15 Okt,Khamis - Lawatan Ilmu ke Arkib Negara, Pameran Malapetaka Bom Atom Nagasaki: Tragedi Hiroshima dan Nagasaki 1945 di Universiti Malaya dan Muzium Negara. Seramai 40 orang pelajar SDAR terdiri daripada pelajar tingkatan 2 dan 4 dan 4 orang guru pengiring diberi kesempatan untuk mengikuti program lawatan ilmu selama satu hari ini. Lawatan ke Arkib Negara bermula seawal jam 8 pagi bertujuan bagi membantu peserta pertandingan menulis esei sejarah mencari bahan kajian dan esei. Kemudian, kumpulan lawatan SDAR bertolak ke UM untuk melawat pameran berkenaan tragedi bom atom di Hiroshima dan Nagasaki. Pameran ini telah menaikkan ilmu pengetahuan pelajar SDAR berkenaan dengan tragedi yang menyayat hati itu. Setelah sejam berada di situ, lawatan diteruskan ke Muzium Negara. Di sini, pelajar-pelajar dapat mengingati semula sejarah negara dengan melihat perkembangan negara semenjak dulu lagi. Pada masa yang sama Muzium Negara sedang membuat Pameran Permainan Tradisional seperti congkak, batu seremban dan dam. Pameran ini berlangsung dengan meriah memandangkan ada pelawat yang tidak mahir dalam sesuatu permainan dan diberi tunjuk ajar oleh pekerja muzium tesebut. Lawatan berakhir pada jam 4.30 petang.
Wednesday, October 21, 2009
Sunday, October 18, 2009
F1 In Schools Technology Challenge
8 Okt, Khamis - Sekolah Dato Abdul Razak telah menyertai pertandingan Formula 1 In Schools Technology Challenge di Bahagian Teknologi Pendidikan, Telok Kemang, Negeri Sembilan. SDAR telah menghantar 1 pasukan yang dinamakan sebagai RALUCA F1 dan telah mendapat tempat kedua keseluruhan dan anugerah Best Visual Engineered Car selain mewakili Negeri Sembilan ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada awal November bertempat di Pusat Sains Negara. Lebih manis lagi apabila Ketua Pelajar sesi 2010, Wan Faiq Amsyar bin Wan Ariffin merupakan ahli kumpulan RALUCA F1. Peserta lain ialah Danial Iman Che Khalib, Haziq Asyraf Marzuqi dan Muhd Hussein Haron.
Posted by LEMBAGA PEMIMPIN PELAJAR SDAR at 10:05 AM 0 comments
Saturday, October 10, 2009
PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) 2009
Posted by LEMBAGA PEMIMPIN PELAJAR SDAR at 11:50 AM 0 comments
Monday, October 5, 2009
Jamuan Hari Raya Aidilfitri dan Bacaan Yaasin PMR & SPM
Sejurus selepas tamatnya majlis anugerah kecemerlangan kokurikulum, SDAR dan PIBG SDAR terus menganjurkan jamuan Hari Raya Aidilifitri 2009 bertempat di Dataran Bestari dan lobi Dewan Tun Abdul Razak. Jamuan ini bertujuan bagi meraikan kedatangan aidilfitri setelah sebulan berpuasa di bulan yang mulia ramadhan. Sambutan ini telah mendapat sambutan daripada para ibu bapa, guru-guru dan pelajar-pelajar sendiri. Majlis Bacaan Yaasin PMR dan SPM bagi pelajar tingkatan 3 & 5 bermula selepas habis solat Zuhur. Majlis bermula dengan Solat Hajat dan diteruskan dengan Bacaan Yaasin. Majlis berakhir sekitar jam 2.30 petang. Gambar sekitar majlis:
Posted by LEMBAGA PEMIMPIN PELAJAR SDAR at 5:50 PM 0 comments
Majlis Kecemerlangan Sukan dan Kokurikulum 2009
Sabtu, 3 Okt- Sekolah Dato' Abdul Razak telah mencipt sejarah apabila berjaya menjalankan 3 majlis dalam masa satu hari pada hari sabtu yang lepas. Majlis Kecemerlangan Sukan dan Kokurikulum 2009 bermula pada jam 8.30 pagi dan dihadiri oleh 5 orang VVIP. Majlis diserikan dengan kehadiran 5 orang VVIP iaitu:
- Tuan Jame@Maikal bin Alip, Pengarah Bahagian Seni, Sukan dan Kokurikulum, KPM
- Puan Maznah bt Abu Bakar, Timb. PPD Seremban mewakili Pengarah Pelajaran NS
- Tuan Haji Azam bin Md Atan, Pengetuan Cemerlang SDAR
- Cik Rokiah bt Abdullah, Pen Pengarah Bahagian Pengurusan Operasi SBP dan Kluster
- En Muzir bin Ab Manan, Ketua Unit Sukan JPNS
- En Ab Hamid bin Hj Omar, Ketua Unit Kokurikulum JPNS
- Prof Ir Dr Hasanan b Md Nor, YDP PIBG SDAR
Majlis ini betujuan untuk menghargai sumbangan pelajar SDAR yang telah banyak menabur bakti dalam bidang sukan dan kokurikulum sepanjang persekolah di sini. Tuan Pengarah telah memeriksa kawalan kehormat sejurus tiba telah melihat Formasi Kawad oleh Pasukan Pengakap SDAR. Tuan pengarah telah melawat pameran-pameran kecemerlangan pasukan memanah, pasukan pengakap, pasukan bola keranjang, pasukan wind orcehstra dan pasukan ragbi SDAR sebelum memasuki dewan
Anugerah yang diberi ialah Anugerah Sinar Cemerlang bagi pelajar tingkatan 1-4, Anugerah Sinar Persada bagi kokurikulum dan Anugerah Half Colour dan Full Colour bagi kecemerlangan sukan. Majlis ini dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh tuan Pengetuan Cemerlang SDAR dan disusuli oleh ucapan perasmian oleh Tuan Jame@Maikal bin Alip. Tuan Jame menyatakan bahawa setiap pelajar SDAR pandai tetapi perlu menjadi orang yang bijaksana supaya berjaya pada masa akan datang. Apa yang membanggakan lagi, SDAR telah dianugerahkan dengan Anugerah Perdana Kokurikulum semasa Hari Kecermerlangan SBP 2009 di Sekolah Seri Puteri.
Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Sinar Cemerlang kepada pelajar yang berjaya mengharumkan nama SDAR di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Antara penerima anugerah ialah Ahmad Radhi, Uzairil Hakim, Faris Asyraf, Amirul Sani, Abang Afiq, Ahmad Mustaqim, Muhd Lukman dan Abdul Rahman. Kesemua pelajar tingkatan 4 ini akan mewakili Malaysia pada kejohanan ragbi di Australia pada hujung tahun ini. Muhd Aiman Hashim, tingkatan2 turut mendapat anugerah ini kerana berjaya menjuarai Kejohanan Memanah MSSM sebagai johan individu lelaki. Apa yang membanggakan LPP SDAR ialah sebanyak 8 daripada 9 orang penerima anugerah ini merupakan Pemimpin Pelajar.
Sejurus selepas persembahan nasyid SDAR ialah penyampaian Anugerah Half Colour dan Full Colour kepada pelajar-pelajar tingkatan 5 yang layak mendapat penghargaan setelah 5 tahun menabur bakti di SDAR. Saudara Muhammad Nazrin bin Umar telah dipilih sebagai Tokoh Kokurikulum SDAR 2009.
Posted by LEMBAGA PEMIMPIN PELAJAR SDAR at 4:57 PM 0 comments
Acara Sembelih Lembu bagi Jamuan Hari Raya
Jumaat, 2 Okt - Sebanyak 2 ekor lembu telah disembelih selepas solat jumaat pada jam 2.30 petang sebagai persiapan menyambut jamuan Hari Raya SDAR pada hari Sabutu. Acara ini disertai oleh pelajar-pelajar tingakatan 4 dan 5 bertempat di Terminal Bas dan Padang Memanah SDAR. Upacara penyembelihan telah berlangsung dengan sempurana dan berakhir pada jam 3.30 petang. Berikut merupakan gambar sekitar upacara berlangsung:
Posted by LEMBAGA PEMIMPIN PELAJAR SDAR at 4:36 PM 0 comments
Majlis 'High-Table' Kecemerlangan dan Kokurikul 2009
Khamis, 1 Okt - Bertempat di Dewan Makan SDAR, satu majlis 'high-table' telah diadakan bagi meraikan pasukan-pasukan sekolah yang banyak mengharumkan nama SDAR di peringkan kebangsaan dan antarabangsa. Antara pasukan yang diraikan ialah Pasukan Ragbi SDAR Lions yang telah menjuarai Pertandingan Cobra 10's International 2009, Pasukan Pengakap yang mendapat tempat ke-3 kawat kaki Hari Belia Kebangsaan, Pasukan Wind Orchestra sebagai naib juara Festival Wind Orchestra 2009, Pasukan Bola Keranjang Redwings SDAR yang telah menjadi naib juara ketika PPM peringkat kebangsaan dan pasukan memanah SDAR yang membantu kontinjen Negeri Sembilan menjuarai Pertandingan Memanah MSSM 2009.
Majlis ini telah dihadiri oleh pegawai JPNS, En Nor Faizal bin Wahid sebagai tetamu jemputan. Tuan Haji Azam telah memberi ucapan sebagai permulaan majlis disusuli oleh ucapan tetamu jemputan yang telah mengucapkan tahniah kepada pelajar SDAR yang banyak mengharumkan nama SDAR sekaligus menaikkan nama Negeri Sembilan di peringkat kebangsaan. Berikut merupakan gambar sekitar majlis berlangsung:
Posted by LEMBAGA PEMIMPIN PELAJAR SDAR at 4:12 PM 0 comments
Sunday, October 4, 2009
Majlis Makan Malam Tingkatan Satu 2009
Pada 30 September 2009, Rabu, pelajar tingkatan 1 SDAR telah mengadakan majlis makan malam bagi menghargai jasa dan pengorbanan pihak pentadbiran dan guru-guru yang banyak membantu dan membimbing mereka sepanjang tahun pertama mereka di SDAR. Majlis ini merupakan majlis pertama bagi tahun 2009. Majlis ini dihadiri oleh Tuan Pengetua Cemerlang, Tuan Haji Azam Md Atan, guru-guru penolong kanan, ketua-ketua bidang dan guru-guru SDAR.
Majlis dimulakan dengan ucapan wakil Pekajar Tingkatan 1, Abdul Halim bin Md Najas disusuli oleh ucapan Pengetua Cemerlang SDAR. Majlis diteruskan dengan upacara memotong kek oleh Tuan Haji Azam dan diakhiri dengan penyampaian cenderamata oleh wakil pelajar tingakatan 1. Ahli Lembaga Pemimpin Pelajar Tingkatan 4 khususnya ketua paras 3 2009 memainkan peranan penting dalam menjayakan majlis ini. Terima kasih diucapkan.
Posted by LEMBAGA PEMIMPIN PELAJAR SDAR at 4:50 PM 0 comments