Showing posts with label lawatan. Show all posts
Showing posts with label lawatan. Show all posts

Wednesday, February 24, 2010

SK SENAWANG MEMBUKA TIRAI LAWATAN PERTAMA SESI 2010 KE SDAR.

24 Februari 2010. Lawatan dari SK Senawanag seramai 280 orang pelajar dan 13 orang guru ke Sekolah Dato’ Abdul Razak. Lawatan kali kedua ini tidak lain tidak bukan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tahun 6 tentang kehidupadan dan cara belajar di Sekolah Berasrama Penuh khususnya di SDAR. Tambahan pula menurut Guru Besar En Jamaludin bin Jaafar, SDAR merupakan antara sekolah terbaik dinegeri Sembilan dan kejayaan-kejayan SDAR perlu untuk dikongsikan bersama bukan sahaja kepada guru-guru, tetapi para pelajar tahun 6 terutamanya. Dalam ucapanya beliau berharapa agar lawatan ini memberikan sedikit suntikan motivasi dan semangat kepada pelajar tahun 6 SK Senawang agar berjaya dalam UPSR kelak seterusnya menempatkan diri di SBP. Antara aktiviti yang dijalankan adalah perkongsian pintar iaitu “ resepi kejayaan“ pelajar SDAR. bersama adik-adik tahun 6, dan lawatan sekitar blok asrama dan akademik. Program lawatan yang bermula pada pukul 8.30 pagi berakhir pada pukul 12.30 tgh.



UCAPAN GURU BESAR SK SENAWANG


UCAPAN TN HJ SAHAK BIN AHMADUN PK HEM SDAR


SLOT : PERKONGSIAN PINTAR
"RESEPI KEJAYAAN PELAJAR SDAR"



TEKUN MENDENGAR PESANAN DAN NASIHAT ABANG -ABANG SDAR


LAMBAIAN SEMOGA JUMPA LAGI


Post Mortem slot Motivasi Resepi Kejayaan Pelajar SDAR bersama Kaunselor.



Bertemu pada lawatan seterusnya dari SMK Sultan Muhammad Melaka pada 3 Mac 2010


Friday, August 7, 2009

LAWATAN BALAS SK TELOK KEMANG

Pada 5 Ogos 2009 lepas, SK Telok Kemang telah mengadakan lawatan balas ke Sekolah Dato' abdul Razak.Lawatan ini agak mengejutkan pihak Lembaga Pemimpin Pelajar serta pihak sekolah kerana masalah kesihatan yang sedang melanda SDAR serta kekurangan tenaga penyambut dari pelajar tingkatan empat.Namun begitu,pihak kami tetap menerima kunjungan tersebut kerana rombongan ini melibatkan sebanyak 6 buah bas pelajar dan sebuah bas ibu bapa.Rombongan telah tiba pada jam 2.35 petang dan disambut oleh para pelajar tingkatan empat yang masih tinggal di sekolah.Lawatan ini dimulakan dengan majlis pembukaan yang diadakan di masjid Al-Quds dan disambung dengan lawatan sekitar kawasan asrama,blok akademik dan blok pentadbiran.Lawatan ini berakhir pada jam 5 petang.

Tuesday, June 9, 2009

MAMPUKAH KITA MEWUJUDKAN SUASANA BEGINI DI SDAR?

Gambar-gambar ini diambil sewaktu lawatan ke beberapa buah sekolah di sekitar Pulau Pinang dan Kedah sedikit waktu dahulu. Satu cabaran buat kita untuk menyaingi mereka. Mampu atau tidak kita melakukannya? Mari bersama fikirkan... Walau apapun jom kita menikmati panorama yang sempat diambil. Mari....
Sebenarnya ada banyak lagi gambar yang ingin ditunjukkan, tapi mungkin di lain masa. Teringat pula pada bidalan 'Tepuk dada tanyalah selera' dan ' Hendak seribu daya, tak hendak.....'. Di mana ada kemahuan di situ ada jalannya. Sekiranya kita ingin menang ASAT yang akan datang, kita perlu buat sesuatu dari sekarang, bukannya bila dah sampai halaman rumah, baru loceng bas hendak ditekan, sudah pasti akan terlajak.