Tuesday, March 1, 2011

Coretan LPP 2011 Kini Kembali

Ribuan kemaafan kepada semua pembaca budiman. Selama hari ini kami menghadapi masalah untuk sign in blog ini. Tetapi kini segalanya telah selesai. Insyaallah kalian akan kembali mendapat informasi berkaitan LPP SDAR bagi tahun 2011.. salam mesra dari kami...

Wednesday, September 1, 2010

PROGRAM TITIAN HARAPAN SDAR-HOSPITAL TUANKU JA'AFAR TAHUN 2010








2 SEPTEMBER 2010 - LPP SDAR dengan kerjasama BADAR SDAR menganjurkan program Titian Harapan buat kali kedua. pada kali ini kami memilih Hospital Tuanku Jaafar Seremban sebagai destinasi menabur jasa.

Objektif program ini antara lainnya adalah:

1. Memberi peluang kepada seluruh warga SDAR untuk menyumbang sempena bulan ramadhan dan syawal yang bakal tiba.

2. Menanam sikap prihatin dalam kalangan pelajar SDAR untuk membantu mereka yang di dalam kesusahan.

3. Mengeratkan lagi kerjasama antara LPP dan BADAR SDAR dalam mendidik pelajar SDAR menjadi insan yang berilmu dan berjasa kepada masyarakat.

Semoga program sedemikian dapat menyedarkan semua pelajar SDAR untuk cintakan negara dan semangat sanggup membantu mereka yang memerlukan. Kami juga ingin menyahut seruan kerajaan untuk melahirkan modal insan khususnya pelajar SBP yang mempunyai nilai yang tinggi dan terpuji.

Terima kasih kepada semua yang membantu kami dalam menjayakan program ini khususnya kepada Yg. bhg. Tuan Haji Zakaria bin Md Zin, Pengetua Cemerlang SDAR kerana menyokong penuh program ini.

Tuesday, August 31, 2010

PERJUMPAAN PERTAMA CALON LPP 2011 BERSAMA PK HEM











31 OGOS 2010 - Perjumpaan pertama calon-calon pemimpin pelajar SDAR tahun 2011 telah diadakan pada hari ini di Bilik Mesyuarat Putra. Calon-calon telah menjalani sesi perkenalan di antara satu sama lain. Selain itu, Pk HEM, En. Mohd Yazid b Abd Wahab telah menjelaskan hasrat dan harapan pihak terhadap pelantikan mereka. Pada hari ini juga para hicom telah berbincang untuk persediaan menerajui kepimpinan pelajar SDAR bagi tempoh 31 Ogos 2010 hingga November 2010 (tempoh percubaan). Selamat menjalankan tugas!

CALON LPP SESI 2011

SENARAI CALON PEMIMPIN PELAJAR YANG LAYAK MENJALANI TEMPOH PENCUBAAN SEBAGAI AHLI LEMBAGA PEMIMPIN PELAJAR SEKOLAH DATO’ ABDUL RAZAK SESI 2011TINGKATAN 2

BIL NAMA TINGKATAN
1 MEOR AMIRUL IZZUDDIN BIN RUSLAN 2UO
2 MUHAMMAD SYAHMI BIN ROSLI 2UO
3 AMIR BIN LAMZAH 2BH
4 AIZZAT FIZZRI BIN ROSMAN 2BH
5 AMIRRUL FAIZ BIN ALI 2BH
6 MOHAMAD ALIF AIMULLAH BIN ABD RAHMAN 2BH
7 MOHD HAFIZ B MOHD AKHBAL (PENCALONAN GURU) 2BH
8 ZUBAIR BIN ABD AZIZ (PENCALONAN GURU) 2BH
9 MUHAMMAD NOR AIZAT BIN AZMI 2Z
10 MOHD FAIZ BIN MOHD RIDHUAN 2Z
11 ASYRAF ARIF BIN ABD GHAFAR 2Z
12 AIMAN HAKIM BIN MOHD NOOR SHAH 2Z
13 MUHAMMAD HILMAN BIN MOHD NORDIN 2Z

TINGKATAN 3
BIL NAMA TINGKATAN
1 MUHAMAD FAIZUAN BIN AMINUDDIN 3AB
2 MUHAMAD SOLEHUDIN BIN ZAKARIA 3BH
3 MOHD NUUR AIMAN BIN SAMSUDDIN 3BH
4 MOHD ASHRAF BIN MOHD NASIR 3BH
5 MUHAMMAD SHAFIQ BIN MOHD NASIR 3UO
6 OMAR FAROUK BIN OMAR 3UO
7 ALIFF ASHRAF BIN ADNAN 3RK
8 MUHAMMAD AKMAL ZAHIN BIN ZULKIFLI 3RK
9 MUHAMMAD LUQMAN SUFYAN BIN JUNAIDI 3RK
10 MOHAMMAD SYAKIRIN BIN MOHAMED AMIN 3Z
11 FADHLI NAIM BIN IBRAHIM 3AB
12 MUHAMMAD HAZMAN BIN HAMIDON 3AB
13 MUHAMMAD SHUBLI BIN OTHMAN 3AB
14 MUHAMMAD AIMAN BIN HASHIM 3Z
15 SYAFIQ BIN JOHARI 3Z
16 MUHAMAD NASIF BIN MOHAMAD AZLAN 3BH
17 MUHAMMAD IQHMAL BIN MOHD ZAMRI 3BH
18 MUHAMMAD THALHAH BIN KAMAROL ZAMAN 3UO
19 MUHAMMAD FAHMI BIN ZAILI AZMI 3RK
20 MOHD AZRI B ZAHID (PENCALONAN GURU) 3Z
21 MUHDKHAIRUL ANUAR B MOHD SALEH (PENCALONAN GURU)3BH
22 MOHD IZMEER B SAKDON (PENCALONAN GURU) 3UO
23 IZZUL SYAHMI B RASHID (PENCALONAN GURU) 3Z

TINGKATAN 4
BIL NAMA TINGKATAN
1 MUHAMMAD KHAIRUL NIZAR BIN KHAIRUDDIN 4R
2 MUHAMMAD HAFIZ BIN DAUD 4R
3 DANIAL ILMAN BIN MUHAMMAD HASNI 4R
4 AHMAD NAZRIN BIN JOHARI 4S
5 MUHAMMAD SYAHMIE BIN HASNAN 4S
6 MOHD AZMI SAFWAN BIN AHMAD 4S
7 IRSHAD HARRIS BIN HARIS FADZILAH 4R
8 MUHAMAD AZRUL HADI BIN SHAMSURI 4R
9 MOHAMAD ARIF BIN AHMAD DZAHIRI 4R
10 MUSTAQIM BIN MOHD MARSIDI 4S
11 MOHAMAD NOOR SOLEHIN BIN SULAIMAN 4S
12 HASNAIN BIN HASANAN 4S
13 MOHD EZADDIN BIN MAZLAN 4S
14 MUHAMMAD AZIM BIN MOKHTAR 4H
15 MUHAMMAD HAFIDZUDDIN BIN AMARAN 4H
16 AHMADUL HADI BIN MUHAMAD SHARIF 4H
17 AHMAD HARITH BIN ROSELAN 4K
18 AHMAD RIFDI BIN ZAMRI 4T
19 AMIR HAZIQ B MOHAMED SHAMSURI 4R
20 MUHAMMAD EZARIN B MAZLAN (PENCALONAN GURU) 4T
21 MOHD SAIF B ZAINUDIN (PENCALONAN GURU) 4R
22 AHMAD HAFIZ B AHMAD IZZUDIN (PENCALONAN GURU) 4T
23 HARRIS ASYRAF B MOHD ALIAS (PENCALONAN GURU) 4R
24 MUHAMMAD HAFIZ B ABD RAHIM (PENCALONAN GURU) 4H

Monday, August 30, 2010

UJIAN BERTULIS CALON LPP 2010





Seramai 102 orang calon pemimpin pelajar telah menduduki ujian bertulis pada 16 Julai 2010. Manakala sesi temuduga pula telah diadakan pada 18 Ogos 2010. Daripada 102 orang calon, hanya 49 orang sahaja yang layak untuk menjalani sesi percubaan selama 2 bulan sebagai calon pemimpin pelajar SDAR.

Seramai 11 orang calon pula telah dicalonkan oleh guru sebagai pemimpin pelajar. Maka, calon yang layak menjalani sesi percubaan ialah seramai 60 orang mulai 31 Ogos 2010 hingga 31 Januari 2011. Pihak Jawatankuasa Lembaga Pemimpin Pelajar memutuskan untuk mengambil seramai 50 hingga 55orang pemimpin pelajar bagi sesi 2011.

Program Induksi 1 akan dijalankan pada 29 - 31 Oktober 2010 ini dan ia dijangka akan diadakan di 'ABANGSMART CAMP' di Bentung Pahang. Manakala watikah pelantikan pula dijangka pada 31 Januari 2011 dan Induksi 2 pula pada 11-13 Mac 2011 selain daripada lawatan ke UKM dan UPNM dan lawatan penanda aras yang dijangka akan dilakukan di King's Kolej, Thailand pada tahun hadapan.

Wednesday, July 28, 2010

Dari hati turun ke jari


Dato’ Razak nama terbilang,

Manakan sama dengan XXXX

Salam kasih salam sayang,

Kenangan bersama sentiasa terimbau.



Puas kucari apakah punca,

Siang dan malam SDAR terbayang-bayang,

Baru ku sedar mengapa sukar untuk ku lupa,

Rupa kasihku sudah becampur sayang.


Terim kasih rakan sepengacara majlis, Pn Aisyah bt Syarif.

Yang berusaha Tn Hj Zakaria bin Md Zin Pengetua cemerlang SDAR. Barisan kepimpinan guru-guru penolong kanan. Guru-guru Kanan Matapelajaran , Rakan-rakan guru, rakan kaunselor, rakan waden, pemimpin pelajar seterusnya pelajar sekalian.

Assalamualikum wbkt dan salam sejahtera, salam rindu diujarkan buat semua.

Pertama sekali saya panjatkan kesyukuran kehadrat Illahi kerana dengan limpah inayahnya dan rahmat Ukhuwahnya kita masih dipertemukan lagi pada hari ini walaupuan situasi yang berbeza namun kasih dan uhuwah kita tak pernah berubah. Semoga pertemuaan ini merupakan pertemuan permulaan selepas saya meninggalkan SDAR bukanya yang terakhir.

.

Terima kasih terlebih dahulu saya ucapkan kepada ahli jawankuasa pelaksana yang sudi menjemput saya dan mengadakan majlis yang cukup bermakna ini. Walaupun suatu ketika dahulu saya rasakan majlis seperti ini adalah perkara biasa, seperti memenuhi adat dan syarat, tetapi apabila majlis ini untuk saya, baru saya rasa terharu .....tiada kata seindah bahasa yg dapat diungkapkan........saya yakin dan percaya majlis ini dirancang dalam masa yang terdekat bukan seminggu atau dua minggu. Inilah kelebihanya pelajar SDAR bab mengadakan majlis......tiada tolok bandingnya......

Dikesempatan ini sebelum masa terus menjarakkan kita, sebelum kenangan kita terus pudar di makan usia ......saya mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf apa jua kesilapan dan keterlanjuran, kekurangan sepanjang saya bersama kalian dibumi SDAR. Sesungguhnya banyak pengalaman yang dicari dan diambil di sini.. Membawa nama SDAR amat besar maknanya dan cukup membanggakan. Kata kita diguna pakai, tindakan kita sentiasa diintai-intai Saya bangga menjadi guru SDAR walaupun sebentar cuma.........

Sebak rasa di dalam gundah,

Namun resah tetap terharu.

Niat dihati tak mahu berpisah,

Takdir tuhan siapa yang tahu.

Ketahuilah........pemergiaan ini ....

Tiada apa yang ingin aku kejarkan disana, untuk pangkat ???? adalah mimpi disiang hari, atas alasan budi???? jauh sekali, untuk orang yg tersayang??? untuk seorang kawan???disini tiada galang gantinya namun kerana tugas, sy pergi jua.

Tetap dalam kenangan Tuan Hj Zakaria bin Md Zin, walaupun sebentar dan seketika cuma banyak saya pelajari.

Tuan Hj Sahak sewaktu menjadi PK HEM, PK HEM yang cukup membantu dan memudahkan kerja saya, tidak banyak kerenah apatah lag menyusahkan En Yazid Abdul Wahab PK HEM sempat seketika, engkaulah bos dan engkaulah rakan. Dan tidak lupa juga En Salehudin PK Ko baru. Terima kasih semuanya.

Buat sahabat-sahabat.

Terutamanya Buat Ckg Shabudin terima kasih juga kerana tak pernah berkecil hati apatah lagi berjauh hati dengan tindakan dan keputusan saya selaku junior terima kasih atas sokong dan dorongan . Buat Arif dan Azean teruskan perjuangan..... SDAR adalah ibarat lautan yang pelu diterokai...ada sesuatu didalamanya yang amat berharga seadainya dicari.....

Tidak lupa dalam mimpi dalam jaga kekanda-kekanda tersayang yang pasti terkenang dan dirindui (Pn Zainah Ahmad , Pn Shariah kak Haslina tidak lupa juga Kak Fiza dan Kak Ita dibilik ketua bidang, mengenali kalian merupakan sejarah yang paling Indah dalam hidup ini ......tatkala rakan-rakan lain nun jauh dibawah.... kalianlah tempat berbicara, bergurau senda.. kemaafan jua dipinta sekiranya ada silap dan salah, Takut terlebih kata didalam senda, takut terlebih gurau dalam selamba...... terima kasih juga dengan bantuan yang terlalu banyak dihulurkan kepada saya dan UBK dari mula merangkak hingga mampu berlari dibumi SDAR.

Buat rakan-rakan guru, dibilik bawah, tengah dan atas walaupun kita jarang bersama tetapi percayalah kalian tiada galang gantinya.

Buat rakan serumah tersayang Cikgu Azmee dan Azman .......tima kasih segala-galanya ...teruskan perjuangan kalian dibumi SDAR, harta aku harta engkau...harta engkau harta aku.....konsep yang diamalkan menyebabkan 3 tahun kita bahagia aman sentosa tinggal bersama...HALAL kan segalanya....sedangkan lidah lagi tergigit inikan kita bukan kekasih dan bukan adik beradik ...…....kau sahabat terbaik yang pernah ditemui.............

Buat guru-guru pemimpin pelajar khasnya Ckg Azimi teruskan perjuangan, anggaplah aku sentiasa mengiringi apa jua tindakan engkau .

Buat rakan-rakan waden Ckg Salehudin Ust Tajul, Ust Zaidi, Azhar, Azmi, Azman, Ckg Zaili , Izrul, Nordin dan Shabudin dan Ckg Yazid ketua waden ... kemaafan diminta andai kesibukan aku adakalanya menyusahkan kalian.Sebab masa Kluster banyak sangat tinggalkan sekolah.

Buat cikgu-Cikgu BM semua, kemaafan dipinta seandainya lebih sudu dari kuah....terima kasih mempercayai sedikit bakat yang ada pada aku ( Dedikasi khas buat Kak Kay, Norzah, Nurul, Aisyah, Farah semoga SDAR terus unggul dalam Debat, Forum, Pidato, Syarahan) Begitu juga cikgu-cikgu BI Kak Nora, Kak Umi , Fida, Famidah, Nordin Ridzuan...terima kasih atas apa jua bantuan.

Buat Badan Pemimpin Pelajar , PRS dan BADAR.....teruskan berbakti kepada sekolah. Andai nama yang kita cari penat yang akan dapat andai Ikhlas yang cari...kepuasan yang akan kita dapat . Kita akan berjumpa pada kursus- kursus diperingkat kebangsaan nanti. Semoga PP, PRS, BADAR SDAR akan mendominasi , disegani dan dihormati seantero negara.

Kepada para pelajar semua Ingatlah......

Andalah pewaris Tun Razak, berwajah segak, berminda bijak, untuk meletakkan SDAR terus dipuncak.

Seingat saya masa 3 bulan baru bertugas di SDAR, apabila menyebut sekolah Men Kebangsaan Dato’ Abdul Razak, satu padang sorak kan saya, terpinga-pinga dibuat-buatnya. Maka lama kelamaan fahamlah saya, nilai moral yg ingin disampaikan anda adalah berbeza dari pelajar sekolah harian lain. Maka seharusnya cara gaya, personaliti dan penampilan diri perlu berbeza dengan pelajar sekolah biasa. Pesan saya jangan terlalu asyik merenung bulan, hingga terlupa rumput dibumi, jgn terlalu lena dengan pujian, takut akhirnya binasa diiri.

Baiklah saya rasa tidak ingin berucapa panjang, sekali lagi memohon ampun dan maaf sepanjang perkenalan kita mungkin ada yang terasa dek kerana perbuatan mahupun percakapan, yg tidak disengajakan. Sebarang bantuan sekiranya ada memerlukan sy sedia membantu selagi apa yg boleh dan mampu.

Adakalanya kita perlu melabur kesedihana untuk membeli tiket perpisahan. Agar kita dapat menziarahi kemuzium kenangan, yang dalamnya kita tenung satu persatu sejarah suka duka, bersama rakan dan tauladan yg akhirnya kita akan tersenyum dan lebih menghargai erti pertemuan dan persahabatan.

Air dibibir lagikan tumpah,

Tanda rezeki tiada dimata,

Adat berkasih lagikan berpisah,

Inikan kita teman biasa.

Empat tahun hampir berlalu,

Semalam dalam kenangan,

Biarpun jauh beribu batu,

Jauh dmata dihati jangan.

Walaupun hadir kita tidak pernah diundang, tetapi pergi kita biarlah dikenang walaupun tidak dijulang. Kerana falsafah kita berilmu untuk berjasa. Izinkan slogan berilmu untuk berjasa diguna pakai sebagai motto hidupku...Doakan saya bertemu kebahagian dalam perpisahan ......................... moga kita berjumpa lagi....salam sayang untuk semua khussunyaBADAN PEMIMPIN PELAJAR SDAR

Friday, July 9, 2010

HARI TERBUKA ASRAMA & BACATHON SDAR 2010

10 JULAI 2010 akan diadakan HARI TERBUKA ASRAMA & BACATHON SDAR tahun 2010. Pihak penganjur ingin menjemput semua pembaca untuk hadir sama memeriahkan lagi program tersebut yang akan berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 3.oo petang. Pelbagai acara akan diadakan pada hari tersebut antaranya para pengunjung boleh melihat sendiri kreativiti penghuni asrama menghias dorm dan blok mereka. Marilah beramai-ramai....!!

Tuesday, July 6, 2010

LAWATAN KERJA MENTERI BELIA DAN SUKAN

6 JULAI 2010 - Y.B Dato' Ahmad Shabery bin Cheek telah mengadakan lawatan kerja ke SDAR bertujuan untuk merasmikan gelanggang futsal SDAR. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengarah Jabatan Belia dan Sukan serta para pegawainya, para pegawai JPNS dan PPD Seremban serta tetamu yang lain.

Menurut beliau, SDARIAN perlu menjaga personaliti dan membina watak serta ketrampilan diri agar menjadi pemimpin negara pada masa akan datang sejajar dengan slogan SDAR 'BERILMU UNTUK BERJASA'. Semoga kata-kata semangat yang beliau beri sebagai SDARA menjadi aspirasi kepada seluruh warga SDAR khususnya para pelajar agar terus berusha meletakkan nama SDAR ke tahap yang lebih tinggi sesuai dengan statusnya sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi.

Thursday, July 1, 2010

lAWATAN KING'S KOLEJ THAILAND 2010

Buat pengetahuan semua, King's Kolej Thailand akan melawat SDAR mulai 12 hingga 14 Oktober 2010. Di antara agenda wajibnya ialah perlawanan ragbi antara SDAR dengan mereka di padang SDAR. Sdarian semua harap dapat memberikan sokongan kepada SDAR dan juga pasukan pelawat. Semoga hubungan SDAR dapat menjadikan program persahabatan ini sebagai 'duta kecil' buat Malaysia dalam hubungan dengan negara Thai.

Tuesday, June 29, 2010

TERIMA KASIH CIKGU MUHAMMAD MD DERUS

Kami LPP SDAR ingin merakamkan ribuan terima kasih atas sumbangan bakti dan tunjuk ajar cikgu selama bertugas di SDAR. Kami mengucapkan selamat bertugas di tempat baru (SMS Rembau). Doa kami agar cikgu sukses dan lebih cemerlang di sana. Jasa cikgu tetap kami ingati, kenangan bersama tetap di hati..