Showing posts with label reportprep. Show all posts
Showing posts with label reportprep. Show all posts

Monday, March 2, 2009

Laporan Bulan Januari 2010

Bermula 4 Januari 2010, Exco Perhimpunan dan Kelas Persediaan memulakan tugas masing-masing.Exco ini di ketuai oleh Muhammad Faris Asyraf bin Zullfakher. Tahun ini, dengan azam dan iltizam yang baru, seluruh ahli exco telah bersama-sama membanting tulang dan memerah keringat dalam usaha memastikan perjalanan perhimpunan pagi dan kelas persediaan berada pada tahap yang membanggakan.
Kehadiran para pelajar ke Dataran Bestari untuk perhimpunan pagi amat memuaskan.Namun begitu, masih wujud beberapa kelompok pelajar yang tidak menghadirkan diri ke dataran perhimpunan dengan sengaja.Apa yang lebih mengecewakan, tedapat juga segelintir Ahli Lembaga Pemimpin Pelajar yang terlibat dalam gejala yang tidak sihat ini.
Bagi mengatasi masalah ini, Exco Perhimpunan dan Kelas Persediaan telah melakukan rondaan dan mencatat nama pelajar yang tidak hadir ke perhimpunan pagi.
Masalah yang mengganggu gugat kelancaran pelaksanaan kelas persediaan malam pula ialah kegagalan pelajar dalam mematuhi kod etika pemakaian yang telah ditetapkan.Kami turut mengesan tindakan beberapa golongan pelajar senior yang telah ponteng sewaktu kelas persediaan malam dijalankan.
Setelah bermesyuarat, kami telah memutuskan untuk menguatkuasakan borang kehadiran pelajar ke kelas persediaan malam.Kami juga akan menjalankan satu sistem yang baru yang dinamakan ‘ultra shot’.Ini merupakan sistem di mana pemeriksaan mengejut akan dilakukan beberapa hari sekali bagi memeriksa pemakaian pelajar ke kelas persediaan malam.Pelajar yang tidak mematuhi kod etika pemakaian akan diserahkan kepada pihak warden untuk tindakan disiplin.
Tindakan ini akhirnya membuahkan hasil.Kehadiran pelajar ke perhimpunan pagi dan kelas persediaan malam tiba-tiba meningkat secara mendadak.Akhir kata, perubahan demi perubahan yang telah ditunjukkan oleh Exco Perhimpunan dan Kelas Persediaan pada tahun ini meruapakan satu simbolik bahawa SDAR sedang berada dalam era revolusi dan transformasi yang bakal mengangkat SDAR ke peringkat yang lebih tinggi.

Disediakan oleh,
AMMAR BIN SHAMSUDIN
SETIAUSAHA
DIVISYEN PERHIMPUNAN DAN KELAS PERSEDIAAN
LEMBAGA PEMIMPIN PELAJAR 2010