Wednesday, September 1, 2010

PROGRAM TITIAN HARAPAN SDAR-HOSPITAL TUANKU JA'AFAR TAHUN 2010








2 SEPTEMBER 2010 - LPP SDAR dengan kerjasama BADAR SDAR menganjurkan program Titian Harapan buat kali kedua. pada kali ini kami memilih Hospital Tuanku Jaafar Seremban sebagai destinasi menabur jasa.

Objektif program ini antara lainnya adalah:

1. Memberi peluang kepada seluruh warga SDAR untuk menyumbang sempena bulan ramadhan dan syawal yang bakal tiba.

2. Menanam sikap prihatin dalam kalangan pelajar SDAR untuk membantu mereka yang di dalam kesusahan.

3. Mengeratkan lagi kerjasama antara LPP dan BADAR SDAR dalam mendidik pelajar SDAR menjadi insan yang berilmu dan berjasa kepada masyarakat.

Semoga program sedemikian dapat menyedarkan semua pelajar SDAR untuk cintakan negara dan semangat sanggup membantu mereka yang memerlukan. Kami juga ingin menyahut seruan kerajaan untuk melahirkan modal insan khususnya pelajar SBP yang mempunyai nilai yang tinggi dan terpuji.

Terima kasih kepada semua yang membantu kami dalam menjayakan program ini khususnya kepada Yg. bhg. Tuan Haji Zakaria bin Md Zin, Pengetua Cemerlang SDAR kerana menyokong penuh program ini.