Wednesday, November 11, 2009

Johan Eksplorasi Alam Kerjaya Karnival Pendidikan Kerjaya SBP Peringkat Kebangsaan







Selasa, 10 Nov - Karnival Pendidikan Kerjaya Sekolah Berasrama Penuh & Sekolah Kluster Peringkat Kebangsaan telah diadakan di Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya pada 8-10 November 2009. Karnival yang julung-julung kalinya diadakan ini hasil kerjasama Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster dengan kerjasama Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan melibatkan pertandingan Eksplorasi Alam Kerjaya, Media Maklumat Kerjaya, Folio Kerjaya dan Kain Rentang, selain pameran IPTA&IPTS, ceramah kerjaya dan lawatan kerjaya. SDAR telah menghantar satu pasukan bagi menyertai pertandingan EAK selaku johan pertandingan tersebut di peringkat zon selatan. Pada hari pertama karnival, pendaftaran dari sekolah-sekolah yang menyertai diadakan dan taklimat peserta dan hakim diadakan pada malam hari. Semua acara dipertandingkan pada pagi Isnin dan lawatan kerjaya ke Jabatan Meteorologi, KLIA, Kargo MAS, Bangi, Jabatan Kawal Trafik, KLIA dan Lembaga Perlesenan Atom Negara, Bangi pada sebelah petang. Ceramah Kerjaya bertajuk 'Cabaran Kerjaya Menghadapi tahun 2020' oleh Timbalan Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia, Prof Dato Dr Muhammad Muda telah diadakan di Dewan Kuliah 4 USIM pada malam tersebut. Majlis Penutupan Karnival Kerjaya telah diadakan pada hari Selasa pagi bertempat di Dewan Putera Perdana, SAS. Setelah melalui pelbagai cabaran dalam menyiapkan eksplorasi tersebut, akhirnya SDAR telah mencipta sejarah setelah dinobatkan sebagai juara pertama dalam pertandingan EAK Karnival Pendidikan Kerjaya SBP peringkat Kebangsaan. Apa yang lebih membanggakan ialah ahli-ahli EAK terdiri daripada Pemimpin Pelajar yang diketuai oleh saudara Mohamed Farhan Hilman Mahazir, Mohamad Aiman Hazim Zamri, Amiruddin Ramdan dan Ahmad Danial Anwar.


















Sunday, November 8, 2009

Pertandingan Bahas Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Piala Tun Razak

Sabtu, 7 Nov - Bertempat di Sekolah Dato' Abdul Razak, Pertandingan Bahas Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Piala Tun Razak telah diadakan. Pertandingan ini yang disertai oleh pelajar menengah rendah daripada SBP yang telah dijemput. Bagi bahas Bahas Melayu, antara sekolah yang terlibat ialah SDAR selaku tuan rumah, Sekolah Sultan Alam Shah (SSAS) SMS Sultan Muzaffar Shah (MOZAC), SMAP Kajang, SMS Hulu Selangor (SEMASHUR). SDAR telah menghantar dua pasukan dalam kategori bahasa inggeris iaitu SDAR A dan SDAR B. Kolej Tunku Kurshiah (TKC), SEMASHUR dan MOZAC. Pertandingan bahas bahasa inggeris manyaksikan perlawanan akhir antara SDAR A menentang SEMASHUR dan keputusannya SEMASHUR. Saudari Faihah dari SEMASHUR telah dinobatkan sebagai pembahas terbaik bahasa inggeris. Bagi pertandingan bahas bahasa melayu, perlawanan akhir mempertemukan SDAR selaku tuan rumah merangkap kerajaan dan SMAP Kajang selaku pembangkang. Dengan usul 'Prasarana Kita Kelas Pertama; Minda Kelas Kedua', kerajaan berjaya menewaskan pembangkang dengan mata 2-1. Lebih membanggakan lagi, pembahas terbaik dianugerahkan kepada saudara Mohd Talhah dari SDAR yang juga seorang pemimpin pelajar.

Lawatan Persaudaraan MOZAC-SDAR

Jumaat, 6 Nov - Sekumpulan pelajar tingkatan 3 Sekolah Menengah Sains Sultan Muzaffar Shah, Melaka (MOZAC) telah datang mengadakan lawatan di Sekolah Dato' Abdul Razak. Lawatan ini yang diadakan bersempena dengan aktiviti selepas PMR mereka di samping mengikatkan tali persaudaraan silaturrahim antara SDAR dan MOZAC. Hasil daripada lawatan tersebut telah memberi banyak perkongsian maklumat antara kedua-dua sekolah untuk meningkatkan lagi martabat SBP sebagai sebuah institusi pendidikan yang unggul.

Jasamu Dikenang - En Mokhtar Hussin

Selasa,3 Nov - Majlis perpisahan untuk menghargai guru penolong kanan kokurikulum SDAR, En Mokhtar Hussin telah diadakan di Dewan Tun Abdul Razak. Untuk pengetahuan semua, beliau telah dinaikkan pangkat menjadi guru penolong kanan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Senaling bermula 1 November 2009. Tahniah diucapkan kepada cikgu dan terima kasih di atas segala jasa dan sumbangan sepanjang berkhidmat di SDAR.