Wednesday, August 19, 2009

Ketua Pemimpin Pelajar SDAR 2009 Menang Tempat Pertama Penulisan Esei Sejarah Peringkat Kebangsaan

Seluruh Pemimpin Pelajar mengucapkan tahniah kepada Sdr. Mohd Alias b Kassim yang merupakan Ketua Pelajar SDAR sesi 2009 kerana berjaya menjadi johan penulisan esei sejarah bersama-sama dua lagi rakan beliau. Ia amat membanggakan semua ahli LPP.
Majlis penganugerahan tersebut telah berlangsung pada sabtu 15 Ogos 2009 bersamaan 24 Syaaban 14230 pada Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Sejarah Malaysia.

Beliau mewakili pelajar Sekolah Dato’ Abdul Razak bersama rakan-rakan beliau yang lain iaitu Sdr. Asfar dan Ahmad Zakwan b. Patah Raji. Anugerah ini diberikan kerana ketiga-tiga pelajar ini telah memenangi pertandingan menulis esei Sejarah peringkat kebangsaan. Tajuk esei mereka, Felda : Evolusi Setengah Abad, akan dibukukan bersama-sama pemenang esei yang lain untuk rujukan oleh semua pihak.
Hadiah telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran YB. Dr. Mohd Puad b. Zarkashi. Pihak LPP mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kejayaan cemerlang beliau dan rakan-rakan.

Friday, August 14, 2009

Mesyuarat Agong Kali Pertama LPP

Pada 13 Ogos 2009,buat pertama kalinya telah diadakan mesyuarat agung bagi badan Lembaga Pemimpin Pelajar sesi 2009-2010.Mesyuarat kali ini telah dihadiri oleh Encik Azimi b Md Zin dan semua prefek.Mesyuarat telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua pelajar iaitu saudara Wan Faiq Amsyar b Wan Ariffin pada jam 9.25 malam.Berikut merupakan agenda-agenda yang telah dibangkitkan sepanjang mesyuarat:

1.Pengumuman senarai tugasan bagi sesi 2010
-penubuhan skuad pengurusan masa-cadangan tuan Pengetua
-semua prefek wajib hadir ke perhimpunan
-senarai prefek bagi barisan akan dikeluarkan-saudara Faris Asyraaf

2.Penglibatan prefek dalam sahsiah pelajar
-prefek akan terlibat dalam skuad subuh dan maghrib

3.Dewan makan
-Hicom akan cuba ubah pengurusan tahun depan-penekanan kepada makan berhidang
-langkah baru-wajibkan semua pelajar makan malam bersama-tindakan oleh Syafiq Faris

4.Solat berjemaah
-tingkatan 4 dan 5 patut mengetuai saf depan sewaktu solat berjemaah
-minta kerjasama tingkatan 1 dan 2 supaya mengosongkan saf depan untuk senior

5.Pengurusan asrama
-minta semua prefek fikirkan cara untuk kekalkan 3k

6.Perjumpaan
-HICOM bersama Encik Sahak setiap hari rabu
-HICOM,guru prefek dan Encik Sahak sebulan 1 kali
-semua prefek,guru prefek dan encik Sahak 2 bulan sekali
-sebarang perubahan bergantung kepada kesesuaian masa

7.Adakan semula majlis High Table pada tahun hadapan
-peringkat negeri dan ke atas-sebulan 1 kali
-minta pandangan semua prefek tentang cara untuk melaksanakannya
-minggu depan akan diadakan satu majlis High Table untuk pelajar elit
-adakan semula majlis hari jadi

8.cadangan Encik Sahak dan HICOM
-sesi kelas petang ditukar kepada waktu malam

Mesyuarat diteruskan dengan ucapan oleh encik Azimi.Antara agenda yang dibangkitkan adalah seperti berikut:

1.Penjagaan akademik
2.Semua prefek akan dipantau oleh pihak waden sepanjang tempoh percubaan
3.Watikah pelantikan akan diadakan pada bulan Oktober 2009
4.Ketepatan masa pelajar dan prefek sendiri
5.Wujudkan semula laluan IQ'RA
6.Jaga personaliti dan prestasi sepanjang tempoh berkhidmat

Wednesday, August 12, 2009

wajah-wajah kegembiraan


Raja Sehari pada hari tersebut iaitu En Azimi B Md Zin dan Pn Haliza Bt Abd Samad

Antara yang turut membantu

Mesyuarat Hicom LPP

Pada 12 Ogos 2009,telah diadakan 1 perjumpaan bersama guru Lembaga Pemimpin Pelajar iaitu En Azimi b Md Zin.Antara yang terlibat dalam perjumpaan kali ini ialah bakal HICOM Lembaga Pemimpin Pelajar 2010,serta bakal ketua dan setiausaha blok-blok asrama bagi sesi 2010.Mesyuarat dimulakan dengan ucapan selamat datang oleh Cikgu Azimi dan belau turut mengucapkan tahniah kepada semua LPP kerana telah menjayakan majlis watikah yang telah diadakan baru-baru ini.Berikut merupakan agenda-agenda yang telah disebutkan oleh beliau sepanjang perjumpaan pada kali ini:

  1. Pengurusan masa

-khususnya waktu kelas persediaan ,perhimpunan dan solat berjemaah

-HICOM perlu bekerjasama dengan pihak waden

2. Pengurusan asrama

-teruskan aktiviti 3K seperti biasa

3. Pengurusan fail

-simpan fail lama

4.Pengurusan diri

-jaga kelakuan

-sentiasa mengingati antara satu sama lain

5.Perancangan tahun 2010

- Hicom dah boleh bincang sesama sendiri tentang perancangan

Mesyuarat berakhir pada jam 11.30 malam.

Majlis Penyerahan Watikah LPP 2009

Pada 10 Ogos 2009 yang lepas,telah diadakan satu majlis penyerahan watikah Lembaga Pemimpin Pelajar.Majlis ini menjadi satu simbolik bagi organisasi ini sebagai tanda beralihnya pentadbiran 2009 kepada 2010.Majlis yang diadakan pada setiap tahun ini bermula seawal jam 7.20 pagi iaitu ketibaan Tuan Pengetua,Tuan Haji Azam b Md Atan bersama guru-guru penolong kanan yang lain.Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku,Kebesaran Negeri Sembilan dan Berilmu Untuk Berjasa.Selepaas itu, majlis disambung dengan bacaan doa oleh Ustaz Zaidi b Husin dan ucapan dan amanat terakhir oleh Ketua Pelajar 2009 iaitu saudara Alias b Ahmad Kassim.Majlis diteruskan lagi dengan pengumuman barisan calon Lembaga Pemimpin Pelajar bagi sesi 2010 oleh En. Sahak b Ahmadun serta ucapan oleh Ketua pelajar 2010 iaitu saudara Wan Faiq Amsyar b Wan Ariffin.Beliau menegaskan bahawa tumpuan utama bagi pentadbiran beliau adalah pengurusan masa,Anugerah Seri Asrama Terbilang 2010 dan konsep 1 Sdarians.Tuan pengetua turut memberikan ucapan sejurus selepas ucapan dan harapan daripada Wan Faiq Amsyar b Wan Ariffin.Ayahanda menegaskan bahawa beliau amat berharap agar prefek bagi sesi 2010 akan menjadi contoh terbaik kepada semua pelajar di samping mementingkan pengurusan masa yang masih tidak sempurna pada pandangan beliau.Kemudian,majlis berakhir pada jam 8.45 pagi.Ucapan ribuan terima kasih diucapkan kepada ahli-ahli Lembaga Pemimpin Pelajar bagi sesi 2009 kerana telah memberikan komitmen terbaik sepanjang perkhidmatan mereka pada tahun 2010.Ucapan setinggi-tinggi tahniah juga diucapkan kepada calon-calon lembaga Pemimpin pelajar bagi sesi akan datang.Semoga badan ini akan menjadi lebih cemerlang pada masa akan datang dengan kepakaran-kepakaran yang bakal ditunjukkan oleh ahli-ahli baru.

Saturday, August 8, 2009

PREFEK @PENANGGAH

Pada 8 Ogos 2009,10 orang Prefek tingkatan empat telah menjayakan majlis persandingan guru LPP iaitu Encik Azimi b Md Zin dan pasangannya iaitu Puan Haliza bt Abdul Samad.Antara prefek tingkatan empat yang terlibat ialah bakal Ketuta Pelajar sesi 2010 sendiri iaitu Wan Faiq Amsyar B Wan Ariffin,Ahmad Akmal B Abdul Razak,Shazeem Ezzat B Shakry,Abdul Muaz B Mustapha,Syafiq Faris B Ridzuan Tan,Ammar B Shamsudin,Muhammad Syafriz B Md Takiyudin,Ahmad Danial B Anwar,Uzairil Hakim B Azmi, dan Farhan Hilman B Mahazir.Kami dijemput sendiri oleh raja sehari pada hari tersebut iaitu Cikgu Azimi seawal jam 9 pagi di bawah blok Syahbandar.Kerja-kerja sebagai penaggah bermula seawal jam 11 pagi iaitu membasuh peralatan-peralatan yang akan digunakan sepanjang majlis pada hari ini.Kehangatan majlis ini mula terasa apabila tetamu mula membanjiri perkarangan rumah pengantin.Guru-guru dari SDAR juga tidak melepaskan peluang untuk melihan rakan seangkatan mereka ke jinjang pelamin kerana boleh dikatakan hampir semua guru hadir ke majlis tersebut.Antara guru yang sempat hadir ke majlis tersebut ialah Tuan Hj. Azam B Md Atan iaitu pengetua SDAR,Pn Hjh Norzila Bt Idris,Encik Sahak B Ahmadun,Puan Zainah Ahmad Sisman,En Salehuddin B Pungut,Puan Shariah Bt Sharif, dan ramai lagi.Pengantin tiba seawal jam 2 petang iaitu selepas waktu solat zohor diiringi dengan paluan gendang dan kompang.Majlis ini diserikan lagi dengan persembahan daripada pasukan nasyid SDAR yang mempersembahkan 6 buah lagu yang diketuai oleh saudara Ahmad Syafiq Aizat B Nazri.Tetamu beransur-ansur pulang pada jam 4 petang dan para penaggah terus memulakan kerja-kerja mengemas tapak khemah tetamu.Setelah habis melakukan kerja2 mengemas,kami pulang pada jam 5 petang.

Friday, August 7, 2009

MESYUARAT TERGEMPAR LPP

Malam 6 Ogos 2009 telah menyaksikan satu perjumpaan tergempar diadakan oleh guru-guru Lembaga Pemimpin Pelajar.Perjumpaan kali ini melibatkan semua pemimpin pelajar tingkatan empat,tiga dan calon-calon lembaga pemimpin pelajar bagi sesi 2010.Mesyuarat yang diadakan di bilik Mesyuarat Putra ini telah dimulakan dengan semakan kedatangan oleh En. Muhammad dan disambung pula dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi mesyurarat iaitu beliau sendiri.Majlis ini diteruskan dengan ucapan oleh En. Azimi yang menerangkan tentang tujuan sebenar perjumpaan ini diadakan iaitu sesi berkenalan calon-calon lembaga pemimpin pelajar bersama guru-guru Lembaga Pemimpin Pelajar.Majlis ini diteruskan lagi dengan ucapan daripada setiausaha disiplin iaitu En. Irwan b Hamzah yang membincangkan tentang tugas sebenar seorang prefek.Tidak cukup dengan itu, majlis ini diselitkan dengan pengumuman Ketua Pelajar bagi sesi 2010 yang dilakukan oleh pengerusi mesyuarat.Seperti yang dijangka,Wan Faiq Amsyar telah diumumkan sebagai Ketua Pelajar SDAR bagi sesi 2010.Majlis ini diteruskan lagi dengan sedikit tazkirah daripada ustaz Tajul.Selain itu,Cik Mardiana dan Cik Sharida turut memberikan sedikit teguran tentang tanggungjawab,disiplin dan akademik bagi seorang prefek.Mesyuarat ini berakhir pada jam 11 malam.

LAWATAN BALAS SK TELOK KEMANG

Pada 5 Ogos 2009 lepas, SK Telok Kemang telah mengadakan lawatan balas ke Sekolah Dato' abdul Razak.Lawatan ini agak mengejutkan pihak Lembaga Pemimpin Pelajar serta pihak sekolah kerana masalah kesihatan yang sedang melanda SDAR serta kekurangan tenaga penyambut dari pelajar tingkatan empat.Namun begitu,pihak kami tetap menerima kunjungan tersebut kerana rombongan ini melibatkan sebanyak 6 buah bas pelajar dan sebuah bas ibu bapa.Rombongan telah tiba pada jam 2.35 petang dan disambut oleh para pelajar tingkatan empat yang masih tinggal di sekolah.Lawatan ini dimulakan dengan majlis pembukaan yang diadakan di masjid Al-Quds dan disambung dengan lawatan sekitar kawasan asrama,blok akademik dan blok pentadbiran.Lawatan ini berakhir pada jam 5 petang.