Tuesday, September 29, 2009

Mesyuarat Lembaga Pemimpin Pelajar bersama PKHEM kali ke-1

Pada 28 September 2009 bertempat di Bilik Mesyuarat Putra, satu perjumpaan antara ahli Lembaga Pemimpin Pelajar bersama Penolong Kanan HEM telah diadakan. Antara guru yang hadir ialah Tuan Haji Sahak bin Ahmadun selaku PKHEM SDAR, En Azimi Md Zin dan En Hazman Jazimin selaku guru penasihat Lembaga Pemimpin Pelajar. Mesyuarat bermula seawal jam 9.25 malam dengan ucapan pembukaan majlis oleh En Azimi. Ucapan En Hazman yang menerangkan tentang majlis high table 'Kecemerlangan Sukan dan Kokurikulum' bagi menghargai pasukan sekolah yang telah banyak mengharumkan nama SDAR di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Seterusnya merupakan ucapan PKHEM yang menyentuh beberapa agenda seperti berikut :

Agenda-agenda dalam ucapan Tuan Haji Sahak Ahmadun

- menerangkan tentang peranan sebenar Lembaga Pemimpin Pelajar di SDAR. Cikgu Sahak memberitahu bahawa LPP amat baik dalam menyuruh kebaikan tetapi LPP juga perlu berusaha untuk mencegah kemungkaran.

- LPP perlu selalu muhasabah diri dan perlu selalu mengerjakan solat jemmah di Masjid Al-Quds, SDAR. Cikgu Sahak ada menyatakan bahawa terdapat sekolah yang tiada masjid dan mempunyai masalah besar dalam menangani masalah disiplin pelajar tidak seperti di SDAR.

- Pentadbiran LPP SDAR 2010 yang diketuai oleh Wan Faiq Amsyar mendapat respons yang baik daripada pihak pentadbiran SDAR dan guru-guru.

- Setiap anugerah yang diberi oleh sekolah kepada pelajar menetapkan tiga aspek penting iaitu, akademik, sahsiah dan kokurikulum selaras dengan matlamat Sekolah Berasrama Penuh (SBP) untuk melahirkan pemimpin negara pada masa akan datang.

- SDAR menetapkan tahun 2010 untuk memenangi Anugerah Asrama Terbilang (AAT) dan LPP perlu bergerak untuk menjaga kemudahan-kemudahan yang terdapat di SDAR.

- Mulai tahun 2010, pelajar-pelajar akan keluar ke bandar setiap 2 minggu pada setiap bulan dan LPP memainkan peranan penting dalam mengawal disiplin pelajar semasa outing.

- LPP bertanggungjawab besar dalam menjadi perantaraan antara pihak sekolah dan pelajar.


Tuan Haji Sahak sedang berucap selepas ucapan En Azimi dan En Hazman. (turut berada dalam gambar: Wan Faiq)


Ahli Lembaga Pemimpin Pelajar tekun mendengar ucapan guru-guru penasihat LPP

Program Amal Bersama Anak Yatim dan Orang Miskin

Pada 12 September 20009, Lembaga Pemimpim Pelajar SDAR telah mengadakan program amal bersama anak-anak yatim dan orang-orang miskin di Masjid Jamek Rantau, Negeri Sempilan. Program yang julung kalinya diadakan ini merupakan hasil idea ahli Lembaga Pemimpin Pelajar yang berhasrat membantu golongan miskin. Seramai 30 orang ahli LPP dan 10 orang ahli BADAR telah terpilih untuk mengikuti program tersebut. Antara guru yang hadir dalam program tersebut ialah Penolong Kanan HEM SDAR, Tuan Haji Sahak Ahmadun dan guru-guru penasihat LPP telah terlibat dalam menjayakan aktiviti ini. Aktiviti ini diadakan buat julung kalinya oleh pihak SDAR selaras dengan menyambut bulan Ramadhan yang mulia untuk membantu saudara Islam yang memerlukan bantuan. Antara sumbangan yang diberikan adalah dalam berbentuk kewangan, pakaian dan makanan. Segala sumbangan dikutip daripada seluruh warga SDAR. Program ini mendapat sokongan sepenuhnya daripada Pengetua Cemerlang SDAR, Tuan Haji Azam Md Atan. Program yang bermula pada jam 9.00 pagi itu dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis, saudara Aiman Hazim Mohd Zamri dan diikuti dengan ucapan oleh PKHEM dan Imam Besar Masjid, Tuan Haji Abdul Razak. Seramai 15 keluarga telah layak menerima sumbangan yang telah disampaikan oleh Tuan Haji Sahak kepada ahli keluarga tersebut sendiri. Program ini membantu respons yang baik daripada semua pihak dan akan diteruskan pada masa akan datang.


Setibanya di Masjid Jamek Rantau


Cikgu Azimi berbincang bersama pemimpin pelajar sebelum majlis bermula


Cikgu Sahak bersama wakil kampung Masjid Jamek Rantau


Cikgu Sahak memberikan sumbangan kepada anak yatim


Antara guru penasihat LPP yang terlibat (dari kiri- En Irwan, Ustaz Tajul, En Azimi, En Muhammad)

Sumbangan daripada warga SDAR kepada Imam Besar Masjid, Tuan Haji Abdul Razak


Guru LPP bersama penduduk kampung (Cik Mardiana dan Cik Sharida)


Warga SDAR yang terlibat bersama jawatankuasa masjid