Sunday, February 28, 2010

Karnival Kokurikulum SDAR-SSAS

Sekolah Dato' Abdul Razak telah mengadakan karnival kokurikulum 2010 buat julung-julung kalinya bersama dengan Sekolah Sultan Alam Shah. Karnival selama 3 hari ini bermula pada 26-28 Februari 2010 bertempat di Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya. Karnival yang bertujuan mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua buah Sekolah Berprestasi Tinggi, sekolah premier dan sekolah berasrama penuh ini (SBP). Bertepatan dengan saranan Ketua Pelajar SDAR yang berhasrat membawa slogan 1SBP untuk disemai dalam diri semua pelajar SDAR. Antara acara yang telah dijalankan ialah perlawanan debat bahas melayu dan bahasa inggeris, perlawanan bola sepak, bola keranjang dan juga sukan olahraga. Keputusan pertandingan-pertandingan tersebut ialah seperti berikut:

Perlawanan Bahas Bahasa Melayu:
Usul : 'Sekolah Berprestasi Tinggi Satu Diskriminasi'
SDAR : Kalah
SSAS : Menang

Perlawanan Bahas Bahasa Inggeris:
Usul : THBT social networking is corrupting our society
SDAR : Menang
SSAS : Kalah

Perlawanan Bola Keranjang:
SDAR : Menang
SSAS : Kalah

Perlawanan Bola Sepak:
SDAR: kalah
SSAS: Menang

Perlawanan Sukan Olahraga :
SDAR: Kalah
SSAS:Menang


Dengan keputusan tersebut maka piala SASDAR KALI PERTAMA di menangi oleh SSAS.

PARA GURU YANG HADIR MENYAKSIKAN PERTANDINGAN BOLA KERANJANG SDAR VS SAS

BERGAMBAR KENANGAN SELEPAS MENEWASKAN SAS


Kepenatan : Selepas tewas dengan SAS

Thursday, February 25, 2010

BERITA KEPADA LEPASAN SPM...

PELUANG MELANJUTKAN PENGAJIAN DI LUAR NEGARA DALAM BIDANG PERUBATAN DI MESIR SESI KEMASUKAN / PENGAJIAN 2010/ 2011


Kepada para pelajar yang berminat untuk mengikuti pengajian perubatan sila layari laman web http://www.integwealthmedic.my/ untuk mengetahui maklumat lanjut tentang hal berkenaan. Perkara ini akan diiklankan di dalam akbar UTUSAN MALAYSIA pada hari SELASA, RABU, JUMAAT dan SABTU iaitu pada tarikh 23, 24, 26 dan 27 MAC 2010.

harap maklum ...ubk sdar 2010

2010 La Reverie the concert

SDAR Symphonic Crew telah membuat konsert sulungnya di Auditorium Tunku Puan Chik, Kompleks Penyiaran Tunku Muhammad, Negeri Sembilan pada 27 Februari 2010. Konsert ini merupakan konsert yang julung-julung kalinya diadakan oleh sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi dan Sekolah Berasrama Penuh. Sebanyak 8 buah lagu telah dipersembahkan oleh orkestra tersebut yang dimbing oleh YM Raja Muzaffar Syah Raja Abdullah.

Konsert ini telah melihatkan kerjasama antara sektor-sektor penting dalam sekolah iaitu pihak pentadbiran, ibu bapa, SDARA dan pelajar-pelajar SDAR sendiri. Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan telah hadir bagi memeriahkan lagi konsert tersebut. Tuan Pengetua Cemerlang SDAR, Tuan Haji Zakaria Md Zin berasa amat berpuas hati dengan sambutan yang diterima di konsert ini. Komposer lagu, En Suhami Yakub yang menggubah kebanyakan lagu yang dipersembahkan turut meluangkan masa di konsert ini.

SDAR Symphonic Crew telah mempersembahkan pelbagai rentak lagu seperti El Camino Real, Ibu, Carpenter's Forever, Belaian Jiwa, Gelora, Tristan Und Id Solde, Rangkaian Lagu-lagu Melayu dan Festival Of Lights. SDAR Symphonic Crew telah dibimbing dan dipimpin oleh YM Raja Muzafar Syah bin Raja Abdullah.






Tahniah Kepada LPP 2009 Yang Memperoleh semua A dalam SPM 2009

Berikut merupakan senarai nama Pemimpin Pelajar yang mendapat semua A dalam SPM 2009:
Warga LPP mengucapkan TAHNIAH & SYABAS....

1- ABD AZIM BIN ABD RAZAK, 6A+ 1A 2A-
2- ABDUL RAHIM BIN MD SAAD, 6A+3A-
3- ABDULLAH JABBAR BIN ABDULLAH AZMIL, 5A+ 4A
4- AHMAD FIKRI BIN YAZIT, 5A+ 1A 3A-
5- AMIR BIN ZAMRI, 6A+ 2A 1A-
6-HUSIYANDI A/L HUSNI, 7A+ 1A 1A-
7-SYAFIQ ZAIM BIN MOHAMED HANAFI, 2A+ 3A 4A-
8-DHIYYAZ BIN MOHD RAZIP, 4A+ 3A 2A-
9-HAZIQ HILMAN BIN ANDRI, 4A+ 3A 2A-
10-IQMAL IRSHAD BIN MUHAMMAD FUAD, 2A+ 5A 2A-
11-MUHAMMAD IDWAL BIN WALI MUHAMMAD, 5A+ 4A
12-SYAHRUL AIDY BIN MUHAMMAD NOR ZAINI, 6A+ 1A 2A-
13-MUHAMMAD NAZRIN BIN UMAR, 7A+ 2A
14-MUHAMMAD IZZAT BIN RUSLY, 7A+ 1A 1A-
15-WAN AZIM BIN WAN ZAINI, 5A+ 3A 1A-


Moga kalian terus berjaya,
Menabur jasa pada pertiwi,
Bangga SDAR tidak terkira,
Pemimpin Dunia lahir disini.

Jasa guru usah dilupa,
Jasa bonda tetap ditatang,
Berilmu tetap untuk berjasa,
Slogan SDAR sama dipegang.

Wednesday, February 24, 2010

SELAMAT BERCUTI DAN SELAMAT MENGHAYATI MAULIDUR RASUL

Selamat bercuti dan selamat menyambut Maulidur Rasul dari Guru-guru Lembaga Pemimpin Pelajar & LPP SDAR kepada semua warga SDAR.

Majlis Penutupan Minggu Penghayatan Islam 2010

Majlis Penutupan Minggu Penghatan Islam telah berlangsung dengan gilang-gemilangnya di Dewan Tun Abdul Razak. Tuan Haji Ahmad Azhari bin Talib, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pelajaran, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan telah dijemput untuk merasmikan penutupan MPI pada kali ini. Majlis telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Penolong Kanan SDAR, Puan Hajah Norzila binti Idris dan disusuli oleh ucapan perasmian penutupan oleh Tuan Haji Ahmad Azhari bin Talib.

Majlis diteruskan dengan persembahan nasyid daripada pasukan nasyid sekolah. Artis jemputan, Muadz telah membuat persembahan nasyid dan tayangan montaj agama pada malam ini. Beliau telah menyanyikan 5 buah lagu bertajuk, Kasih Sejarak 2 jari, Ansar Muhajirin, Baitul Maqdis, Stand Up dan Hijrah. Lagu-lagu ini yang bertemakan Islam dan dicipta melalui hadis-hadis Rasulullah S.A.W. Selepas itu, acara penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan-pertandingan yang telah diadakan sepanjang MPI ini telah diadakan. Keputusan pertandingan-pertandingan tersebut adalah seperti berikut:
Pertandingan Tilawah
Johan: Muhammad Hasif - Syahbandar
Naib Johan: Muhd Najmi - Bendahara
Ketiga: Ahmad Hafiz - Syahbandar

Pertandingan Hafazan
Johan: Muhd Najmi - Bendahara
Naib Johan: Ibrahim - Temenggung
Ketiga: Muhd Amin - Syahbandar

Pertandingan Syarahan
Johan: Muhd Luqman Sufyan - Temenggung
Naib Johan: Muhd Azfar - Bendahara
Ketiga: Muhd Azmi Safwan - Bendahara

Pertandingan Blog Islami
Johan: Muhd Hafiz - Bendahara
Naib Johan: Anas - Laksamana
Ketiga: Muhd Azfar - Bendahara

Pertandingan Azan
Johan: Ilyas Afham - Bendahara
Naib Johan: Syahmi - Syahbandar
Ketiga: Amirul Afif - Bendahara

Pertandingan Khat
Johan: Luqman Hariz - Laksamana
Naib Johan: Muhd Hafiz - Bendahara
Ketiga: Muhd Haziq - Syahbandar

Pertandingan Menjawikan Teks
Johan: Muhd Hanafi - Laksamana
Naib Johan: Muhd Asyraf - Laksamana
Ketiga: Muhd Haikal - Bendahara

Pertandingan Kuiz Agama
Johan: Temenggung
Naib Johan: Bendahara
Ketiga : Laksamana

Pertandingan Futsal Syabab Cergas
Johan F5: Bendahara
Naib Johan F5: Laksamana

Johan F4: Laksamana
Naib Johan F4: Temenggung

Pertandingan Berzanji dan Marhaban
Johan: Syahbandar
Naib Johan : Bendahara
Ketiga: Temenggung

Pertandingan Nasyid antara kelas:
Johan F3: 3 Rahim Kajai
Johan F2: 2 Ungku Omar
Johan F1: 1 Aminuddin Baki

LPP mengucapkan sekalung penghargaan dan tahniah kepada Panitia Pendidikan Islam dan Badar kerana berjaya menganjurkan majlis ini dengan jayanya.

Ucapan Penolong Kanan SDAR

Ucapan perasmian

Cenderamata oleh artis jemputan kepada tetamu kehormat

Para pelajar SDAR turut serta dalam majlis ini




SK SENAWANG MEMBUKA TIRAI LAWATAN PERTAMA SESI 2010 KE SDAR.

24 Februari 2010. Lawatan dari SK Senawanag seramai 280 orang pelajar dan 13 orang guru ke Sekolah Dato’ Abdul Razak. Lawatan kali kedua ini tidak lain tidak bukan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tahun 6 tentang kehidupadan dan cara belajar di Sekolah Berasrama Penuh khususnya di SDAR. Tambahan pula menurut Guru Besar En Jamaludin bin Jaafar, SDAR merupakan antara sekolah terbaik dinegeri Sembilan dan kejayaan-kejayan SDAR perlu untuk dikongsikan bersama bukan sahaja kepada guru-guru, tetapi para pelajar tahun 6 terutamanya. Dalam ucapanya beliau berharapa agar lawatan ini memberikan sedikit suntikan motivasi dan semangat kepada pelajar tahun 6 SK Senawang agar berjaya dalam UPSR kelak seterusnya menempatkan diri di SBP. Antara aktiviti yang dijalankan adalah perkongsian pintar iaitu “ resepi kejayaan“ pelajar SDAR. bersama adik-adik tahun 6, dan lawatan sekitar blok asrama dan akademik. Program lawatan yang bermula pada pukul 8.30 pagi berakhir pada pukul 12.30 tgh.



UCAPAN GURU BESAR SK SENAWANG


UCAPAN TN HJ SAHAK BIN AHMADUN PK HEM SDAR


SLOT : PERKONGSIAN PINTAR
"RESEPI KEJAYAAN PELAJAR SDAR"



TEKUN MENDENGAR PESANAN DAN NASIHAT ABANG -ABANG SDAR


LAMBAIAN SEMOGA JUMPA LAGI


Post Mortem slot Motivasi Resepi Kejayaan Pelajar SDAR bersama Kaunselor.



Bertemu pada lawatan seterusnya dari SMK Sultan Muhammad Melaka pada 3 Mac 2010


Tuesday, February 23, 2010

SDAR Dalam MHI TV3

23.2.2010 - SDAR hari ini telah ditemuramah oleh wartawan TV3 di Sri Pentas melalui rancangan MHI dalam usaha mempromosi Team Raluca F1 dan Pasukan Orkestranya. Pasukan Raluca F1 Team SDAR dan Pasukan Orkestra SDAR bersama-sama Tuan Pengetua Cemerlang, Tuan Haji Zakaria b Md Zin dan guru-guru pengiring pasukan-pasukan tersebut telah bersiran secara langsung pada pagi ini.
Tuan Pengetua Cemerlang, Tuan Haji Zakaria Md Zin, En. Hazman, En. Zaili, Raluca F1 Team
bersama pengacara MHI TV3
Rombongan SDAR


Pasukan Wind Orkresta SDAR mempersembahkan rangkaian lagu di hadapan Sri Pentas
melalui rancangan MHI

Raluca F1 Team SDAR akan bertanding pada pertengahan bulan September tahun ini di Singapura bagi mewakili negara Malaysia. Tuan Pengetua Cemerlang meletakkan harapan yang besar supaya pasukan ini menjadi juara dunia. Kejayaan pasukan ini sebagai juara di peringkat kebangsaan amat membanggakan tetapi kemenangan di peringkat dunia pula tidak mustahil untuk ditempa. Bagaimanapun usaha gigih dan berterusan serta komitmen yang tinggi perlu dilaksanakan oleh seluruh ahli pasukan ini bagi mencapai cita-cita. Manakala Pasukan Wind Orkestra SDAR pula akan mengadakan konsert sulongnya di Auditorium Tuanku Muhammad, RTM Negeri Sembilan pada 27 Februari 2010 ini.

SOALAN BIASA LEPASAN SPM : MAKLUMAT UPU, MATRIKULASI & TAJAAN.

Permohonan Kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sesi akademik 2009/2010 bagi lepasan SPM telah pun mula dibuka oleh Kementerian Pengajian Tinggi mulai 3 November 2008 lalu. Berikut adalah beberapa soalan lazim bagi kemasukan pelajar ke IPTA sesi 2009/2010.

1. Bilakah pelawaan iklan Permohonan Kemasukan ke IPTA bagi Sesi Akademik 2009/2010 disiarkan?
Pelawaan iklan permohonan kemasukan ke IPTA bagi Sesi Akademik 2009/2010:
1. Lepasan Diploma/Setaraf : 04 Januari 2009
2. Lepasan STPM/STAM : 01 Februari 2009.
3. Lepasan SPM/Setaraf : 01 Februari 2009

2- Bilakah Pemohon boleh mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA?

Permohonan kemasukan ke IPTA bagi Sesi Akademik 2009/2010 boleh dikemukakan mengikut program melalui Aplikasi Dalam Talian mulai tarikh seperti berikut :

1. Lepasan Diploma/Setaraf : 05 Januari Soal Jawab Permohonan Ke IPTA Sesi 2009 2009
(capaian mulai 12 tengah hari)
2. Lepasan STPM/STAM : 03 Februari 2009 (capaian mulai 12 tengah hari)
3. Lepasan SPM/Setaraf : 03 Februari 2009 (capaian mulai 12 tengah hari)

3. Bilakah tarikh tutup Permohonan Kemasukan ke IPTA Sesi Akademik 2009/2010?
Tarikh tutup permohonan adalah seperti berikut:


1. Lepasan Diploma/Setaraf : 05 Februari 2009
2. Lepasan STPM 2008 10 hari bekerja selepas keputusan STPM 2008 diumumkan
3. Lepasan STAM 2008,2007,2006 : 10 hari bekerja selepas keputusan STAM tahun 2008
4. Lepasan SPM : (Kategori B, C dan D) 03 Mac 2009
5. Lepasan SPM 2008 : 10 hari bekerja selepas keputusan SPM tahun 2008

4- Bagaimanakah mendapatkan borang permohonan kemasukan ke IPTA?

Mulai Sesi Akademik 2008/2009, tiada lagi penjualan borang permohonan kerana permohonan kemasukan ke IPTA adalah melalui Aplikasi Dalam Talian sepenuhnya di laman web http://www.mohe.gov.my

Terdapat 2 kaedah untuk mendapatkan Nombor Unik ID bagi permohonan kemasukan ke IPTA melalui Aplikasi Dalam Talian:

1.Pesanan secara pukal melalui sekolah
2.Pembelian terus di kaunter BSN serta ATM BSN dan SMS Banking bagi pemohon yang mempunyai akaun GIRO terpilih di seluruh Negeri sehari selepas iklan disiarkan


5. Perlukah saya sertakan salinan sijil sebagai bukti mengesahkan penglibatan Kokurikulum?
Tidak perlu. Maklumat Kokurikulum akan diselaraskan dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

6. Adakah saya perlu menghantar salinan borang permohonan bersama dokumen sokongan ke IPTA pilihan?
Lepasan STPM/Setaraf : Hanya Kategori Lepasan Diploma/Setaraf yang perlu mencetak maklumat permohonan dan menghantar bersama-sama dengan salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan ke IPTA pilihan.

Lepasan SPM/Setaraf : Pemohon Lepasan SPM Kategori C dan D sahaja yang perlu mencetak maklumat permohonan dan menghantar bersama-sama dengan salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan ke IPTA pilihan.

7. Bilakah keputusan permohonan ke IPTA Sesi Akademik 2009/2010 diumumkan?
Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf : Minggu akhir Jun 2009
Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraff : Minggu pertama Mei 2009

8. Bolehkah pemohon Bukan Warganegara memohon kemasukan ke IPTA Bagi Program Lepasan SPM/Setaraf?
Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf terbuka kepada WARGANEGARA MALAYSIA sahaja

9. Bolehkah pemohon Bukan Warganegara dari Luar Negara atau Penduduk Tetap memohon kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM /Setaraf?
Pemohon Bukan Warganegara dari Luar Negara diminta memohon terus ke IPTA pilihan melalui Pejabat Pendaftar Bahagian Akademik dan Kemasukan dengan menggunakan borang khas yang disediakan oleh IPTA berkenaan.
Pemohon bertaraf Penduduk Tetap perlu memohon melalui Aplikasi Dalam Talian ke BPKP JPT untuk Permohonan Kemasukan ke IPTA.

10. Adakah saya dibenarkan membuat pertukaran/pindaan kod program pengajian selepas mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA?
Pemohon hanya dibenarkan mengemaskini maklumat permohonan sebanyak 3 kali sahaja. Selepas 3 kali peluang kemaskini digunakan, pemohon tidak boleh lagi membuat pengubahsuain maklumat.

11. Adakah saya dibenarkan menukar program pengajian yang ditawarkan oleh sesebuah IPTA?
Tidak dibenarkan.

12. Adakah pemohon dibenarkan menukar IPTA setelah menerima tawaran?
Tidak dibenarkan.

13. Apakah yang perlu saya buat jika ibu bapa tiada sijil kelahiran atau sijil kelahiran hilang?
Anda boleh mendapatkan cabutan sijil lahir yang hilang atau tercicir di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terdekat ATAU dapatkan surat akuan dari Pesuruhjaya Sumpah.

14. Apakah dasar MUET dalam permohonan kemasukan ke IPTA bagi Sesi Akademik 2009/2010?
Pemohon perlu mendapatkan tahap 1 (Band 1) dalam peperiksaan MUET bagi kelayakan Lepasan STPM/Setaraf yang memohon ke Program Pengajian Ijazah Pertama di IPTA.

15. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan status keputusan permohonan ke IPTA bagi program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf ATAU program pengajian Lepasan SPM/Setaraf?
Anda boleh meyemak status keputusan permohonan ke IPTA melalui 3 kaedah berikut :

1. Internet :
http://www.mohe.gov.my
http://www.jpt.uum.edu.my
http://www.jpt.utm.my

1. SMS Taip UPU dan hantar ke 32300/32020

2. Hotline : 03-8883 5858 (10 Talian)


16. Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan tajaan ke IPTA?

Anda diminta merujuk Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di alamat berikut untuk maklumat lanjut:

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Lot G2 Tkt. Bawah Wisma Chase PerdanaOff Jalan Semantan, Damansara Height
50490 Kuala Lumpur
Tel: 03-2098 3731/3732 Fax: 03-2098 3769
SELAMAT MAJU JAYA. ( asrarmlk@yahoo.com)

SOALAN BIASA LEPAS SPM ......

Salam cikgu.... saya dengar kata masuk matrik susah betul ke? Takutlah nak masuk matrik.

Matrikulasi KPM adalah satu program yang senang. Buktinya ramai kawan-kawan yang tidak dapat Straight A dan dari sekolah biasa berjaya dapar 4.00. Namun senang nak gagal juga. Buktinya ramai pelajar-pelajar SBP yang undur diri sebab Result tidak menyakinkan terserlah anda.

Cikgu antara diploma dan matrik mana yang bagus ?

Saya tidak kata Matrik lagi bagus dari Universiti. Zaman saya tidak ada Matrik dan tiada pengalaman matrik, namun Secara peribadi belajar di Matrik boleh menjimatklan masa iaitu program 1 tahun berbanding dengan Diploma di Universiti selama 3 tahun. Walaupun ada transfer kredit tapi tetap matrik juga lebih cepat.

Saya tak boleh boleh nak kata mana yang bagus.. Tapi secara peribadi ini keutamaan .
1. Biasiswa Tajaan Penaja seperti MARA/ JPA/ PETRONAS/ TNB/ BANK NEGARA &
banyak lagi.
2. Matrik Kpm / Matrik U
3. Diploma dari IPTA
4. STPM
5. Diploma dari IPTS


Cikgu nak tanya, kalau sambung belajar di IPTS ambik tahun asas-foundation adakah boleh sambung belajar diperingkat IPTA selepas tamat foundation.

Asas foundation IPTS yang dimaksudkan yang mana satu? Basically, jika ia diiktiraf oleh MOHE, maka awak ada peluang ke IPTA, jika tidak maka tidak dapatlah awak gunakan sijil itu untuk memohon IPTA. Dengan kata lain, awak balik kpd kelayakan SPM sedia ada.

Tetapi jika awak ambil kursus asas di IPTS, katakan Kolej ABC tertentu itu dan ia membuka peluang awak belajar di Kolej ABC dalam program diploma, maka belajarlah terus di kolej itu selagi ia diiktiraf oleh kerajaan. Jika tidak diiktiraf awak juga yang akan kerugian kewangan dan masa.
Nasihat , jika nak blajar di IPTS, pastikan ia universiti atau kolej swasta itu,
a) Mempunyai lesen IPTS,
b) IPTS yang terkenal,
c) Program diploma atau ijazah mereka juga diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (dahulunya LAN) http://www.lan.gov.my/index1.cfm

Jika diploma itu diiktiraf atau program asas itu diiktiraf oleh AKM dan MOHE, maka ia boleh digunakan utk kemasukan ke ijazah IPTA. Tetapi setakat ini cikgu belum pernah terdengar adanya program asas atau foundation IPTS yang juga diterima ke IPTA. Selalunya program asas itu khas utk IPTS itu sendiri dan bukan juga diterima ke IPTS lainnya.

Kesimpulannya, program asas IPTS selalunya HANYA untuk kelayakan alternatif ke IPTS tersebut, tetapi tidak dapat digunakan sebagai syarat kemasukan ke IPTA. Tetapi jika pelajar dah luangkan masa di asas IPTS itu dan sambung belajar diperingkat diploma, maka selepas 5/6 semester, jika ianya diiktiraf oleh AKM dan MOHE, maka kelayakan diploma itu boleh digunapakai untuk masuk ke program ijazah IPTA pula.

SEMAKAN, TAWARAN DAN RAYUAN PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Perhatian kepada calon yang memohon MATRIKULASI....!!!

1.0 Cara Membuat Permohonan
Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan dua ( 2 ) cara permohonan iaitu :
1- Permohonan Secara Manual (PSM)
2- Permohonan Melalui Internet (PMI)

Pelajar dikehendaki menggunakan salah satu cara di atas kerana hanya satu permohonan sahaja yang akan diproses bagi setiap pelajar. (Jika pelajar mengemukakan lebih daripada satu permohonan, Bahagian Matrikulasi mengguna pakai permohonan melalui internet sahaja).


2.0 Tarikh Tutup
Tarikh tutup bagi kemasukan sesi 2010/2011 ialah pada 10 Oktober 2009.
Permohonan calon yang tidak layak / maklumat tidak tepat / tidak lengkap dan lewat daripada tarikh tutup tidak akan diproses.


3.0 Semakan Permohonan & Membetulkan Maklumat
Pelajar boleh membuat semakan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu www.moe.gov.my pada awal atau pertengahan bulan Februari 2010 untuk membuat pembetulan maklumat yang dibenarkan sekiranya perlu.


4.0 Semakan Keputusan Permohonan
Pelajar boleh membuat semakan keputusan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu www.moe.gov.my pada awal atau pertengahan bulan April 2010 untuk mengetahui status permohonan.

5.0 Surat Tawaran dan Pendaftaran

Surat tawaran akan dikeluarkan oleh Bahagian Matrikulasi kepada calon yang berjaya dan para pelajar akan mendaftar di kolej-kolej matrikulasi pada bulan Mei 2010. Pelajar boleh mendapat keterangan lanjut dengan menghubungi kolej yang ditetapkan.


6.0 Membuat Rayuan
Bagi pemohon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan yang dibuka selama dua (2) minggu bermula dari tarikh pengumuman keputusan permohonan pada pertengahan April 2010. Pemohon yang tidak berjaya berkemungkinan ditawarkan untuk memasuki Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT).

Harap maklum................UBK 2010

Penting untuk Lepasan SPM 2009......(bhg 1)


Biasiswa JPA 2010 - Tajaan Untuk Lepasan SPM 2009
Siaran Akhbar: Program Penajaan JPA 2010

PENDAHULUAN
Modal Insan berkualiti merupakan prasyarat utama untuk menyokong agenda pembangunan negara. Oleh itu, Kerajaan akan sentiasa memastikan pembangunan modal insan dilaksanakan secara komprehensif, meliputi usaha-usaha meningkatkan kemahiran dan pengetahuan. Selain itu, langkah akan diambil untuk membentuk individu berintelek dalam bidang sains dan teknologi serta memupuk nilai-nilai positif dan progresif. Sehubungan itu, Kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) akan menawarkan biasiswa kepada pelajar cemerlang untuk melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara di peringkat Ijazah Pertama. Penawaran biasiswa ini diteruskan pada tahun 2010 dengan memberi fokus kepada bidang-bidang kritikal seperti Perubatan, Pergigian, Farmasi, Sains Perubatan Veterinar, Kejuruteraan, Sains & Teknologi serta bidang Sains Sosial yang diperlukan oleh perkhidmatan awam dan negara.Program Penajaan JPA 2010 terdiri daripada:

PROGRAM BIASISWA NASIONAL
Dalam pembentangan Bajet 2010 pada 30 Oktober 2009, Y.A.B. Perdana Menteri telah mengumumkan penganugerahan Biasiswa Nasional kepada 30 pelajar terbaik lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di kalangan yang terbaik untuk melanjutkan pelajaran ke universiti tersohor di dunia berasaskan kepada merit mulai tahun 2010.Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran akan mengenal pasti pelajar paling cemerlang dari kalangan pelajar yang mendapat A+ dalam semua mata pelajaran peperiksaan SPM untuk ditaja di bawah Program Biasiswa Nasional ini.
Pelajar-pelajar akan ditaja untuk mengikuti pengajian peringkat ijazah pertama di universiti-universiti terkemuka di dalam ataupun luar negara dalam pelbagai bidang pengajian mengikut minat dan pilihan pelajar.
  1. Maklumat dan syarat asas untuk Program Biasiswa Nasional adalah seperti berikut:
    1- Terbuka untuk calon lepasan SPM 2009 yang memperolehi keputusan A+ dalam semua mata pelajaran yang diambil dan minimum bilangan mata pelajaran yang dinilai adalah sebanyak sembilan mata pelajaran (Pencalonan akan ditentukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia);
    2- Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember 2009;
    Calon perlu melalui proses temuduga; dan
    3-Calon yang berjaya akan mengikuti kursus persediaan di pusat-pusat pengajian yang ditetapkan oleh JPA.
    4- Kriteria yang digunapakai untuk pemilihan/penawaran biasiswa Kerajaan/JPA adalah seperti berikut:
    -Pencapaian akademik; dan
    -Prestasi temuduga.

PROGRAM IJAZAH LUAR NEGARA (PILN)
Program Ijazah Luar Negara (PILN) merupakan program penajaan kepada pelajar-pelajar cemerlang lepasan SPM untuk mengikuti program Ijazah Pertama di universiti luar negara.Maklumat dan syarat asas untuk PILN adalah seperti berikut:
Terbuka untuk calon lepasan SPM 2009 yang memperolehi keputusan cemerlang;
Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember 2009;
Calon perlu melalui proses temu duga; dan
Calon yang berjaya akan mengikuti kursus persediaan di pusat-pusat pengajian yang ditetapkan oleh JPA.

  1. Kriteria yang digunapakai untuk pemilihan/penawaran biasiswa Kerajaan/JPA adalah seperti berikut:
    Pencapaian akademik;
    Penglibatan dalam kegiatan ko-kurikulum;
    Prestasi temu duga; dan
    Sosio-ekonomi/latar belakang keluarga.
    Penajaan bagi tahun 2010 mengambil kira kecemerlangan akademik, kepelbagaian latar belakang kaum, latar belakang sosio ekonomi calon bagi menentukan penawaran dilaksanakan dengan adil dan saksama.
    PILN 2010 adalah dibuka khusus kepada lepasan SPM tahun 2009 yang memperolehi keputusan yang cemerlang. Pada tahun 2009, seramai 455,317 orang calon telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berbanding seramai 442,936 orang pada tahun 2008. Peningkatan bilangan calon ini dijangka akan menjadikan PILN 2010 lebih kompetitif. Pada tahun 2009, misalnya, JPA telah menerima sebanyak 15,084 permohonan dan daripada jumlah tersebut sebanyak 1,469 permohonan diterima daripada kalangan calon yang mendapat keputusan 1A dalam semua mata pelajaran SPM tahun 2008. Setiap tahun PILN menjadi tumpuan banyak pihak sehingga mewujudkan pergantungan harapan yang tinggi terutamanya di kalangan calon dan juga ibu bapa. Dua bidang yang paling popular di kalangan calon ialah Kejuruteraan dan Perubatan. Manakala, negara pengajian pilihan oleh majoriti calon/pelajar ialah United Kingdom, Australia dan New Zealand.

PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA (PIDN)
Pelajar-pelajar cemerlang yang tidak terpilih, disebabkan persaingan yang sengit di bawah program PILN, akan ditawarkan tajaan untuk mengikuti pengajian di dalam negara sama ada di empat buah universiti penyelidikan di Malaysia iaitu Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putera Malaysia (UPM) dan Universiti Malaya (UM), IPT tempatan, kampus-kampus cawangan University of Nottingham, Monash University, Swinburne University of Technology dan Curtin University of Technology atau Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Multimedia Malaysia (MMU), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), AIMST University, Universiti Kuala Lumpur (UniKL)-Royal College of Medical Sciences (RCMS), Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS), Alliance College of Medical Sciences (ACMS)-UKM dan University College Sedaya International (UCSI).Pelajar yang berjaya ditawarkan akan ditaja di peringkat matrikulasi/asasi/pra-universiti dan ijazah pertama sekiranya melepasi syarat akademik yang ditetapkan.
Selain itu program penajaan dalam negara (PIDN) turut menawarkan biasiswa diperingkat ijazah pertama dalam pelbagai bidang seperti Perubatan, Pergigian, Farmasi, Kejuruteraan, Undang-Undang, Sains Tulen & Gunaan, Pengurusan dan Sastera di IPTA dan Universiti Multimedia Malaysia (MMU), Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

PROSES PEMILIHAN
Calon-calon dinasihatkan supaya membuat pilihan secara bijak dan memberi perhatian kepada perkara-perkara seperti berikut:
o Kriteria pemilihan - peluang adalah lebih tinggi bagi calon yang mendapat gred A bagi sembilan mata pelajaran dan aktif di dalam kegiatan ko-kurikulum berbanding dengan calon yang mendapat gred A bagi 15 mata pelajaran tetapi tidak aktif di dalam kegiatan ko-kurikulum;
o Kursus/bidang - selain perubatan, terdapat bidang kritikal lain yang ditaja iaitu Pergigian, Farmasi dan Sains Perubatan Veterinar. Di samping itu tajaan juga diberikan kepada bidang lain seperti Ekonomi, Sains dan Perakaunan yang juga amat diperlukan oleh negara dan perkhidmatan awam;
o Pilihan kursus - calon hendaklah memilih kursus pengajian yang bersesuaian dengan kelayakan SPM yang dimiliki;
o Negara - penetapan negara tempat pengajian adalah menjadi hak JPA/penaja. Calon adalah dinasihatkan agar menerima keputusan penaja kerana apa yang penting adalah matlamat utama iaitu untuk melanjutkan pengajian. Semua kursus di negara-negara yang ditaja oleh JPA adalah of good standing dan diiktiraf. Sebagai contoh pelajar yang bergraduat dalam bidang Perubatan di Indonesia, India dan Rusia akan tetap dilantik sebagai Pegawai Perubatan seperti mana mereka yang bergraduat daripada Ireland, United Kingdom atau Australia.
Peruntukan kewangan dan tempat pengajian ke luar negara terutama bagi kursus-kursus kritikal (perubatan/pergigian/farmasi/perubatan veterinar) adalah terhad namun permohonan yang diterima adalah tinggi dan ini menyebabkan wujudnya persaingan yang sengit di kalangan pemohon. Contohnya pada tahun 2009, sebanyak 5,181 permohonan telah diterima bagi mengikuti kursus kritikal, namun peruntukan tempat yang disediakan hanyalah sebanyak 772 sahaja. Ini menunjukkan hanya seorang calon akan terpilih daripada setiap enam permohonan.
KAEDAH PERMOHONAN
Iklan tawaran dan maklumat lanjut akan disiarkan menerusi portal
www.jpa.gov.my dan juga akhbar-akhbar utama pelbagai bahasa pada bulan Mac 2010. Calon perlu merujuk ke portal www.jpa.gov.my untuk mendapatkan butiran tawaran dan syarat kelayakan PILN 2010 yang akan mula dibuka secara atas talian (on-line) mulai tarikh keputusan SPM 2009 diumumkan secara rasmi.Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat dan kriteria PILN serta memiliki kelayakan bahasa asing seperti bahasa Jerman, Perancis atau Jepun akan diberi pertimbangan sewajarnya sekiranya memohon program pengajian ke negara-negara berkenaan.
Program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor akan diadakan pada bulan Mac 2010 di hospital-hospital Kerajaan yang akan ditetapkan oleh JPA. Calon yang memohon untuk mengikuti program perubatan adalah diwajibkan menghadiri program ini.
Pelajar-pelajar yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan akan dipanggil ke sesi temu duga yang akan dijalankan pada bulan April 2010. Urusan temu duga akan dijalankan secara berkumpulan mengikut dua kelompok utama bidang pengajian iaitu kritikal dan strategik.
Ahli-ahli panel bagi bidang kritikal terdiri daripada pegawai perubatan/pergigian/ farmasi dan perubatan veterinar manakala ahli-ahli panel bagi bidang strategik terdiri daripada pensyarah, jurutera dan pegawai kanan dari pelbagai skim perkhidmatan.
Calon-calon yang berjaya akan mengikuti kursus persediaan di pusat-pusat pengajian yang ditetapkan oleh JPA. Calon juga perlu mencapai had kecemerlangan (cut-off point) yang ditetapkan, mencapai rekod kehadiran kelas melebihi 90% dan tidak mempunyai rekod disiplin bagi membolehkan calon diteruskan penajaan ke universiti-universiti di luar negara.
PENUTUP
Pemakluman awal ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada bakal calon/pelajar akan senario permohonan, kriteria pemilihan, had penawaran dan saingan serta persediaan yang perlu dihadapi oleh setiap orang calon/pelajar bagi mendapatkan tawaran biasiswa Kerajaan yang diuruskan oleh JPA.Tanggapan umum bahawa prestasi akademik adalah jaminan dan menjadi faktor penentu untuk calon-calon mendapatkan biasiswa khususnya untuk PILN adalah tidak tepat. Harapan JPA adalah agar calon yang tidak berjaya tidak membuat perbandingan dengan calon yang lain dan mempersoalkan kenapa mereka tidak ditawarkan biasiswa atas alasan mencapai prestasi akademik yang cemerlang.
Bersandarkan kepada faktor-faktor seperti bilangan permohonan yang tinggi di kalangan calon yang cemerlang serta bilangan biasiswa yang terhad, PILN 2010 dijangka akan terus menjadi amat kompetitif. JPA dengan ini menasihatkan calon serta ibu-bapa agar bersedia dan berusaha juga untuk mendapatkan sumber-sumber penajaan yang lain.
Maklumat umum berkaitan penawaran biasiswa Kerajaan/JPA juga boleh diperolehi dengan menghubungi talian 03-8885 3412 (lima talian) mulai 10 Mac 2010 atau hadir sendiri di kaunter-kaunter Bahagian Pembangunan Modal Insan, JPA di Lobi, Blok C1, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya mulai jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang.

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Putrajaya3 Februari 2010
(Sumber:
Kenyataan Rasmi JPA - 3/2/2010)

Monday, February 22, 2010

TAHNIAH KEPADA PASUKAN DEBAT BAHASA MELAYU SDAR ATAS KEJAYAAN MENDAPAT TEMPAT KETIGA PERTANDINGAN DEBAT TERBUKA ASTAR UNIVERSITI MALAYA KALI KE-16

PIALA KEMENANGAN

SIJIL KEMENANGAN

Pada 17 hingga 21 Februari 2010, SDAR telah menyertai pertandingan Debat Terbuka ASTAR kali ke -16, Universiti Malaya yang turut disertai oleh mahasiswa IPTA/S & Maktab Perguruan tahun satu dan dua seluruh Malaysia. Inisiatif untuk mencari pengalaman dan lebih kepada persediaan Piala Perdana Menteri, maka SDAR yang diwakili oleh Saudara Muhd Luqman Sufyan bin Junaidi, Muhammad Talhah bin Kamarolzaman, Adzlan Qushaimi bin Jamaludin dan Ahmad Mustaqim b Marsidi nekad untuk bersaing bersama dengan 52 pasukan yang lain.

Walaupun jarak usia berbeza tetapi bukan penghalang untuk membuktikan yang terbaik. Benar kata orang "usaha tangga kejayaan". Apa tidaknya sewaktu sahabat-sahabat lain cuti akhir tahun pendebat SDAR hampir setengah bulan membuat latihan. Sewaktu sahabat lain sedang bercuti sempena tahun baru cina, mereka duduk di SDAR bersengkang mata membuat rujukan dan latihan. Akhirnya usaha gigih membuahkan hasil jua.
Berikut merupakan keputusan pertandingan.

Pusingan 1.
Pertemuan SDAR vs Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ( UIAM D)
USUL : MALAYSIA BOLEH SUDAH TIDAK LAGI RELEVEN
Keputusan : SDAR menang.
Pendebat terbaik : Talhah bin Kamarolzaman ( SDAR)

Pusingan 2
USUL : PENSTRUKTURAN SUBSIDI MINYAK TIDAK PERLU TERGESA-GESA
SDAR Kerajaan vs UIAM E Pembangkang
Keputusan : SDAR menang
Pendebat Terbaik : Muhd Luqman Sufyan bin Junaidi ( SDAR)

Pusingan 3
USUL : KIPAS LEBIH BAIK DARIPADA PENDINGIN HAWA
SDAR kerajaan vs Universiti Teknologi Mara A( UiTM A)
Keputusan : SDAR menang
Pendebat terbaik : Muhd Luqman Sufyan bin Junaidi ( SDAR)

Pusingan 4
USUL : OBAMA: MUNGKIR JANJI
SDAR Pembangkang vs UPSI Kerajaan
Keputusan : SDAR menang
Pendebat terbaik : Adzlan Qushaimi bin Jamaludin ( SDAR)

Pusingan 5
USUL : POLITIK PERKAUMAN MASIH LAGI DIYAKINI
SDAR Kerajaan vs UTP Pembangkang
Keputusan : UTP menang
Pendebat terbaik : Muhd Luqman Sufyan bin Junaidi ( SDAR)

Pusingan 6
USUL : FANATIK EPL: FAM PERLU BERTINDAK
SDAR Pembangkang vs UniMaP
Keputusan : SDAR menang
Pendebat terbaik : Muhd Luqman Sufyan bin Junaidi ( SDAR)

Setelah melalui 6 perlawanan kedudukan rangking SDAR ditangga ke-5 daripada 52 pasukan.
SDAR berjaya melangkah ke octo-final iaitu 16 pasukan terbaik.

Pusingan 7 ( Octo-final )
USUL : PROMOSI SATU 1MALAYSIA SANGAT BERKESAN
SDAR Kerajaan VS UTeM B
Keputusan : SDAR menang
Pendebat terbaik : Utem.

Suku Akhir :
USUL : KEWANGAN ISLAM SAINGAN KEWANGAN KONVENSIONAL
SDAR Pembangkang vs UiTM A Kerajaan
Keputusan : SDAR menang
Pendebat terbaik : Muhd Luqman Sufyan bin Junaidi ( SDAR)

Separuh Akhir
USUL : PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MASIH LAGI DIJUNJUNG
SDAR Kerajaan VS Universiti Islam Antarabangsa Malaysia A( UIAM A)
Keputusan : UIAM Menang
Pendebat terbaik : Muhd Luqman Sufyan bin Junaidi ( SDAR)

Namun begitu, SDAR masih perlu menempuh perlawanan tempat ke-3 dan ke-4

Penentuan tempat ke-3 dan ke-4
USUL : ANUGERAH JUARA LAGU DIPOLITIKAN
SDAR Kerajaan VS Universiti Malaysia Sabah ( UMS)
Keputusan : SDAR MENANG
Pendebat terbaik : UMS

Maka dengan ini keputusan keseluruhan pertandingan Debat ASTAR KALI KE-16
Johan : Universiti Islam Antarabangsa Malaysia UIAM A
N. Johan : Universiti Teknologi Malaysia ( UTM )
Tempat ke-3: Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban @ Kelab Seni Orator SDAR, Seremban.
Tempat ke-4: Universiti Malaysia Sabah ( UMS)
Kedudukan pendebat daripada keseluruhan 208 peserta.
Saudara Muhd Luqman Sufyan bin Junaidi tempat ke-9 (Sepuluh Terbaik Keseluruhan)

Tahniah buat pasukan SDAR dan juga terima kasih buat semua pihak yang telah banyak membantu dalam menempuh cabaran ASTAR ini terutama pihak sekolah, Cikgu Muhammad, SDARA dan orang perseorangan....

Perjumpaan Tuan Pengetua Bersama Pelajar-pelajar Tingkatan 4

22 Februari, 8.00 malam- Para pelajar tingkatan empat yang berminat untuk mengambil mata pelajaran Prinsip Perakaunan telah berkumpul di Dewan Tun Mahathir untuk sesi taklimat bersama Tuan Pengetua, Tn Hj Zakaria bin Md Zin.

Dalam ucapan beliau, Tn Hj Zakaria berkata bahawa para pelajar haruslah berusaha untuk menepati masa dan sentiasa menjaga disiplin diri untuk berjaya dalam apa jua yang diinginkan dan diusahakan. Pada masa yang sama, beliau telah menyentuh perkara berkaitan dengan disiplin para pelajar yang masih belum mencapai tahap yang sepatutnya. Kata beliau, demi sebuah kejayaan, disiplin merupakan perkara yang paling penting dan sepatutnya kita mencontohi bangsa-bangsa lain seperti bangsa India dan Cina di Malaysia yang sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran mereka. Seterusnya, beliau telah menekankan bahawa jadual waktu yang dibuat oleh pelajar tidak ada gunanya sekiranya jadual tersebut tidak dipatuhi.

Sambung beliau lagi, terdapat empat tahap pemikiran manusia. Pertama, tahap pengetahuan, iaitu tahap yang terendah. Tahap kedua ialah tahap kefahaman dan diikuti oleh tahap ketiga, iaitu tahap penggunaan. Beliau telah menekankan tahap keempat yang sepatutnya ada pada setiap pelajar SDAR iaitu tahap analisis. Orang yang mempunyai tahap analisis ini dapat melihat sesuatu situasi lalu membuat satu analisis yang logik berdasarkan situasi tersebut.

Tn Pengetua juga ada menyatakan bahawa kini perempuan sudah hilang kepercayaan terhadap kaum lelaki walhal lelakilah sepatutnya yang memimpin kaum wanita. Beliau ada bercerita tentang pegalamannya dengan pengetua TKC, Che Kamaliah Endud bahawa beliau telah menyatakan hasratnya untuk menjadi pengetua di sekolah tersebut. Pendapat beliau serta-merta telah dibangkang oleh pengetua TKC tersebut kerana tidak sekali-kali seorang lelaki akan menjadi pengetua di TKC. Tn Hj Zakaria menyatakan rasional kata-katanya bahawa dalam keputusan PMR pada tahun lepas, 2 buah sekolah perempuan telah mendahului SDAR di dua tempat teratas dalam kalangan SBP. Sepatutnya, kata beliau, lelaki yang memimpin kaum wnaita dalam segenap aspek.

Berkaitan dengan para pelajar yang berminat untuk mengambil mata pelajaran Prinsip Perakaunan dalam SPM, beliau menasihatkan para pelajar supaya yakin akan keputusan yang dibuat sekarang dan jangan berundur setelah mengambil subjek tersebut.Kata beliau,ke mana saja kita pergi dan apa sahaja yang kita lakukan, janganlah berundur malah teruslah berusaha demi apa yang kita usahakan.

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 Ambilan ke-2

22 februari- Pengambilan pelajar tingkatan 1 ambilan kedua telah diadakan di dewan Tun Razak. Seramai 17 pelajar bertuah telah memilih dan terpilih untuk meneruskan alam persekolahan di kampus Sekolah Dato' Abdul Razak. Program bermula sejurus sahaja pehimpunan pagi berakhir. Pada 8.30 pagi telah kelihatan keluarga para pelajar yang gembira masuk ke perkarangan SDAR. Para pelajar seperti biasa telah mendaftarkan diri di dewan dan membeli barangan kelengkapan di Koperasi SDAR. Kemudian para pelajar dikehendaki untuk pergi ke blok asrama untuk pendaftaran asrama pula.

pelajar tiba di perkarangan SDAR

Muka ceria pelajar baharu

Sesi pendaftaran di dewan TAR

Tepat pada pukul 10.30 pagi, taklimat bersama pengetua dan guru-guru telah diadakan. Pengetua telah mengatakan bahawa beliau ingin melahirkan pemimpin masa hadapan yang agung melalui Sekolah Dato' Abdul Razak. Beliau juga berharap agar semua pelajar dapat membiasakan diri dengan suasana yang baharu. Selepas berakhirnya taklimat bersama pengetua, urusan yang belum diselesaikan diteruskan dan selepas itu para ibu bapa meninggalkan anak mereka di kampus SDAR untuk meneruskan program di sekolah. pada tengah hari tersebut,pelajar-pelajar telah masuk ke kelas untuk sesi P&P. Diharapkan generasi baru ini dapat meneruskan lagi kecermelangan SDAR pada masa akan datang. Insya-allah.

Sunday, February 21, 2010

Debat Terbuka ASTAR, Universiti Malaya 2010

Penggulungan Saudara Muhd Luqman Sufyan daripada SDAR ketika menentang UIAM (A) di separuh akhir Pertandingan Debat Terbuka ASTAR 2010. Perlawanan ini merupakan perlawanan tumpuan untuk separuh akhir. Usul: perlembagaan persekutuan tidak lagi dijunjung.

Saturday, February 20, 2010

Hari Olahraga Tahunan SDAR 2010

HOTS kali ke-50 telah dijalankan pada 20 Februari 2010 bermula seawal jam 7.30 pagi. Tema pada tahun ini ialah slogan '1 Malaysia' yang dibawa oleh Perdana Menteri, Y.A.B. Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak. Acara-acara seperti lari 100, 200, 400, 4X100, 4X400 meter meter kelas 1, 2 dan 3 telah diadakan di padang Sekolah Dato' Abdul Razak. Selain itu, acara untuk para guru dan pekerja turut diadakan bagi memeriahkan lagi hari tersebut. Pegawai Daerah Seremban, Yang Berbahagia Tuan Haji Hasnol yang juga bekas pelajar SDAR telah dijemput bagi merasmikan HOTS pada tahun ini.

HOTS ini telah dimulakan dengan acara perbarisan oleh rumah-rumah sukan dan unit-unit beruniform yang diketuai oleh Ketua Kontinjen Perbarisan iaitu saudara Ahmad Danial bin Anwar, Ketua Pelajar iaitu saudara Wan Faiq Amsyar bin Wan Ariffin, pembawa bendera sekolah iaitu saudara Ahmad Mustaqim bin Zulkifli dan pembawa bendera HOTS, saudara Muhammad Arif bin Ariffin. Pengetua Cemerlang SDAR, Tuan Haji Zakaria Md Zin telah memberikan ucapan pembukaan dalam majlis tersebut disusuli oleh ucapan perasmian oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Hasnol. HOTS telah diakhiri dengan acara sukan bagi para guru, pekerja dan ibu bapa.

Keputusan keseluruhan acara dan pertandingan sepanjang HOTS kali ke-50 ialah seperti berikut:
Olahragawan Kelas 3: Khairul Fahmi
Olahragawan Kelas 2: Akmal Zahin bin Zulkifli
Olahragawan Kelas 1: Muhammad Arif bin Ariffin
Olahragawan Tahunan HOTS: Irsyad Harris bin Harris Fadzilah

Kawad kaki rumah sukan : Temenggung
Kawad kaki unit beruniform : Pengakap Remaja

Johan Keceriaan Khemah: Bendahara
Naib johan Keceriaan Khemah: Temenggung
Ketiga Keceriaan Khemah: Syahbandar
Keempat Keceriaan Khemah: Laksamana

Johan Keseluruhan: Laksamana
Naib Johan Keseluruhan: Temenggung
Ketiga Keseluruhan: Bendahara
Keempat Keseluruhan: Syahbandar

LPP mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para pemenang dan pihak penganjur kerana berjaya menganjurkan HOTS kali ke-50 pada tahun ini.

Y. Bhg. Tuan Pegawai Daerah Seremban (ditengah-tengah) menyaksikan perbarisan masuk para peserta

Sdr. Ahmad Danial sebagai Ketua Kontinjen, mengetuai acara perbarisan masuk

Kontinjen Rumah Temenggung (Berkonsepkan Masyarakat Cina)

Acara akhir yang dipertandingkan


Kontinjen Rumah Bendahara (berkonsepkan masyarakat Melayu)


Kontinjen Rumah Laksamana (berkonsepkan masyarakat India)

Kontinjen Rumah Syahbandar (berkonsepkan masyarakat Orang Asli)


Pasukan Pengakap Remaja (Johan kategori perbarisan unit beruniform)


Pasukan PKBM SDAR

Tuan Pegawai Daerah, Tuan Pengetua Cemerlang dan SDARA melawat khemah rumah sukan iaitu rumah Bendahara

Khemah Rumah Temenggung


Lafaz ikrar HOTS oleh sdr. Wan Faiq Amsyar


Ucapan oleh Tuan Pengetua Cemerlang SDAR, Tn. Hj. Zakaria b Md Zin


Ucapan Perasmian oleh Yg. Bhg. Tuan Pengawai Daerah Seremban

Persembahan Pasukan Taekwando



Persembahan Drumline daripada Wind Orchestra
Persembahan seni pertahanan diri

Majlis Penutupan HOTS 2010