Thursday, March 25, 2010

Lawatan Jalinan Ukhuwah dan Mahabbah SMK Syed Mashor Batang Kali

Tarikh: 25 Mac 2010
Masa: 1000 - 1500
Perkara: Lawatan dari SMK Syed Mashor, Batang Kali
Penglibatan: 60 orang pelajar tingkatan 3 kelas rancangan khas (KRK)
10 orang guru pengiring

Pelajar disambut oleh LPP SDAR

Ketibaan Para Pelajar

Bersama Yang Dipertua PIBG SMSM

Ucapan Alu-aluan dan Selamat Datang daripada Tuan Haji Sahak bin Ahmadun, Penolong Kanan HEM SDAR
Ucapan Wakil Dari SMSM

Sesi Perkongsian Pintar
Sesi Perkongsian PintarSesi Perkongsian Pintar dalam KumpulanSesi Lawatan ke Sekitar SDAR
Makan Tengah Hari

Wednesday, March 24, 2010

Perlawanan Ragbi Persahabatan

24 Mac-satu perlawanan ragbi antara Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) dengan SDAR telah diadakan di padang SDAR petang tadi. Pasukan-pasukan yang terlibat adalah pasukan bawah 14 tahun dan pasukan bawah 15 tahun. keputusan perlawanan adalah seperti berikut:

bawah 14 tahun- SDAR- 0 SAS- 0
bawah 15 tahun- SDAR- 5 SAS- 5

LPP berharap agar perlawanan-perlawanan sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi mengeratkan lagi hubungan antara SDAR dengan SAS.

Friday, March 19, 2010

LAWATAN BENCH MARKING KE SMS KUCHING







Kuching - Para pentadbir yang diketuai oleh Tn. Hj. Zakaria b Md Zin, Pengetua Cemerlang SDAR dan Waden SDAR serta LPP telah mengadakan lawatan sambil belajar khususnya tentang pentadbiran asrama dan pengawas di SMS Kuching, Sarawak pada 14 - 16 Mac 2010. Melalui lawatan tersebut kami dapat membanding beza pentadbiran asrama dan pengawas. Pihak kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas usaha pihak sekolah yang menganjurkan program lawatan sambil belajar ini. Semoga program ini akan memberikan idea baru dalam usaha melicinkan lagi pentadbiran asrama dan pengawas.



Wednesday, March 17, 2010

BERAKHIRNYA PERJUANGAN DI PPM ZON SELATAN!!

Alhamdulillah, pada 12-15 Mac yang lalu,Pertandingan Bahas BM dan BI serta Bola Keranjang Sempena Hari Kecemelangan SBP dapat disempurnakan dengan jayanya..Berikut merupakan laporan bagi pertandingan tersebut:

Sesi 1
SDAR vs SMS Johor
Keputusan: SDAR
Pembahas terbaik: Thalhah (SDAR)

Sesi 2
SDAR vs SMS Kota Tinggi
Keputusan: SDAR
Pembahas Terbaik: Thalhah (SDAR)

Sesi 3
SDAR vs SMSTJ
Keputusan: SDAR
Pembahas Terbaik: Adzlan (SDAR)

Sesi 4
SDAR vs SMS Seremban
Keputusan: SDAR
Pembahas Terbaik: Luqman (SDAR)

Sesi 5
SDAR vs KTK
Keputusan: SDAR
Pembahas Terbaik: Thalhah (SDAR)

Sesi 7
SDAR vs SMS REMBAU
Keputusan: SDAR
Pembahasa Terbaik: Adzlan (SDAR)

Kemenangan itu meletakkan SDAR sebagai Johan kumpulan B
Maka, SDAR bertemu naib johan kumpulan A, STF.

Manakala,KTK (naib Johan B) bertemu johan A, SMAP Labu..


Perlawanan Separuh Akhir 1
SDAR vs STF
Keputusan: SDAR
Pembahas terbaik: Luqman (SDAR)

Namun begitu, pasukan Bahasa Inggeris kami tidak berjaya ke Kebangsaan. Mungkin rezeki itu belum tiba, dan kami akan tetap berusaha untuk tahun yang mendatang.

Bagi pasukan bola keranjang pula, gelaran Johan Zon Selatan masih dapat dikekalkan. Buat pengetahuan semua, bagi bola keranjang, SDAR akan bersama-sama SMS Muzaffar Syah untuk ke peringkat kebangsaan nanti.

Dengan itu, maka kami akan mewakili Zon Selatan ke HKSBP Kebangsaan
yang akan diadakan di SMS Pasir Puteh, Kelantan
pada Jun akan datang.

Sekalung apresiasi buat
Tuan Pengetua dan Pihak Pentadbiran Sekolah,

PK Ko, Cikgu Yazid Abdul Wahab, Cikgu Shariah (GKMP Bahasa) Cikgu Muhammad Md Derus, Cikgu Khalijah, Cikgu Umi, Cikgu Aisyah, Cikgu Afida, Cikgu Nordin


Juga buat pihak SDARA, jurulatih bola keranjang, Dr. Zamri dan Dr. Ramly, yang sudi menjenguk-jenguk pasukan SDAR di Muar.

Diharapkan kalian semua akan terus bersama-sama mendoakan kejayaan kami di peringkat kebangsaan nanti...

-TERIMA KASIH-

Thursday, March 11, 2010

Majlis Penutupan Kursus Kepemimpinan Ketua Pelajar dan Penolong Ketua Pelajar Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Kebangsaan Kali ke-4 2010






Ketibaan Tetamu Jemputan

Diiringi Band Sekolah Tun Fatimah
Bacaan Doa
Ucapan Penghulu
Ucapan Daripada Wakil SBP
Ucapan Perasmian
Pelancaran Buku
Penyampaian Sijil Peserta
Bacaan Ikrar oleh Timbalan Penghulu
Bacaan Ikrar Para Ketua dan Timbalan Ketua Pelajar
Para Pengetua yang Hadir
Buku Jejak Kemenjadian Pelajar SBP
Penghulu dan Timbalan Penghulu
Ketua dan Timbalan Ketua Pelajar SDAR bersama En. Muhammad
Bergambar Kenangan







Tuesday, March 9, 2010

Majlis Penghargaan Kecemerlangan PMR 2009

Pihak Jabatan Pelajaran telah hadir di SDAR pada pagi ini bagi menyampaikan penghargaan kepada SDAR atas kecemerlangan PMR 2009. Yang Berbahagia Tuan hj. Hamzah b Abu, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah JPNS dan dua orang pengawainya telah menyempurnakan majlis tersebut.
Majlis telah dipenuhkan dengan ucapan wakil pelajar tingkatan 3 tahun 2009, iaitu saudara Solehin. Di Dalam ucapannya, beliau menyampaikan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada pihak pengurusan dan guru-guru kerana jasa mengajar mereka sehingga berjaya dengan cemerlang. Beliau juga meletakkan amanah kepada para pelajar tingkatan 3 tahun 2010 pula supaya meneruskan dan memperbaiki lagi pencapaian SDAR yang cemerlang. Kejayaan adalah satu anugerah. Kejayaan bukan suatu kebanggaan tetapi satu amanah. Kejayaan semalam menjadi sejarah, tetapi kejayaan esok merupakan sesuatu yang perlu diusahakan.
Tuan Pengetua Cemerlang pula dalam ucapan beliau telah meletakkan target PMR 2010 kepada 1.008 brbanding 1.014 pada tahun ini. Beliau inginkan SDAR menjadi sekolah lelaki yang unggul dalam kalangan SBP malahan menjadi peneraju mutlak di dalam pencapaian PMR 2010. Beliau mengingatkan kepada semua pelajar PMR supaya tidak berlengah-lengah dan memulakan persiapan bagi menghadapai peperiksaan tersebut dari sekarang.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada mantan pengetua SDAR iaitu Datuk Hj Azam b Md Atan dan guru-guru yang mengajar PMR 2009 kerana kegigihan dan usaha sehingga berjaya melonjakkan SDAR ke paras yang tertinggi di dalam PMR dan bidang lain pada tahun lepas. Penghargaan ini merupakan satu motivasi kepada seluruh warga SDAR. Menjadi juara itu mudah tetapi nak mempertahankan sangat susah. Beliau mengharapkan komitmen yang lebih lagi berbanding tahun lepas.
Yang Berbahagia, Tn. Hj. Hamzah b Abu, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah JPNS yang juga bekas guru SDAR pula mengucapkan sekalung tahniah kepada seluruh warga SDAR atas kejayaan PMR pada tahun lepas. Beliau berkata pihak jabatan memandang tinggi status SDAR dalam segenap bidang. Beliau juga mengumumkan akan berlaku kenaikan pangkat dalam kalangan rakan-rakan guru SDAR yang memaksa mereka bertugas di tempat lain. Di dalam majlis ini, beliau mengumumkan Yang Berusaha Pn. Hjh. Norzila bt Hj. Idris akan dinaikan pangkat menjadi pengetua sedikit masa lagi dan surat perlantikannya telah pun ada.
Menurut beliau JPNS sentiasa menghargai dan bangga dengan usaha-usaha guru-guru dan para pelajar SDAR dalam mengekalkan kejayaan yang berterusan. Beliau mengikuti perkembangan SDAR dalam akademik, namun beliau berharap dalam peperiksaan SPM SDAR akan membuat sesuatu kejutan. Seluruh warga SDAR juga bertanggung jawap terhadap tradisi budaya kerja yang cemerlang dan berterusan sejajar dengan statusnya sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi. Sebagai pelajar SBT, para pelajar mesti membuktikan kepada para pelajar di aliran lain agar lebih kehadapan dari segala aspek. Beliau berharap program-program bersama dengan sekolah-sekolah harian dapat diteruskan. Beliau juga ada pelajar SDAR yang berjaya terpilih di dalam Program Permata Pintar anjuran UKM khususnya bagi para pelajar tingkatan 1 hingga 5.
Para pelajar mestilah menyediakan sasaran kerja diri dengan mempunyai jadual waktu pengurusan diri dan berupaya mengurus diri dan mengendalikan aktiviti-aktiviti sekolah. Beliau juga berharap para pelajar dapat menggunakan segala kemudahan yang disediakan secara optimum dan mempunyai tingkat komunikasi yang berkesan.
LPP mengucapkan tahniah kepada pelajar PMR 2009 dan guru-guru yang sentiasa gigih berusaha tanpa jemu. Buat guru-guru yang bakal meninggalkan SDAR kami yakin kalian akan lebih cemerlang dan terus berusaha gigih membina generasi bangsa Malaysia agar terus terbilang di persada dunia.

Monday, March 8, 2010

Ucapan HM: Perhimpunan Pagi Isnin (8 Mac 2010)

Tuan Pengetua Cemerlang memberikan teguran dan pandangan tentang beberapa perkara seperti berikut:
1) Kebersihan asrama dan blok akademik
Beliau menegur sikap pelajar yang tidak mengendahkan aspek kebersihan blok akademik & asrama. Setiap hujunh minggu keadaan sampah yang bertaburan tidak dapat diselesaikan. Para pelajar perlu peka dan ambil berat serta tindakan dengan perkara tersebut.
2) Kualiti tidur
HM menegur pelajar yang mengabaikan kualiti tidur. Daripada rondaan malam yang beliau buat didapati para pelajar lebih banyak menghabiskan waktu tanpa kerja yang berfaedah dan akhirnya tidak cukup tidur. Pada pandangan beliau, disebabkan perkara tersebut sedikit sebanyak mengganggu keputusan peperiksaan, khususnya SPM. Para pelajar menengah atas sepatutnya membuat analisis mengapa keputusan PMR amat cemerlang tetapi keputusan SPM kurang cemerlang.
3) Keputusan SPM
Beliau mahukan semua warga SDAR khususnya para pelajar sentiasa menyediakan diri untuk menghadapi peperiksaan bagi memastikan kecemerlangan berterusan kerana jika keputusan merosot, seluruh negara akan menilai SDAR. Masyarakat sentiasa menilai diri kita. Semua guru telah berusaha tetapi baik atau tidak keputusan, bergantung kepada para pelajar. Masa masih panjang tetapi kita perlu kerja kuat dan konsisten serta berfikir. Para pelajar mesti berubah dari dalam tanpa paksaan. Beliau mahukan pelajar mementingkan ketepatan masa dan gunakan waktu prep malam dengan sebaik mungkin. Beliau tidak mahu lagi wujud pelajar yang sambil lewa dan membuang masa.

Sunday, March 7, 2010

KURSUS KETUA PELAJAR PERINGKAT KEBANGSAAN 2010.



6 Mac 2010: Sekolah Tun Fatimah Johor Bharu diberi mandat sebagai tuan rumah Kursus Ketua Pelajar dan Penolong Ketua Pelajar Peringkat Kebangsaan kali ke 4 2010. Kursus yang menghimpunkan 112 orang peserta dari 56 buah sekolah berasrama penuh peringkat kebangsaan merupakan kursus paling berprestij yang diadakan setiap tahun bagi membentuk pemimpin bertaraf dunia. Kursus ini akan berlangsung selama 5 hari bermula 6 Mac 2010 hingga 10 Mac 2010. Menurut Puan Norizah bte Juberi selaku ketua Unit Kepemimpinan dan Kaunseling Sekolah Berasrama Penuh dalam ucapan taklimatnya mengharapkan kursus kepemimpinan ini akan dapat menjadi nilai tambah bagi melahirkan pemimpin masa depan yang mempunyai personality unggul sejajar dengan matlamat dan hasrat Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh.




Berikut adalah laporan penuh Kursus Ketua Pelajar Peringkat Kebangsaan 2010.



Hari Pertama 6 Mac 2010. ( Sabtu)
Pendaftaran peserta bermula pada pukul seawal 10.00 pagi dipejabat asrama Sekolah Tun Fatimah. Pendaftaran ini telah diketuai oleh Cik Junaida bt Mohd Nor dari Sek Men Sains Sultan Iskandar serta dibantu oleh semua Kaunselor Tun Fatimah. Para pelajar perempuan ditempatkan di Aspuri Tun Fatimah dan para pelajar lelaki ditempatkan di Kediaman Institut Perguruan (KIP) lebih kurang 5 km dari Sekolah Tun Fatimah.






Wan Faiq Amsyar & Amirul Sani antara peserta yang awal mendaftar

Bas terakhir yang sampai ke STF .
Ucapan alu-aluan dari Pn Norizah bt Juberi wakil dari pihak SBP





Tekun mendengar amanat dari kiri Ketua Pelajar MCKK dan Wan Faiq Amsyar ( SDAR)






>

Ucapan HM: Majlis Penghargaan Kecemerlangan PMR 2009

Tuan Pengetua Cemerlang dalam ucapan beliau telah meletakkan target PMR 2010 kepada 1.008 brbanding 1.014 pada tahun ini. Beliau inginkan SDAR menjadi sekolah lelaki yang unggul dalam kalangan SBP malahan menjadi peneraju mutlak di dalam pencapaian PMR 2010. Beliau mengingatkan kepada semua pelajar PMR supaya tidak berlengah-lengah dan memulakan persiapan bagi menghadapai peperiksaan tersebut dari sekarang.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada mantan pengetua SDAR iaitu Datuk Hj Azam b Md Atan dan guru-guru yang mengajar PMR 2009 kerana kegigihan dan usaha sehingga berjaya melonjakkan SDAR ke paras yang tertinggi di dalam PMR dan bidang lain pada tahun lepas. Penghargaan ini merupakan satu motivasi kepada seluruh warga SDAR. Menjadi juara itu mudah tetapi nak mempertahankan sangat susah. Beliau mengharapkan komitmen yang lebih lagi berbanding tahun lepas

Saturday, March 6, 2010

Perjumpaan Ibu Bapa bersama guru

Perjumpaan ibu bapa dan guru sedang dijalankan di Blok Akademik Sekolah Dato' Abdul Razak. Perjumpaan ini bertujuan untuk membincangkan hal akademik dan perkembangan terkini pelajar-pelajar SDAR. Selepas ini akan diadakan Mesyuarat Agong Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Dewan Tun Abdul Razak. Semua ibu bapa dijemput hadir ke mesyuarat tersebut






Friday, March 5, 2010

Laporan Hari Pertama Kejohanan Kriket SBP Zon Selatan

SDAR telah memulakan kejohanan dengan langkah kanan yang bergaya apabila berjaya memenangi 2 perlawanan pembukaan pertama. SDAR telah menewaskan SMS Muzaffar Shah (MOZAC) dalam perlawanan pertama. Kehebatan pasukan kriket SDAR terus terbukti setelah menewaskan SMS Iskandar dalam perlawanan seterusnya.

Perlawanan seterusnya ialah pada esok pagi apabila pasukan kriket SDAR akan turun menentang SMS Johor untuk penentuan johan dan naib johan kumpulan. LPP mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada pasukan kriket SDAR. Semoga berjaya membawa piala pulang ke bumi Sekolah Dato' Abdul Razak.

Ucapan Tuan Pengetua Tentang Tanggung jawab Warga SBT

SDAR (5 Mac 2010) - Tuan Pengetua Cemerlang menyampaikan ucapan dan peringatan kepada para pelajar SDAR tentang beberapa perkara berkaitan peranan sebagai pelajar Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) ketika perhimpunan pagi Jumaat tadi.

Beliau memulakan ucapan dengan menegur sikap segelintir pelajar yang berwatakan lembut. Beliau berharap mereka berubah menjadi lelaki sejati. Simptom lembut tersebut hendaklah dibendung dengan segera. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Pasukan Wind Orkestra SDAR kerana persembahan hebat hujung minggu lepas.

Tuan Pengetua Cemerlang menjelaskan kelebihan dan tanggung jawab sebagai seorang lelaki. Wanita pula mempunyai kelebihan dan mudah untuk masuk syurga dengan taat kepada Allah dan Rasul serta suami. Manakala, sebagai lelaki pula mesti taat kepada Allah, rasul serta dipertitik beratkan supaya "taat, dan taat dan taat" kepada ibu.

Beliau juga melahirkan kesyukuran kerana SDAR menjadi SBT. Beliau menyedarkan para pelajar bahawa yang menjadi SBT adalah pelajar, bukannya sekolah itu sendiri secara umum. Para pelajar tergolong dalam golongan mempunyai status tinggi. Kriteria-kriteria SBT bukan mudah untuk dipenuhi . Semua warga SDAR perlu terutama pelajar perlu 'bergerak' lebih pantas kehadapan selepas para guru memulakan langkah. Beliau juga meminta supaya para pelajar mencari dan membaca bahan berkaitan ciri-ciri SBT seperti di dalam internet. Para pelajar SDAR perlu menjadi 'Pelajar Bertaraf Dunia'

Ada beberapa perkara yang perlu diambil berat untuk menjadikan kita sebagai warga SBT sejati:

1) Sikap terhadap akademik
HM akan masuk ke dalam kelas dan melihat latihan-latihan yang dibuat. Para pelajar perlu ingat HM akan membuat perbandingan di antara pelajar di dalam kelas. Jika terdapat perbezaan kuantiti dan kualiti latihan, maka beliau akan ambil tindakan yang sewajarnya.

2) Disiplin
Beliau telah melawat banyak sekolah di serata dunia dan mendapati bahawa sekolah-sekolah yang berjaya adalah sekolah yang patuh kepada disiplin. Cuma mereka kurang dari segi akhlak. Beliau berharap para pelajar SDAR tidak mempunyai masalah disiplin seperti datang lewat dan sebagainya kerana ia tidak menggambarkan imej pelajar SBT. Beliau mahu disiplin sifar wujud di SDAR. Para pelajar mesti mempertahankan status SDAR sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi.

3) Pandangan Jauh Terhadap Diri (Misi dan Visi Diri)
Kita perlu menjadi sekolah yang terunggul dan terhebat. Ia menjadi cita-cita tuan pengetua untuk menjadikan SDAR sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi Terunggul. Kita perlu ubah pandangan dan pendekatan agar mencapai visi dan misi sekolah iaitu SDAR terbilang sebagai sebuah institusi yang unggul di peringkat negara dan antarabangsa.
Para pelajar SDAR mesti berbeza selepas menjadi pelajar SBT. Amatlah malang jika hari ini lebih teruk dari semalam. Kita perlu berbeza dari semalam. Malang juga sekiranya hari ini kita sama sahaja seperti semalam.

Beliau mahukan para pelajar berfikiran positif dan bertindak secara positif bagi mencapai visi dan misi. LPP sebagai pemimpin kepada rakan-rakan pelajar SDAR perlu mengorak langkah menjadi peneraju terhadap pencapaian misi dan visi sekolah serta cita-cita tuan pengetua cemerlang tersebut.

Wednesday, March 3, 2010

Perlawanan Persahabatan




SDAR telah mengadakan Pertandingan Debat dan Debate Persahabatan pada 3 Mac 2010 dengan Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Cheras. Pertandingan Persahabatan ini bertujuan untuk memantapkan keupayaan pasukan debat dan debate masing - masing yang akan mewakili sekolah ke pertandingan HKSB Zon Selatan dan ZonTengah. HKSBP Zon Selatan akan berlangsung di SMS Muar pada 12 hingga 15 Mac 2010. Tiada pemenang diumumkan. Pihak juri bersetuju untuk hanya memberi komentar kepada para pembahas untuk memperbaiki mutu perbahasan.


Dalam masa yang sama pasukan bola sepak SDAR telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan SMK Seremban Jaya di padang SDAR. Perlawanan ini merupakan perlawanan kali ke 2 bagi tahun 2010. Terdahulu, pasukan bola sepak SDAR telah kalah melawan SSAS di Piala SASDAR pada 28 Februari lalu dengan mata 1-2 melalui tendangan penalti. Pengalaman berlawan di SSAS memberi kekuatan kepada SDAR untuk menang 5-0 dengan SMK Seremban Jaya.


Aktiviti kokurikulum unit beruniform kali ke 7 turut dijalankan pada hari Rabu ini. Program pemilihan ahli kawat GO untuk mewakili sekolah telah diadakan. Program ini bertujuan untuk membentuk pasukan kawat GO yang mantap dan mampu bersaing dengan sekolah - sekolah harian yang sering menjuarai Pertandingan Kawat Kaki Peringkat Daerah, Negeri dan Kebangsaan. Pada tahun lepas Pasukan Pengakap SDAR telah menjadi Johan Pertandingan Kawat NGO Peringkat Negeri dan mewakili Negeri Sembilan ke Peringkat Kebangsaan.




Di Gelanggang Hoki Seremban 2, Pasukan Hoki SDAR telah menyertai saringan Pertandingan Hoki (L) Liga Sekolah Bawah 18 Tahun Sekolah - Sekolah Negeri Sembilan. SDAR telah layak menyertai kejohanan tersebut apabila telah menang 2-1 menentang SMK Batu Kikir pada peringkat saringan. Liga tersebut akan dijalankan mulai minggu hadapan.

*Dipetik daripada Blog Unit Kokurikulum SDAR 2010

Monday, March 1, 2010

Program Mentor-Mentee kali ke-2

Program Mentor-mentee kali ke-2 telah diadakan pada pagi Isnin tadi. Perbincangan yang ditekankan pada minggu ini ialah berkenaan dengan persiapan menghadapai Ujian Bulan Mac yang akan bermula Jumaat, 5 Mac ini. Hal berkenaan dengan asrama dan ASAT juga diambil kira sepanjang perbincangan mentor-mentee kali ini.