Showing posts with label bidangtugas. Show all posts
Showing posts with label bidangtugas. Show all posts

Saturday, January 2, 2010

Bidang Tugas LPP

BIDANG TUGAS JAWATANKUASA LEMBAGA PEMIMPIN PELAJAR

JAWATAN & BIDANG TUGAS

KETUA PELAJAR

• Bertanggungjawab dalam segala perihal yang melibatkan kondusi para pelajar dalaam aspek akademik, sahsiah, 3k, kokurikulum, kepimpinan dan keharmonian SDAR
• Berhubung dengan pihak pentadbiran sekolah dan warden mengenai perkara-perkara berkaitan dengan kehidupan penghuni asrama SDAR
• Menjadi penyalur maklumat dan informasi kepada para pelajar dalam setiap aktiviti yang dijalankan untuk pelajar khususnya
• Berkuasa dalam menentukan sebarang keputusan mengenai pengurusan organisasi dan pelajar berpaksikan konsep musyawarah
• Memantau perjalanan kelancaran dan kebajikan setiap ahli dalam organisasi Lembaga Pemimpin Pelajar

TIMBALAN KETUA PELAJAR
• Pemangku ketua pelajar
• Membantu tugas-tugas ketua pelajar
• Memantau pergerakan dan aktiviti pelajar tingkatan 5
• Menjadi perantara mengenai pembangunan asrama SDAR antara pihak sekolah dan pelajar
• Memastikan kawasan asrama SDAR sentiasa berada dalam keadaan yang kondusif
NAIB TIMBALAN KETUA PELAJAR 1
• Memantau pergerakan dan aktiviti pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 2 dengan kerjasama jawatankuasa tertinggi yang lain
• Menguruskan lawatan deligasi luar ke SDAR dan memastikan sesi lawatan berjalan lancar dan terbaik
• Melaksanakan posmotum berdasarkan laporan yang diterima daripada majlis atau aktiviti yang dijalankan bersama jawatankuasa tertinggi yang lain
NAIB TIMBALAN KETUA PELAJAR 2
• Ahli lembaga penasihat kepada ketua pelajar
• Memantau pergerakan asrama
• Memantau pergerakan aktiviti pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 4
• Memantau pergerakan semua divisyen Lembaga Pemimpin Pelajar
SETIAUSAHA KEHORMAT
• Ahli lembaga penasihat kepada ketua pelajar
• Membantu ketua pelajar dari aspek pengurusan dan penyimpanan maklumat yang berkaitan dengan Lembaga Pemimpin Pelajar
• Mencatat segala minit mesyuarat dan laporan yang diadakan bersama-sama guru penyelaras
• Mengikuti perkembangan laporan setiap rumah bagi setiap mesyuarat Lembaga Pemimpin Pelajar
• Menguruskan segala urusan surat-menyurat yang berkenaan dengan Lembaga Pemimpin Pelajar

BENDAHARI KEHORMAT
• Mengurus kewangan Lembaga Pemimpin Pelajar
• Membuat belanjawan Lembaga Pemimpin Pelajar
• Menerima laporan kewangan daripada bendahari bagi setiap rumah
• Menyediakan modal dan menerima laporan daripada semua sumber kewangan
• Memastikan sumber kewangan berasal daripada sumber yang halal


EXCO MAKANAN DAN KEBAJIKAN
JAWATAN & BIDANG TUGAS

KETUA EXCO
• Mengetuai ahli-ahli exco dalam menjalankan tugas
• Memantau tugasan setiap ahli exco dan menegur jika ada kesalahan
• Memberi tunjuk ajar kepada ahli exco mengenai tugasan yang dijalankan
• Menjaga kebajikan setiap ahli exco
• Menyediakan jadual tugasan
• Merangka dan merancang sistem exco dengan lebih teratur

SETIAUSAHA
• Membuat laporan setelah selesai sesuatu majlis
• Membuat laporan ketika mesyuarat berlangsung
• Memastikan kehadiran setiap ahli exco ketika mesyuarat
• Menggantikan ketua exco ketika ketiadaannya

AHLI EXCO
• Mengambil nama dorm yang tidak mengemas meja makan
• Menjaga kiosk kamar jed
• Meningkatkan hasil jualan kiosk kamar jed
• Berghubung dengan warden mengenai masalah yang dihadapi di dewan makan
• Membantu sekolah melancarkan majlis High Table dan sebarang jamuan yang berkaitan
• Menyediakan jadual penghantaran baju ke dobi


EXCO KELAS PERSEDIAAN DAN PERHIMPUNAN

JAWATAN BIDANG TUGAS
KETUA EXCO
• Mengetuai ahli-ahli exco dalam menjalankan tugas
• Menjadi medium pengantaraan antara guru serta Lembaga Pemimpin Pelajar yang lain
• Member tunjuk ajar kepada ahli exco yang lain
• Memantau setiap tugasan dan member teguran apabila membuat kesalahan
• Menjadi nadi penggerak utama setiap kali perhimpunan pagi dan kelas persediaan
• Menjaga kebajikan setiap ahli exco

SETIAUSAHA
• Membuat laporan setelah selesai sesuatu majlis
• Membuat laporan ketika mesyuarat berlangsung
• Memastikan kehadiran setiap ahli exco ketika mesyuarat
• Menggantikan ketua exco ketika ketiadaannya
• Membuat pengumuman 10 minit awal sebelum waktu perhimpunan dijalankan
• Membuat jadual pengerusi majlis dan komander pada setiap pagi
AHLI EXCO
• Memastikan para pelajar berada di tapak perhimpunan ketika perhimpunan pagi diadakan
• Menyediakan buku kehadiran dan borang salah laku pada waktu perhimpunan pagi dan kelas persediaan
• Memastikan borang kesalahan diserahkan kepada setiausaha rumah
• Memastikan barisan para pelajar di tapak perhimpunan berada dalam keadaan teratur


EXCO KECERIAAN DAN TUGAS-TIGAS KHAS
JAWATAN BIDANG KUASA
KETUA EXCO
• Menjadi rujukan ahli exco mengenai perkara yang berkaitan
• Menjaga kebajikan ahli exco
• Menyelaraskan tugas-tugas ahli exco dan bertanggungjawab terhadapnya
• Memastikan tugas dijalankan dengan lancar
• Sentiasa berhubung dengan guru yang berkaitan
SETIAUSAHA
• Mengurus dan mengenadalikan majlis rasmi sekolah
• Memastikan keceriaan dan kebersihan dewan berada dalam keadaan yang terbaik
• Menubuhkan jawatankuasa dewan yang terdiri daripada pelajar biasa
• Memastikan susun atur dewan dalam keadaan sempurna
• Menjaga protocol ketika majlis sedang berlangsung
• Mengurus bahagian laporan dan minit mesyuarat apabila selesai sesuatu majlis
AHLI EXCO
• Menyediakan jadual tugasan dan memastikan pemimpin pelajar menjalankan tugas yang diberikan
• Membantu pihak sekolah dalam segala majlis sekolah dari segi peringkat negeri mahupun kebangsaan
• Menghias dan mngemas kini papan kenyataan Lembaga Pemimpin Pelajar
• Membantu ketua exco dalam setiap perkara


EXCO SIARAYA DAN KOMUNIKASI
JAWATAN BIDANG TUGAS
KETUA EXCO
• Mengetuai ahli-ahli exco dalam menjalankan tugas
• Memastikan ahli exco menjalankan tugas dengan komited
• Memastikan projek berjalan dengan lancar
• Berhubung dengan guru penyelaras dalam segala aspek
• Menjadga kebajikan setiap ahli exco
• Mematuhi setiap arahan guru penyelaras
• Datang awal ke setiap aktiviti
SETIAUSAHA
• Mencatat hasil yang telah dibincangkan dalam minit mesyuarat exco
• Mencatat setiap alatan yang rosak
• Melabelkan alatan hak milik exco untuk mengelak kecurian
• Mencatat masalah yang dihadapi dan cara penyelesaiannya
• Memastikan setiap kehadiran ahli exco
• Menulis kertas kerja yang diperlukan
• Mematuhi arahan ketua divisyen
AHLI EXCO
• Memastikan alatan tidak rosak
• Memastikan keadaan alatan berada dalam keadaan yang baik
• Menguruskan pembelian alatan yang baru
• Memastikan bilik PA dalam dewan berada dalam keadaan yang teratur
• Mematuhi arahan ketua
• Penggerak sesuatu majlis


EXCO STATISTIK DAN DOKUMENTASI
JAWATAN BIDANG TUGAS
KETUA EXCO
• Mengetuai ahli exco dalam menjalankan tugas
• Memastikan perjalanan sesuatu majlis itu berada dalam keadaan yang lancar
• Datang awal ke sekolah
• Memastikan ahli exco sentiasa tinggi bidi pekerti
• Berhubung dengan lembaga pemimpin pelajar
• Menjaga kebajikan ahli exco
• Member tunjuk ajar kepada ahli yang lain
SETIAUSAHA
• Mencatat setiap alatan yang rosak
• Mencatatkan hasil yang telah dibincangkan dan laporan yang dijalankan
• Mencatat masalah yang dihadapi dan cara penyelesaiannya
• Memastikan setiap kehadiran ahli exco
• Menulis kertas kerja yang diperlukan
• Mematuhi arahan ketua divisyen
• Mematuhi araha ketua
• Datang awal dalam setiap tugasan
• Mengemukakan masalah yang dihadapi
AHLI EXCO
• Memastikan peralatan dapat digunakan dengan baik sewaktu sesi penggunaan komputer.
• Memastikan peralatan ICT yang digunakan oleh pelajar berada dalam keadaan baik dan tidak hilang.
• Memeriksa dan memastikan barang mencukupi setiap bulan.
• Datang awal dalam setiap aktiviti
• Mengumpul maklumat dengan berkesan dan jelas pada ahli exco
• Mematuhi arahan ketua exco
• Sebagai pengubung dengan guru
Berkenaan jika peralatan ICT rosak dan perlu diganti
Sebgai pembawa maklumat tentang pertandingan atau majlis yang akan dijalankan untuk laporan lanjut
Mengambil Tentatif program sesuatu pertandingan atau majlis