mereka merasa kekitaan, diambil berat, bermotivasi dan bersemangat

f) Luangkan masa untuk melatih pelajar

g) Mengajar pelajar dan bertindak sebagai modal kepada pelajar; saling hormat-menghormati

h) Mengambil masa yang tepat dan jitu dan kena pasa tempatnya untuk menyelesaikan sesuatu masalah

i) Tidak memalukan pelajar

j) Benarkan sedikit masa untuk pelajar berfikir tentang masalah meraka (positive time out)

k) Perlu mengajar pelajar belajar daripada kesalahan yang telah dilakukannya melalui:

i) mengecamkan salahlaku (recognize)

ii) perdamaian dan permuafakatan (reconcile)

iii) penyelesaian [tumpu kepada penyelesaian dan bukan tuduhan] (resovle)

l) Memeri tumpuan kepada penyelesaian dan bukan kesannya

m) Pastikan perasaan kasih dan hormat ditanamkan kepada pelajar

n) Mewujudkan perasaan kegembiraan atau kegirangan di dalam kelas dan sekolah

Walau apapun, ke semua item di atas tidak boleh dilakukan sekiranya pihak pelajar tidak mahu turut serta di dalam usaha mewujudkan iklim sekolah yang positif. Pemimpin pelajar yang menjadi medium di antara guru dan pelajar perlu berperanan dengan baik dengan menjalankan tugasan sesempurna mungkin. Jika mereka sendiri melakukan kesalahan atau tidak menyokong pihak sekolah........apa akan jadi? Fikir-fikirkanlah...

Selamat Bertugas!
Mr. Azimi
*Diolah dari Jurnal Pendidikan PKPSM Julai 2005

Saturday, May 2, 2009

Laporan Bulan Februari 2010

Sepanjang bulan,pelbagai tindakan drastik telah dilaksanakan bagi menambahkan dan menceriakan blok. Antaranya ialah semua ahli rumah Temenggung telah bertungkus- lumus untuk mencari jalan bagi mencantikkan dorm masing-masing.segala keingat yang telah dicurahkan akhirnya berbaloi dengan tahap kebersihan dorm mereka menepati kuota yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

Hicom blok Temenggung telah menyeru semua ahli rumah Temenggung supaya sentiasa menjaga kebersihan dorm masing-masing serta tidak mudah lalai atau leka untuk memastikan dorm mereka setiasa berada satu tapak ke hadapan daripada dorm bagi blok lain.Bagi merealisasikan hasrat sekolah untuk memenangi ASAT,hicom Tememggung telah menyelaraskan semua dorm di blok Temenggung supaya kelihatan lebih teratur dan bersistematik.

Pada bulan ini juga,ramai ahli rumah Temenggung telah mewakili sekolah dari sukan ragbi untuk ke Kejohanan Ragbi Terbuka Victoria Institution 10’s.secara keseluruhannya semua ahli rumah Temenggung telah bergiat aktif dalam sukan terutamanya dalam mewakili sekolah ke peringkatkebangsaan dan antarabangsa.Sepanjang Minggu Penghayatan Islam,ramai ahli rumah Temenggung telah melibatkan diri dalam setiap pertandingan yang telah diadakan.

Dalam aktiviti sukantara,seluruh ahli temenggung telah memberikan komitmen yang sepenuhnya serta menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi . Ramai ahli rumah telah menyumbangkan mata untuk rumah Temenggung Secara keseluruhannya, Temenggung telah menduduki tempat kedua keseluruhan dibelakang rumah laksamana.


Pada Hari Olahraga Tahunan Sdar(HOTS),semua ahli rumah Temenggung telah memberi kerjasama yang mapan untuk menghias khemah pada malam sebelumnya.Rumah Temenggung telah diberi tema `kaum Cina ‘telah menunjukkan prestasi yang baik sepanjang berlangsungnya kejohanan ini.Secara keseluruhannya,rumahTemenggung telah mendapat johan bagi kelas 3 dan johan kawad kaki rumah sukan.Temenggung telah mendapat tempat ke-2 keseluruhan bagi kejohanan tersebut.Saya berharap semua ahli rumah Temenggung dapat mengekalkan semangat serta keyakinan diri untuk membawa Temenggung ke tahap yang lebih tinggi.

Disediakan oleh,
MOHAMAD LUKMAN BIN MOHD JINAL
Setiausaha,
Blok temenggung,
Sekolah Dato’Abdul Razak

Laporan Bulan Februari 2010

Pada bulan Februari, kami telah banyak melakukan perubahan untuk memantapkan exco ini. Hal ini demikian kerana banyak perkara yang tidak diigini berlaku.

Kami telah meninjau keadaan Dewan Makan pada setiap hari untuk memastikan semua perkara berjalan dengan lancar. Antara tinjauan yang telah kami lakukan adalah seperti memastikan semua pelajar mengosongkan dan mengemaskan meja masing-masing setelah selesai menjamu selera beramai –ramai. Perkara ini telah dilakukan dengan jayanya

Selain itu kami juga telah memastikan setiap pelajar masuk ke dewan makan untuk makan malam sebelum jam 7.00 petang. Hal ini dilaksanakan untuk memastikan pelajar- pelajar Sekolah Dato’ Abdul Razak dapat turun ke masjid untuk menunaikan solat maghrib secara berjemaah seperti yang diuar-uarkan oleh tuan pengetua cemerlang Tn Haji Zakaria B. Md Zin.

Pada 19 Februari ahli exco bersama-sama guru–guru dan penyelia asrama telah bersama-sama berganding bahu membungkus makanan-makanan untuk semua warga Sekolah Dato` Abdul Razak. Bungkusan-bungkusan ini akan diedarkan pada keesokan harinya iaitu pada Hari Olahraga Tahunan SDAR (HOTS). Semua warga SDAR telah dapat menikmati makanan hasil sumbangan yang telah kami berikan.

Sebelum pelajar SDAR pulang bercuti sempena cuti maulidur rasul exco kebajikan telah membuat satu tinjauan untuk mengenal pasti pelajar – pelajar yang tidak pulang pada hari cuti tersebut. Perkara ini dilakukan adalah untuk kesenangan menyediakan makanan kepada mereka sepanjang cuti berlangsung.

Disediakan oleh,
UZAIRIL HAKIM BIN AHMAD AZMI
SETIAUSAHA
EXCO KEBAJIKAN
LEMBAGA PEMIMPIN PELAJAR 2010

Laporan Bulan Februari 2010

Pada bulan ini, Exco Sahsiah dan Akademik telah menjalankan tugas dengan baik. Exco Sahsiah dan Akademik menjalankan tugas seperti yang telah dibincangkan sesama ahli Exco sebelum ini. Bagi slot tazkirah selepas solat Jumaat, saudara Ikhmal telah menyampaikan tazkirah yang bertajuk Ciri-ciri Mukmin Cemerlang pada 19 Februari. Kehadiran pemimpin pelajar walau pun ramai namun masih tidak memuaskan. Slot tazkirah pada minggu berikutnya pula tidak dapat djalankan kerana ramai pelajar yang pulang sempena dengan Maulidur Rasul.

Kehadiran pemimpin pelajar untuk solat fardu Subuh berjemaah pula tidak seperti yang dijangka. Ramai pemimpin pelajar yang tidak menunaikan solat Subuh secara berjemaah di masjid sebaliknya menunaikannya di dorm. Perkara ini amat merisaukan kerana bilangan tersebut berada di dalam zon yang merisaukan.

Artikel-artikel bulanan yang ditaip oleh saudara Irshad Harris telah pun disiapkan dan diedarkan ke setiap dorm pemimpin pelajar. Artikel yang disertakan dengan hadis-hadis ini merupakan salah satu cara untuk menyedarkan para pemimpin pelajar untuk terus mejalankan tugas dengan penuh ketelusan.

Bagi ‘Sudut Ilmu’ pula, tugasan ini tidak dapat dijalankan pada bulan ini kerana masalah printer berwarna yang rosak di bilik kaunseling. Hal ini sedikit sebanyak menjejaskan rancangan kami kerana bahan-bahan telah dapat dikumpulkan namun tidak dapat dicetak lagi.

Tugasan yang baru telah diberikan kepada Exco ini untuk menguruskan ‘Speaker Corner’ yang bertempat di kantin. Exco telah ditugaskan untuk memastikan program ini berjalan dengan lancar. Jadual telah disiapkan dan diedarkan ke setiap dorm. Penyampaian akan disampaikan dalam bahasa melayu pada setiap hari Khamis manakala bahasa Inggeris pada setiap hari Rabu. Semua pemimpin pelajar terlibat dengan program yang diadakan dengan kerjasama Exco Siaraya dan Komunikasi ini.

Pihak Exco Sahsiah dan Akademik berharap semua pemimpin pelajar dapat memberikan kerjasama bagai memastikan setiap program yang dirangka berjalan dengan lancar.

Disediakan oleh,
MUHAMMAD AFIQ FAHMI BIN JAMIL
Setiausaha Exco,
Exco Sahsiah dan Akademik.