Showing posts with label reportsahsiah. Show all posts
Showing posts with label reportsahsiah. Show all posts

Saturday, May 2, 2009

Laporan Bulan Februari 2010

Pada bulan ini, Exco Sahsiah dan Akademik telah menjalankan tugas dengan baik. Exco Sahsiah dan Akademik menjalankan tugas seperti yang telah dibincangkan sesama ahli Exco sebelum ini. Bagi slot tazkirah selepas solat Jumaat, saudara Ikhmal telah menyampaikan tazkirah yang bertajuk Ciri-ciri Mukmin Cemerlang pada 19 Februari. Kehadiran pemimpin pelajar walau pun ramai namun masih tidak memuaskan. Slot tazkirah pada minggu berikutnya pula tidak dapat djalankan kerana ramai pelajar yang pulang sempena dengan Maulidur Rasul.

Kehadiran pemimpin pelajar untuk solat fardu Subuh berjemaah pula tidak seperti yang dijangka. Ramai pemimpin pelajar yang tidak menunaikan solat Subuh secara berjemaah di masjid sebaliknya menunaikannya di dorm. Perkara ini amat merisaukan kerana bilangan tersebut berada di dalam zon yang merisaukan.

Artikel-artikel bulanan yang ditaip oleh saudara Irshad Harris telah pun disiapkan dan diedarkan ke setiap dorm pemimpin pelajar. Artikel yang disertakan dengan hadis-hadis ini merupakan salah satu cara untuk menyedarkan para pemimpin pelajar untuk terus mejalankan tugas dengan penuh ketelusan.

Bagi ‘Sudut Ilmu’ pula, tugasan ini tidak dapat dijalankan pada bulan ini kerana masalah printer berwarna yang rosak di bilik kaunseling. Hal ini sedikit sebanyak menjejaskan rancangan kami kerana bahan-bahan telah dapat dikumpulkan namun tidak dapat dicetak lagi.

Tugasan yang baru telah diberikan kepada Exco ini untuk menguruskan ‘Speaker Corner’ yang bertempat di kantin. Exco telah ditugaskan untuk memastikan program ini berjalan dengan lancar. Jadual telah disiapkan dan diedarkan ke setiap dorm. Penyampaian akan disampaikan dalam bahasa melayu pada setiap hari Khamis manakala bahasa Inggeris pada setiap hari Rabu. Semua pemimpin pelajar terlibat dengan program yang diadakan dengan kerjasama Exco Siaraya dan Komunikasi ini.

Pihak Exco Sahsiah dan Akademik berharap semua pemimpin pelajar dapat memberikan kerjasama bagai memastikan setiap program yang dirangka berjalan dengan lancar.

Disediakan oleh,
MUHAMMAD AFIQ FAHMI BIN JAMIL
Setiausaha Exco,
Exco Sahsiah dan Akademik.

Monday, March 2, 2009

Laporan Bulan Januari 2010

Bermulanya tahun 2010, Exco Sahsiah dan Akademik yang diketuai oleh saudara Mohamad Aiman Hazim bin Zamri tentu sahaja mempunyai azam, visi, misi dan tanggungjawab baharu yang perlu dilaksanakan. Beberapa perancangan telah dirangka bagi menaikkan imej Exco Sahsiah dan Akademik yang ditubuhkan pada tahun lepas. Idea-idea bernas telah dicurahkan melalui perjumpaan dan beberapa perancangan yang dianggap baik bagi semua pihak telah diketengahkan.
Antara perancangan yang telah dilakukan adalah untuk meneruskan slot tazkirah selepas solat Jumaat yang diadakan khusus untuk PP sahaja. Slot yang berdurasi selama lebih kurang lima minit ini akan disampaikan oleh seorang PP setiap minggu. Oleh yang demikian,jadual telah dirangka dan diedarkan ke setiap dorm PP bagi mengelakkan sebarang masalah dan gangguan. Slot ini diadakan bertujuan untuk mengingatkan para PP untuk lebih bertanggungjawab kerana tugas yang digalas bukanlah tugas yang mudah dan tidak boleh dipandang enteng.
Selain itu, pihak Exco juga telah memikirkan perancangan untuk mengadakan ‘Sudut Ilmu’ di kampus SDAR. ‘Sudut Ilmu’ yang akan diadakan ini bertempat di ‘Taman SPBT’ yang terletak di sebelah kantin. Kawasan ini dipilih kerana lokasinya yang strategik dan damai. Pelbagai mutiara kata akan ditampalkan pada dinding-dinding di sekitar kawasan berkenaan. Bagi memastikan rancangan ini berjalan dengan lancer, pihak Exco telah berjumpa dengan guru-guru yang berkenaan untuk menanyakan pendapat mereka selain meminta persetujuan mereka. Keputusan sebulat suara telah dicapai, maka perancangan ini akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat.
Oleh yang demikian, pihak Exco meminta kerjasama semua PP bagi turut membantu untuk menjayakan segala program yang telah dirangka oleh Exco Sahsiah dan Akademik bagi memastikan visi ‘1SDAR’ yang disuarakan saudara Wan Faiq Amsyar bin Wan Ariffin selaku ketua pelajar dapat dijayakan dengan jayanya.

Disediakan oleh,
MUHAMMAD AFIQ FAHMI BIN JAMIL
Setiausaha,
Exco Sahsiah dan Akademik,
Sekolah Dato’ Abdul Razak.