Tuesday, June 30, 2009

HARI TERBUKA ASRAMA SDAR 2009


SDAR akan mengadakan Hari Terbuka Asrama pada 4 Julai 2009. Semua pembaca dijemput hadir dari jam 8.00 pg - 4.00 petang. Perasmian akan dilakukan Tuan Pengarah Jabatan Belia & Sukan Negeri Sembilan. Pelbagai aktiviti akan diadakan seperti:
  1. gusti tangan,
  2. teka jumlah barang,
  3. fear factor,
  4. persembahan rumah sukan,
  5. sumo,
  6. futsal,
  7. pertandingan gangsdarz,
  8. sdar idol,
  9. rumah hantu,
  10. pertandingan dodol
  11. kuih bahulu,
  12. tayangan filem,
  13. permainan playstation
  14. x box,
  15. pameran-pameran,
  16. dan acara kemuncak hari terbuka iaitu pertandingan tarik tali antara rumah sukan.
Semua dipersilakan hadir....!

Monday, June 29, 2009

KEJOHANAN ANTARABANGSA RAGBI COBRA -CIMB, 2009

Syabas dan tahniah buat pasukan ragbi SDAR yang berjaya menjadi johan. 8 orang pemain SDAR akan mewakili negara di Perth, Australia pada bulan November nanti. Antara mereka yang Add Imagemenjadi tonggak utama kepada kejayaan SDAR ialah Mohd Lukman Mohd Jinal, Uzairil Hakim Ahmad Azli, Amirul Sani. Buat pemain yang lain syabas dan tahniah. Berita penuh boleh didapati melalu www.bharian.com.my pada ruangan sukan 29 Jun 2009. Semoga SDAR terus mencipta nama di mata dunia

Wednesday, June 24, 2009

KEJAYAAN SDAR DALAM BIDANG KOKURIKULUM SEHINGGA 24 JUN 2009

  • Pasukan Ragbi - Kejohanan Ragbi MSSMNS 2009 bawah 18 (Naib Johan)
  • Ragbi 10 SBP 2009 (Naib Johan)
  • Silat Gayung - Peringkat Kebangsaan (Johan)
  • Catur - Kejohanan Catur MSSMDST (L15) Berpasukan (Emas)
  • Kejohanan Catur MSSMDST (Individu L18) (Emas)
  • Badminton - MSSMDST (7 emas), (3 perak), (3 gangsa)
  • Kriket - SBP (Ketiga)
  • Bola Keranjang - SBP (Naib Johan)
  • Bola Sepak - MSSMDST (L15 & L18) (Johan)
  • Memanah - MSSMNS (L15 & L18) (Johan) , Johan Keseluruhan Berpasukan SBP (L15 & L18) (Johan Individu Keseluruhan), (Johan Berpasukan Keseluruhan)
  • Bomba - Peringkat Negeri / NGO (Kawad - Johan)
  • Hoki - MSSMNS (L15) (Naib Johan)
  • Bola Baling - MSSMNS (L18) (Johan), MSSMDST (L15) (Naib Johan)
  • Bola Tampar - MSSMDST (L15 & L18) (Johan)
  • Drama Sejarah - Peringkat Negeri (Naib Johan)
  • Pertandingan Menulis Esei Sejarah - Peringkat Kebangsaan (Johan)
  • EAK - Negeri (Johan)
  • Pidato Diraja - Daerah (Johan)
  • Pert. Keselamatan Jalan Raya - Negeri (Ketiga)
  • Pengakap - Daerah Seremban (Johan) , Negeri (Johan) , Kebangsaan (Ke-6), Ketua Platun Terbaik (Terbuka SASER & Negeri)
  • Wind Orkestra - SBP / Kluster (Naib Johan)
  • Bahas BM - Piala Timb. Naib Canselor UKM ( 3 Pendebat SDAR dalam kalangan 10Terbaik)

Syabas kepada semua yang terlibat!

Tuesday, June 23, 2009

SEKITAR KEHADIRAN MENTERI BELIA & SUKAN MALAYSIA

Bersama Menteri Belia dan Sukan yang juga merupakan SDARA
Antara LPP dan ketua organisasi yang bersama dengan menteri KBS
Lawatan LPP SDAR ke KBS, Putrajaya




SDAR mengalu-alukan dan mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran T.B Dato' Ahmad Shabery Cheek yang juga SDARA. LPP juga terharu dengan layanan yang diberikan oleh menteri semasa kunjungan kami ke Pejabat Menteri KBS baru-baru ini.

KEPUTUSAN PERTANDINGAN FINALE WIND ORKESTRA SBP PERINGKAT KEBANGSAAN


Tahniah diucapkan kepada pasukan Wind Orkestra SDAR atas kejayaan merangkul tempat kedua dalam pertandingan tersebut. Semoga tahun hadapan pasukan ini akan berjaya menjadi juara, seperti yang diidam-idamkan. Syabas!

KEPUTUSAN PERTANDINGAN KAWAD KAKI BADAN BERUNIFORM PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2009, STADIUM DARUL MAKMOR KUANTAN


Pasukan Pengakap Remaja SDAR yang mewakili Negeri Sembilan kategori NGO kurang bernasib baik pada pertandingan tersebut. Ini merupakan kali pertama pasukan dari SDAR berjaya menjejakkan kaki ke peringkat kebangsaan. Namun, mereka telah menimba banyak pengalaman berguna dan berjanji akan memperbaiki kedudukan di masa akan datang. Semoga impian akan tercapai. Terima kasih kepada semua pihak yang menyokong pasukan ini. LPP juga mendoakan pasukan Kadet Bomba SDAR akan menjapai kejayaan cemerlang di Perkhemahan Kadet Bomba di Wakaf Tapai pada ketika ini. Sama-sama kita nantikan keputusannya

Tuesday, June 16, 2009

Anugerah Full Colour HKSBP 2009


Tahniah diucapkan kepada Azim b Mohd Taib (048) kerana menerima Anugerah Full Colour HKSBP bagi tahun 2009. Semoga ia akan menyuntik semangat para pelajar SDAR yang lain untuk berjaya seperti Sdra. Azim bagi HKSBP akan datang. SDAR juga diisytihar sebagai penerima Tempat Pertama Anugerah Perdana Kokurikulum pada majlis tersebut mengalahkan SBP yang lain. Syabas!

Monday, June 15, 2009

SELAMAT BERJUANG BUAT PUTERA-PUTERA SDAR

a) Pertandingan Kawad Kaki Sekolah-sekolah Malaysia Peringkat Kebangsaan 2009 di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada 20 Jun 2009 jam 8 pagi. Pasukan terlibat ialah pasukan Pengakap Remaja SDAR yang mewakili Negeri Sembilan. Pasukan ini telah menjadi johan di peringkat daerah dan negeri.
b) Finale Wind Orkrestra SBP 2009 di PICC, Putrajaya pada 20 Jun 2009 jam 8 malam. Pasukan Wind Orkestra SDAR antara 7 pasukan yang akan berentap untuk bergelar juara.
Semoga pulang dengan kejayaan!

Tuesday, June 9, 2009

KENALI GURU LPP 2009

USTAZ TAJUL AZHAR BIN HARUN


EN. MUHAMMAD BIN MD DERUS


CIK MARDIANA BINTI BAHARUDDIN


EN. IRWAN BIN HAMZAH

EN. AZIMI BIN MD ZIN
DAN
CIK SHARIDA BINTI ABU TALIB (GAMBARNYA AKAN DMASUKKAN KEMUDIAN)




MAMPUKAH KITA MEWUJUDKAN SUASANA BEGINI DI SDAR?

Gambar-gambar ini diambil sewaktu lawatan ke beberapa buah sekolah di sekitar Pulau Pinang dan Kedah sedikit waktu dahulu. Satu cabaran buat kita untuk menyaingi mereka. Mampu atau tidak kita melakukannya? Mari bersama fikirkan... Walau apapun jom kita menikmati panorama yang sempat diambil. Mari....
Sebenarnya ada banyak lagi gambar yang ingin ditunjukkan, tapi mungkin di lain masa. Teringat pula pada bidalan 'Tepuk dada tanyalah selera' dan ' Hendak seribu daya, tak hendak.....'. Di mana ada kemahuan di situ ada jalannya. Sekiranya kita ingin menang ASAT yang akan datang, kita perlu buat sesuatu dari sekarang, bukannya bila dah sampai halaman rumah, baru loceng bas hendak ditekan, sudah pasti akan terlajak.































RENUNGAN BERSAMA (UNTUK PARA PEMIMPIN YANG BUDIMAN)





Waktu itu berharga
Adil itu wajib
Sopan itu kemuliaan
Agama itu mudah
Hutang itu berat
Janji itu hutang
Murah itu terpuji
Kejujuran itu dituntut
Berterima kasih itu layak
Santun itu terpuji
Bertengkar itu cela
Latihan itu berguna
Rahsia itu amanah
Gopoh itu merugikan
Maaf itu sedekah
Berani itu kehomatan
dan
Akal itu pengadilan



Fikir-fikirkanlah....

Tuesday, June 2, 2009

STRESS? MARI KITA UKUR DAN CARI PUNCANYA!



Sejumlah penyataan yang membolehkan anda menghuraikan tentang diri masing-masing ada disediakan di bawah ini.
Sila baca setiap penyataan dan putuskan kedudukan sebenarnya yang ada kaitan dengan diri anda sama ada dalam kategori JARANG-JARANG SEKALI atau KADANGKALA atau KERAPKALI bagi setiap penyataan di bawah. Tidak ada betul atau salah bagi jawapan. Jangan gunakan masa terlalu lama bagi setiap penyataan.

1. Saya takut melakukan beberapa kesilapan
2. Saya rasa macam nak menangis
3. Saya rasa tidak gembira
4. Saya rasa sesuatu tidak kena dalam fikiran saya
5. Adalah menyulitkan bagi saya jika saya menghadapi beberapa masalah
6. Saya merasa bimbang teramat sangat
7. Saya mengalami rasa susah hati ketika di rumah
8. Saya adalah pemalu
9. Saya merasa diri saya dalam kesusahan
10. Pemikiran yang tidak perlu berlegar-legar dalam ingatan saya dan menyusahkan saya
11. Saya bimbang tentang pekerjaan saya
12. Saya menghadapi masalah membuat keputusan tentang apa yang perlu saya lakukan
13. Saya merasai dugupan jantung saya agak pantas
14. Saya mengalami rasa tukut yang tersembunyi
15. Saya bimbang tentang keluarga / kedua ibubapa saya
16. Kedua belah tangan saya selalu berpeluh
17. Saya bimbang mengenai sesuatu yang mungkin menimpa diri saya
18. Terlalu susah untuk tidur pada waktu malam
19. Saya mengalami rasa ganjil dalam perut saya
20. Saya bimbang tentang apa yang orang lain fikir terhadap saya

Keputusan:

Jumlah bilangan JARANG_JARANG SEKALI x 1 = a
KADANG KALA x 2 = b
KERAP KALI X 3 = c

a + b + c = d ; d ialah nilai skor yang diperolehi. Sekiranya nilai skor lebih dari 40 maka anda sedang mengalami stress. Punca bagi stress anda boleh dilihat dari penyataan yang anda kategorikan sebagai KERAP KALI sewaktu menjawap soalan. Cubalah selesaikan hal tersebut... SELAMAT MENCUBA!