Wednesday, December 30, 2009

Kursus Peningkatan Kepimpinan Pelajar 2010

Induksi yang bertujuan meningkatkan lagi kemahiran para pemimpin pelajar untuk melakukan tugas masing-masing pada tahun 2010 telah diadakan di Cameron Highlands, Pahang. Kursus selama 3 hari bermula 20 Disember sehingga 23 Disember ini dihadiri oleh semua ahli LPP. Rombongan LPP SDAR bertolak ke Cameron Highlands seawal jam 8 pagi 21 Disember dan selamat tiba pada jam 5 petang. Tuan Haji Sahak, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SDAR dan beberapa orang guru LPP turut serta dalam aktiviti ini. Slot antara ahli LPP dilakukan di sebelah malam. Kesemua pemimpin pelajar telah diberi cabaran untuk menaiki Gunung Berinchang. 12 km perjalanan untuk sampai ke puncak gunung. Walaupun terdapat trek jalan kaki, namun stamina dan mental yang kuat diperlukan untuk menghabiskan tugasan ini. Induksi ini banyak memberikan lebih ruang untuk para LPP duduk bekerja bersama dan mengeratkan hubungan antara LPP dalam usaha untuk membawa SDAR menjadi institusi terbilang pada tahun 2010.Panaskan badan sebelum menaiki gunung

Cikgu Azimi turut serta

Permulaan perjalanan

Pertengahan perjalanan

Berhenti seketika untuk bergambar

Papan tanda Gunung Brinchang

Di atas jambatan gantung
Sempadan negeri Pahang dan Perak
Sempat bergambar bersama pelancong asing
Puncak gunung bersebelahan dengan bangunan Telekom
Ladang Strawberry
Ladang Teh
Pusat Teh Boh
Di rumah cikgu Nurul untuk makan tengah hari
Aktiviti kebajikan masyarakat turut diadakan

Keputusan PMR 2009

Daripada seramai 134 calon PMR, 121 orang telah berjaya memperoleh 8A iaitu 90.3%, peningkatan sebanyak 13% daripada tahun 2008. Manakala gred purata yang diperolehi ialah 1.01 berbanding 1.05 pada tahun 2008. Keputusan ini menunjukkan peningkatan yang amat membanggakan jika dibandingkan dengan keputusan pada tahun-tahun sebelumnya.

Pada keseluruhannya semua subjek menunjukkan peningkatan dengan subjek Sains dan Kemahiran Hidup mengekalkan 100% A. Subjek Pendidikan Islam gagal mengekalkan 100% A yang diperoleh tahun lepas dengan hanya 96.3% memperolah A. Namun begitu tidak ada calon yang mendapat C dalam mana-mana subjek. Ini merupakan satu peningkatan yang memberangsangkan. Keputusan peratus A untuk semua subjek adalah seperti berikut

Bahasa Melayu 98.5%
Bahasa Inggeris 97.8%
Sejarah 99.3%
Geografi 98.5%
Pendidikan Islam 96.3%
Matematik 98.5%
Sains 100%
Kemahiran Hidup 100%

Kepada semua pelajar Tingkatan 3, tahniah diucapkan atas kejayaan yang diperolehi. Kepada semua guru, khasnya yang mengajar Tingkatan 3, tahniah dan terima kasih diucapkan.

Tahniah sekali lagi Gemilang 7'11

Saturday, December 19, 2009

Perhatian - Kursus LPP 2010

Sukacita dimaklumkan bahawa semua ahli lembaga pemimpin pelajar dikehendaki melapor diri di SDAR pada 20 Disember 2009 sebelum jam 6.00 petang untuk menghadiri Kursus Peningkatan Kepimpinan Pelajar 2010. Tempoh kursus adalah selama 4 hari 3 malam iaitu dari 20-23 Disember 2009. Ahli LPP akan bertolak ke Cameron Highlands dan menginap di Antarium Apartment, Cameron Highland. Semua ahli dikehendaki membawa segala keperluan yang telah disenaraikan pada surat.

p/s: maaf. blog mengalami masalah teknikal. gagal mengkhabarkan berita-berita baru.