Monday, July 27, 2009

FRAYER TINGKATAN 4 DI TELOK KEMANG, P.DICKSON


40 orang pelajar tingkatan 4 SDAR telah mengadakan Frayer di SK Telok Kemang pada 24 - 26 Julai 2009. Ia merupakan program frayer kedua selepas frayer Gua Musang, Kelantan. Antara pelajar tingkatan empat yang terlibat ialah pengawas dan pembimbing rakan sebaya.Aktiviti ini sudah menjadi satu dari tradisi sdar sejak tahun 2004 dan masih berterusan hingga sekarang.Program tahunan ini telah membuka mata orang ramai bahawa kanak-kanak di luar bandar juga mampu berdiri sebaris dengan pemimpin-pemimpin yang hebat di dunia pada suatu hari nanti kerana perkataan 'frayer' itu sendiri bermaksud pambuka jalan .Aktiviti ini juga telah dijayakan oleh Komuniti Bestari kampung Telok Kemang.Sdar telah disambut oleh Encik Misnan B Madiman iaitu Pegawai Penerangan Daerah Port Dickson.Selain itu,program ini juga dijalankan untuk memantapkan calon UPSR 2009 dalam memperlengkapkan diri menghadapi UPSR di samping mengambil peluang berkongsi pengalaman dan kejayaan pelajar-pelajar SDAR.Melalui program ini, pelajar SDAR dapat berkongsi pengalaman dan rahsia kejayaan mereka dengan warga SKTK khususnya calon UPSR 2009.Calon UPSR juga dapat mengembangkan sahsiah,keyakinan dan jati diri dalam menghadapi masa depan.Selain itu, ia dapat menjalin hubungan kerjasama dan silaturrahim antara warga SKTK, komuniti setempat dan SDAR-sebuah SBP berprestij di Negeri Sembilan.

Tuesday, July 7, 2009

BLOK BENDAHARA JOHAN KESELURUHAN KATEGORI BLOK TERBERSIH & PALING CERIA SEMPENA HARI TERBUKA ASRAMA SDAR 2009

Salah satu dorm Blok Bendahara
Antara dorm Bendahara

Dorm B15 - Johan keseluruhan


Dorm B15








Tahniah kepada seluruh guru dan penghuni Blok Bendahara kerana menjadi juara keseluruhan. Blok ini juga telah memenangi 9 minggu berturut-turut pertandingan blok terbersih mingguan SDAR. Semoga dapat meneruskan kejuaraan itu. Tahniah dan syabas!






SEKITAR HARI TERBUKA ASRAMA SDAR 2009

Aktiviti membuat dodol yang merupakan acara wajib setiap kali Open Day SDAR


Perasmian oleh Yg. Bhg. En. Baharudin b Jali iaitu Pengarah Jabatan Belia & Sukan N. Sembilan





Blok Bendahara merupakan Blok Terbersih & Ceria Keseluruhan pada tahun ini.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan Hari Terbuka Asrama SDAR 2009. Buat bekas pelajar SDAR yang sudi hadir, juga terima kasih. Semoga acara sebegini dapat mengeratkan tali silaturahim di antara SDARIAN sekalian.