Tuesday, April 27, 2010

Laporan Pertandingan Debat antara Sekolah-sekolah Universiti Islam Antarabangsa

Pertandingan Debat antara Sekolah di Universiti Islam Antarabangsa telah diadakan pada 16-21 April yang lalu. Sekolah Dato' Abdul Razak telah menghantar satu pasukan untuk kategori debat Bahasa Melayu dan satu pasukan untuk kategori Bahasa Inggeris.

Bagi kategori debat Bahasa Melayu, SDAR telah diwakili oleh Muhammad Luqman Sufyan bin Junaidi sebagai speaker pertama, Muhammad Thalhah bin Kamarozaman sebagai speaker kedua, Adzlan Qushaimi bin Jamaludin sebagai speaker ketiga, dan Muhammad Mustaqim bin Marsidi sebagai speaker simpanan. Berikut merupakan laporan perjuangan mereka pada pertandingan ini.

Pusingan Pertama
SDAR menentang Sekolah Seri Puteri
Keputusan: SDAR menang
Pendebat Terbaik: Luqman Sufyan (SDAR)

Pusingan Kedua
SDAR lwn MRSM Pengkalan Chepa
Keputusan: SDAR menang
Pendebat Terbaik: Adzlan Qushaimi (SDAR)

Pusingan Ketiga
SDAR lwn SMK Jitra
Keputusan: SDAR menang
Pendebat Terbaik: Adzlan Qushaimi (SDAR)

Pusingan Keempat
SDAR lwn SMAP Kajang
Keputusan: SDAR menang
Pendebat Terbaik: SMAPK

Pusingan Kelima
SDAR lwn SMI Hidayah (Johan debat UIA 2009)
Keputusan: SDAR menang
Pendebat Terbaik: SMI Hidayah
SDAR telah mendapat tempat pertama dalam kedudukan sekolah-sekolah yang bertanding

Pusingan Terakhir
SDAR lwn SMAP Labu
Keputusan: SDAR tewas
Pendebat Terbaik: Adzlan Qushaimi (SDAR)

Selepas pusingan terakhir, SDAR telah jatuh ke tempat ketiga dan telah layak ke pusingan octo-final iaitu pusingan kalah mati. Pada pusingan ini, SDAR telah menentang SMAP Kajang sekali lagi. Pada pusingan ini, nasib tidak memihak kepada SDAR apabila kemenangan berpihak kepada pasukan SMAP Kajang. Dengan keputusan ini, perjuangan SDAR dalam pertandingan ini telah berakhir.

Walaupun pasukan debat Bahasa Melayu SDAR telah kecundang pada peringkat octo-final, perkara yang membanggakan seluruh warga SDAR adalah apabila SDAR telah menjadi satu-satunya sekolah yang mempunyai ketiga-tiga pendebat dalam ranking 20 teratas pertandingan. Muhammad Luqman Sufyan telah mendapat tempat ke-20, Muhammad Thalhah di tempat ke-9 dan Adzlan Qushaimi telah menyandang tempat ke-3.

Akhir sekali, LPP sentiasa mendoakan kejayaan pasukan debat Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam semua pertandingan debat yang mereka sertai. Semoga masa hadapan menjanjikan kejayaan SDAR yang lebih membanggakan pada peringkat yang lebih tinggi. Insya-Allah.

Pertandingan Keceriaan dan Kebersihan Kelas dan Asrama 19-23 April 2010

Cik Rozita dan Cik Zailyniza telah menjadi guru bertugas untuk memantau kebersihan dan keceriaan kelas dan asrama pada minggu lepas. Berikut merupakan keputusan pertandingan tersebut.

Dorm terbersih: S-16
Aras terbersih: Laksamana aras 1
Blok terbersih: Blok Bendahara
Kelas terbersih: 4 Khaldun

LPP berharap agar seluruh warga SDAR dapat meningkatkan lagi kebersihan dan keceriaan sekolah supaya persekitaran SDAR lebih kondusif dan selesa kepada semua penghuninya.

Wednesday, April 21, 2010

Jalinan Ukhuwah dan Mahabbah: SK Serting (F)

21 April- Sekolah Dato' Abdul Razak telah menerima satu lawatan dari Sekolah Kebangsaan Serting (F) pagi tadi. Seramai 107 orang pelajar SK Serting bersama guru-guru pengiring telah mengikuti lawatan ini.

Delegasi dari SK Serting telah sampai di SDAR pada jam 9.10 pagi dan telah disambut oleh ahli LPP. Mereka kemudiannya telah dibawa ke Dewan Tun Abdul Razak untuk majlis rasmi dan sesi perkongsian pintar. Selesai program di dewan, warga SK Serting telah dibawa melawat sekitar SDAR. Lawatan ini berakhir pada jam 1.30 tengah hari.

Pihak yang terlibat dalam program lawatan ini adalah beberapa orang pemimpin pelajar tingkatan 4 dan disertai oleh para Pembimbing Rakan Sebaya tingkatan 4.

Antara aktiviti yang telah dijalankan termasuklah sesi Perkongsian Pintar dan LDK. Lembaga Pemimpin Pelajar mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam program ini. Terima kasih daun keladi, kalau panjang umur kita berjumpa lagi.

Tuesday, April 13, 2010

Program Penanda Aras Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar ke SDAR

Pada 13 April 2010, seramai 10 orang pelajar dari Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar menyertai program penanda aras di SDAR selama 3 hari dua malam sehingga 16 April 2010. Diharapkan program ini akan memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak dan semoga SDAR dan SMTTJ terus cemerlang dalam segala aspek.
















































































































Friday, April 2, 2010

Majlis Apresiasi- Jasamu Dikenang Budimu Disanjung, Pn. Hajah Norzila Binti Haji Idris

Tarikh:2 April 2010
Masa:1000-1200
Perkara:Majlis Jasamu Dikenang Budimu Disanjung, Pn. Hajah Norzila Binti Haji Idris
Beliau Bertukar dan naik pangkat sebagai pengetua di SMK Seri Perpatih, Palong 4
Berkhidmat hampir 27 tahun di SDAR
Penglibatan:Semua warga SDAR


Ketibaan Pn. Hajah Norzila

Ucapan Pengetua Tn. Haji Zakaria B. Md Zin
Ucapan Yang Diraikan, Pn. Hajah Norzila


ersembahan Wind Orkestra