Friday, January 29, 2010

Majlis High-Table Kecemerlangan PMR 2009

Bersempena dengan kejayaan SDAR mendapat tempat ketiga peringkat SBP dalam PMR 2009, Majlis High-Table Kecemerlangan tersebut telah diadakan di Dewan Makan SDAR pada malam ini. Seramai 134 orang pelajar tingkatan 4 telah diraikan pada majlis ini. Majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi dan bacaan doa oleh Sdr. Ahmad Syafiq Aizat Nazri. Pengetua Cemerlang SDAR, Tuan Haji Zakaria Md Zin telah memberikan ucapan beliau yang amat bermakna untuk semua SDARians. Chief Inspector Sharani bin Idris, Ketua Balai Polis Seremban tturut memberikan ucapan beliau selaku tetamu kehormat pada malam ini. Sejurus tamat ucapan beliau, para pelajar dan tetamu dihidangkan untuk makan malam. Selepas itu, upacara penyerahan hadiah dan penghargaan diadakan. Majlis bersurai pada jam 10.00 malam.

Antara petikan daripada ucapan Pengetua Cemerlang, Tuan Haji Zakaria Md Zin:
"Orang yang cemerlang ini sentiasa menceritakan kejayaan, tidak pernah memberi alasan, jadi kalau sayalah, apa yang saya harapkan dari semua warga SDAR, apa saja kita elak dari memberikan alasan, sebaliknya menceritakan apa yang telah dilakukan, apa yang telah kita capai dan cerita-cerita tentang kejayaan kita. Itulah sifat orang yang cemerlang."



"Orang yang cemerlang ini mempunyai daya tahan dan disiplin yang tinggi. Carilah dan bacalah kisah-kisah hidup orang yang berjaya. Mereka mempunyai pegangan dan amalan yang tersendiri. Pegangan ini mereka pertahankan walau apa jua keadaan susah senag, tercabar, sakit, mereka akan pertahankan pegangan mereka."

"Saya ada bertanya pada warden malam tadi, sama ada waktu Subuh atau waktu Maghrib kita tepat iaitu sejak kita sama-sama berjemaah, saya dapati waktu subuh ramai sangat imam, satu jamaah, kemudian pindah lagi belakang, kalau boleh salah satu daripada dua waktu ini, cari saya, kalau waktu subuh itu masuk 6.05 minit, samapai 6.03 minit semua orang sudah berada di masjid. Kalau waktu maghrib 7.27 minit, 7.25 minit semua orang dah sampai masjid, kalau kita dapat amalkan sekali saja hari ini, mungkin kita akan sesuaikan pada masa-masa lain"

MAJLIS PENGIKTIRAFAN SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI 2010

Sijil Pengiktirafan SDAR sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi Malaysia



29 Jan, Bertempat di SMK Aminuddin Baki Kuala Lumpur pagi ini telah berlangsung Majlis Pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi yang telah diumumkan baru-baru ini. Majlis ini telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Y.A.B Tan Sri Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin, juga merangkap Menteri Pelajaran Malaysia. Hadir sama adalah Timbalan-Timbalan Menteri Pelajaran dan KPPM.

Dari kiri: Pn. Hjh. Norzila (PK), Datuk Hj Azam Md Atan (Mantan Pengetua SDAR), Tn. Hj. Zakaria Md Zin (Pengetua SDAR), En. Muhammad (Kaunselor SDAR)


YAB Timbalan Perdana Menteri sedang berucap







Tan Sri Muhyiddin di dalam ucapan beliau telah mengingatkan sekolah-sekolah yang terpilih ini supaya mengurus dan mengendalikan sekolah sebaik yang bolah dan melipat gandakan usaha dalam memastikan kecemerlangan prestasi yang tinggi dalam pelbagai aspek ini dapat dikekal dan diteruskan. Pihak pentadbir sekolah diharap bijak melaksanakan program dan aktiviti yang selari dan sesuai dengan status sekolah berprestasi tinggi ini. Tan Sri Muhyiddin kemudiannya telah menyampaikan sijil Pengiktirafan SBT kepada para pengetua dan guru besar 20 sekolah yang terpilih.



Para Pengetua dan Guru Besar SBT bersama VVVIP






Pengetua SDAR, Tuan Haji Zakaria Md Zin bersama Sijil Pengiktirafan SBT






Tuan Pengetua di booth pameran SDAR


Wednesday, January 27, 2010

STRATEGI BROAD FRONT MENJANA SDAR KE MERCU KEGEMILANGAN

Tuan Pengetua telah menggariskan satu plan khas bagi menjamin SDAR terus berada di landasan yang dikehendaki kerajaan setelah dinobatkan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi baru-baru ini. Ia dikenali sebagai Strategi 'Broad Front'. Ia akan merangkumi usaha-usaha kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sahsiah yang unggul.
Bagi memastikan plan strategi yang diperkenalkan itu berkesan, maka 4 tonggak kerja perlu diamalkan iaitu:
a) berkerja lebih keras
b) konsisten
c) berdisiplin
d) bermoral
Manakala, Sdra Wan Faiq Amsyar selaku Ketua pelajar pula mengingatkan semua pemimpin pelajar dan warga SDAR agar menyahut seruan tuan pengetua cemerlang bagi mencapai misi dan visi SDAR. Justeru itu, seluruh warga SDAR perlulah berkerja sebagai satu pasukan dan sebagai satu keluarga. Matlamat utama LPP tahun ini ialah untuk menang ASAT 2010. Selamat berjuang SDARIAN.

Tuesday, January 26, 2010

Watikah Perlantikan Organisasi-organisasi Sekolah







Sdar telah mengadakan satu majlis penyerahan watikah perlantikan jawatankuasa tertinggi setiap organisasi-organasasi yang membantu pengurusan sekolah. Antara organisasi tersebut ialah Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Badar, Pusat Sumber Sekolah, Briged Bestari, ahli Lembaga Koperasi, Ketua-ketua kelas dan Jawatankuasa Tertinggi Sistem Rumah. Para penerima watikah telah mengangkat ikrar sebagai simbolik bagi melakasanakan tugas yang diamanahkan oleh pentadbiran sekolah.



Tahniah dan semoga dapat menjalankan tugas yang diamanahkan sebaiknya!

SDAR ANTARA 20 SEKOLAH HEBAT MALAYSIA

20 SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI MALAYSIA
LPP ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan di atas usaha gigih seluruh warga SDAR sehingga berjaya tergolong di dalam 20 sekolah hebat Malaysia. Ia merupakan satu pengiktirafan yang amat tinggi dan kami berasa bangga di atas pencapaian ini. Besarlah harapan agar seluruh warga SDAR terus berusaha melonjakkan lagi nama SDAR di mata dunia sejajar dengan pengiktirafan yang diberikan oleh kerajaan. Tahniah!

Senarai penuh SBT

Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
1. Sekolah Tun Fatimah (Johor Bahru)
2. Sekolah Dato' Abdul Razak (Seremban)
3. Kolej Melayu Kuala Kangsar
4. Sekolah Seri Puteri (Cyberjaya)
5. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (Jitra)
6. Kolej Tunku Kurshiah (Seremban)
7. Kolej Islam Sultan Alam Shah (Klang)
8. Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra (Perlis)
9. Sekolah Sultan Alam Shah (Putrajaya)
10.Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah (Melaka)

Sekolah Menengah Harian
1. SMK (P) Sri Aman (Petaling Jaya)
2. SMK Aminuddin Baki (Kuala Lumpur)
3. SMK Sultanah Asma (Alor Setar)
4. SMK (P) St George (Pulau Pinang)

Sekolah Rendah
1. SK Seri Bintang Utara (Kuala Lumpur)
2. SK Taman Tun Dr Ismail 1 (Kuala Lumpur)
3. SK Bukit Damansara (Kuala Lumpur)
4. SK Zainab 2 (Kota Bahru)
5. SK Convent Kota (Taiping)
6. SK Bandar Baru Uda 2 (Johor Bahru)

Saturday, January 23, 2010

Permohonan Ke IPTA Secara Talian Sepenuhnya Mulai Sessi Akademik 2010/2011

Permohonan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi Program Lepasan SPM/Setaraf dilaksanakan melalui aplikasi dalam talian secara sepenuhnya mulai sesi akademik bagi 2010/2011.

Menurut kenyataan Kementerian Pengajian Tinggi, permohonan diadakan dalam dua fasa dan bagi fasa pertama ia telah dibuka kepada pemohon mulai 2 November lepas dan tarikh tutup adalah pada 31 Disember ini.

Fasa kedua permohonan pula akan dibuka pada 2 Februari 2010 mulai pukul 12 tengah hari sehingga 30 Mac 2010.Menurut kenyataan itu lagi, permohonan kali ini dibahagikan kepada empat kategori
1- Kategori bagi pemohon SPM 2009,
2- Kategori B bagi lepasan SPM 2008 atau 2007,
3- Kategori C untuk lepasan SPM 2006 atau sebelumnya atau yang mempunyai sijil setaraf
yang diiktiraf oleh IPTA.
4- Kategori D adalah bagi lepasan SPM 2007 dengan sijil ulangan 2008 atau SPM 2007 dengan
sijil ulangan 2009, atau SPM 2008 dengan sijil ulangan 2009.

Pemohon boleh mengemukakan permohonan dengan mendaftar melalui URL laman web rasmi kemasukan ke IPTA di http://upu.mohe.gov.my.
Bagi pemohon fasa 1, mereka dikehendaki mengemukakan permohonan dengan menggunakan nombor kad pengenalan atau MyKad serta kata laluan dan mengisi di bahagian maklumat peribadi, maklumat pekerjaan dan keluarga, kategori permohonan dan maklumat aktiviti kokurikulum yang disertai.

Bagi pemohon fasa dua, mereka perlu membuat permohonan dengan menggunakan nombor unik ID dan nombor kad pengenalan atau MyKad serta kata laluan."Pemohon boleh mendapatkan nombor unik ID yang boleh dibeli dengan harga RM10.60 di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau melalui mesin ATM atau SMS (jarak) Banking (bagi pemegang akaun GIRO) di seluruh negara mulai 1 Februari 2010 sehingga tarikh tutup permohonan pada 30 Mac 2010."

Pemohon dibenarkan membuat sekali permohonan dan tiga kali pengemaskinian sehingga tarikh tutup permohonan iaitu pada 30 Mac 2010," kata kenyataan itu.Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di talian 03-88835801 atau 03-88835802 atau emel ke www.upu.mohe.gov.my.

Sehubungan itu, kementerian menasihatkan para pemohon lepasan SPM 2009 supaya mengemukakan permohonan pada fasa satu bagi meningkatkan kelancaran sekaligus dapat mengurangkan tempoh masa pemohon mengemukakan permohonan mereka pada fasa dua nanti.

(Sumber: Bernama - 19/12/2009 - 13:18pm)

Selamat menuju kepuncak menara gading.......

Friday, January 22, 2010

MALAM PENUTUPAN MINGGU ADAPTASI PUTERA BARU (TING 1) SDAR 2010 BATCH 1014
















Malam ini, 22 Januari 2010 telah berlangsungnya Majlis Penutupan Minggu Adaptasi Pelajar Baru Tingkatan 1 batch 1014. Majlis tersebut telah dianjurkan oleh LPP, PRS dan batch 0610 dengan bantuan UBK. Majlis tersebut sebagai tanda berakhirnya adaptasi pelajar tingkatan 1 dan sebagai tanda mereka rasminya menjadi sdarian. Semoga batch 1014 akan membawa SDAR ke mercu kejayaan yang lebih gemilang di mata dunia. LPP mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tn. Hj. Zakaria b Md Zin atas kesudian beliau menutup rasmi majlis berkenaan.

SYAHBANDAR JOHAN KESELURUHAN KEJOHANAN MERENTAS DESA SEKOLAH DATO' ABDUL RAZAK TAHUN 2010







SDAR- Kejohanan Merentas Desa SDAR telah berlangsung dengan meriahnya pada hari ni, 22 Januari 2010. Semua pelajar telah begitu bersemangat untuk menang dan menyumbang mata bagi sumah masing-masing. Para guru pula turut sama menyokong ahli rumah masing-masing dengan cara tersendiri. Tuan Pengetua Cemerlang, Tn. Hj. Zakaria b Md Zin juga ceria melihat telatah warga SDAR yang berkerjasama bagi memastikan kelancaran program walaupun beliau terpaksa bergegas dari Kementerian Pelajaran di Putrajaya kerana urusan rasmi.

Berikut keputusan rasmi kejohanan:

Rumah Syahbandar - 604 mata
Rumah Temenggung - 594 mata
Rumah Laksamana - 570 mata
Rumah bendahara - 520 mata

Bagi kategori individu (Kelas 1) Top 5:

Pertama : Muhammad Faisal Imran (Laksamana)
Kedua : Muhammad Syukur Fabil (Bendahara)
Ketiga : Bakhtiar Baharu (Syahbandar)
Keempat: Raja Mohd Azlan b Raja Ali (Syahbandar)
Kelima : Muhammad Khairi Daniel Abd Aziz (Temenggung)

Bagi kategori individu (Kelas 2) Top 5:
Pertama : Fazari Zaki (Laksamana)
Kedua : Aizul Fahmi (Laksamana)
Ketiga : Mohd Asmadi (Bendahara)
Keempat : Omar Farouk (Bendahara)
Kelima : Mohd Naim (Temenggung)

Bagi kategori individu (Kelas 3) Top 5:
Pertama : Izzat Afif (Temenggung)
Kedua : Ahmad Faris (Laksamana)
Ketiga : Mohd Khairul Najib (Laksamana)
Keempat : Mohd Hafiz (Syahbandar)
Kelima : Nor Mohamad Rusyaidi (Syahbandar)

Johan Kategori Mengikut Kelas:
Kelas 1 : Temenggung
Kelas 2 : Laksamana
Kelas 3 : Syahbandar

JOHAN KESELURUHAN : SYAHBANDAR

Wednesday, January 20, 2010

SELAMAT DATANG TUAN HJ ZAKARIA B MD ZIN!

LPP 2010 mengucapkan selamat datang kepada Tn. Hj. Zakaria b Md Zin, Pengetua Kanan Sekolah Dato' Abdul Razak mulai 16 Januari 2010. semoga kehadian tuan pengetua baru akan melonjakkan lagi kecemerlangan SDAR di masa hadapan keperingkat yang lebih tinggi. Terima kasih juga buat bekas pengetua iaitu Datuk Hj. Azam b Md Atan atas jasa dan pengorbanan beliau menaikkan nama SDAR di peringkat negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa.


"Once a SDARian, always a SDARian" begitulah permulaan ucapan pertama Tuan Hj Zakaria Md Zin sejurus menjawati jawatan Pengetua Kanan SDAR. Beliau menceritakan serba sedikit pengalaman beliau ketika menuntut di SDAR. Beliau juga berpegang kepada 4 prinsip iaitu:

1. Melalui pemerhatian

2. Bekerja secara konsisten

3. Kepatuhan kepada undang-undang

4. Takwa dan moral yang tinggi untuk diri.

Semoga Tuan Hj Zakaria dapat memacu SDAR ke atas lebih banyak kejayaan!

SDAR KE-3 PMR 2009 (TERKINI)

BERIKUT KEDUDUKAN RASMI MENGIKUT GRED PURATA KESELURUHAN (GPK)
1. KOJEJ TUNKU KURSHIAH (1.009)
2. SEKOLAH SERI PUTERI (1.01)
3. SEKOLAH DATO' ABDUL RAZAK (1.014)
4. SEKOLAH TUN FATIMAH (1.014)
5. SMS TUNKU ABDULLAH (1.019)
6. SMS JOHOR (1.029)
7. SMS HULU SELANGOR (1.029)
8. SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH (1.03)
9. SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN (1.034)
10.SMS KUALA SELANGOR (1.034)
11. SMS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA (1.035)
12. SMS SELANGOR (1.036)
13. SMS MACHANG (1.04)
14. SMS SULTAN ABDUL HALIM (1.046)
15. SMS TUANKU JA'AFAR (1.063)
16. SBPI GOMBAK (1.07)
17.SBPI BATU RAKIT (1.073)
18. SMS TELUK INTAN (1.076)
19. SMS MUZAFFAR SHAH (1.078)
20.SMS TUANKU SYED PUTRA (1.079)
21. MCKK (1.084)
22. SMS POKOK SENA (1.085)
23.SMS MIRI (1.087)
24. SMAP LABU (1.089)
25. SMS PASIR PUTEH (1.092)
26. SMS RAJA TUN AZLAN SHAH (1.094)
27. SBPI SABAK BERNAM (1.096)
28. SMS KUCHING (1.101)
29. SMS SULTAN MAHMUD (1.103)
30. SMAP KAJANG (1.106)
31. SEKOLAH SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH (1.108)
32.SMS KOTA TINGGI (1.11)
33. SMS DUNGUN (1.112)
34. SMS SULTAN MOHAMMAD JIWA (1.121)
35. SMS SULTAN HJ AHMAD SHAH (1.133)
36. SBPI RAWANG (1.137)
37. SMS SABAH (1.142)
38. SBPI JEMPOL (1.163)
39. SMS LAHAD DATU (1.173)
40. SBPI GOPENG (1.184)
41. SMS TUN SYED SHEH SHAHABUDIN (1.197)
42. SMS SULTAN ISKANDAR (1.199)
43. SBPI KUANTAN (1.199)
44. SBPI PEKAN (1.20)
45. SMS LABUAN (1.228)
46. SBPI TEMERLOH (1.23)
47. SBPI KUBANG PASU (1.239)
48. SBPI SELANDAR (1.245)
LPP 2010 mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua warga SDAR di atas kejayaan ini terutamanya barisan pentadbir dan guru-guru.

Friday, January 15, 2010

Datuk Haji Azam Md Atan

Jutaan tahniah diucapkan kepada bekas Pengetua Cemerlang Jusa C SDAR, Datuk Haji Azam Md Atan setelah dikurniakan dengan pangkat 'Datuk'. Bersempena Hari Keputeraan ke-62 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, beliau telah dianugerahkan Darjah Datuk Paduka Negeri Sembilan (DPNS. Warga SDAR terutamanya Lembaga Pemimpin Pelajar amat berbangga dengan pengurniaan darjah ini dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat beliau.


Minggu Adaptasi Tingkatan 1 2010

Pelbagai aktiviti yang dirancang dan telah dijalankan sepanjang 2 minggu adaptasi pelajar tingkatan 1 untuk menyesuaikan diri dengan suasana dan persekitaran SDAR. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah Asrama Rumahku, lawatan ke sekitar Seremban, riadah petang, taklimat waden , amanat tuan pengetua dan malam bersama PRS.



Majlis Jasamu Dikenang, Budimu Disanjung

13 Januari 2010 merupakan hari terakhir buat Pengetua Cemerlang Jusa C, Tuan Haji Azam Md Atan berkidmat sebagai pengetua di bumi SDAR. Seluruh warga SDAR telah mengadakan Majlis Jasamu Dikenang, Budimu Disanjung sempena menghargai jasa beliau sepanjang tujuh tahun berada di SDAR. Tetamu kehormat yang hadir pada majlis tersebut ialah Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster, Puan Ashah binti Samah; Timbalan Pengawai Pelajaran Daerah Seremban, Puan Maznah binti Abu Bakar; Naib Yang di Pertua PIBG SDAR Dato' Afini bin Draman dan Pengusaha dewan makan SDAR, Dato' Nordin. Puan Ashah binti Samah juga telah meluangkan sedikit masa untuk menyampaikan sijil penghargaan Kementerian Pelajaran Malaysia atas kecemerlangan PMR 2009. Para guru dan pelajar telah melakukan persiapan dan persembahan yang mantap untuk meraikan tuan pengetua.

Majlis dimulakan dengan ucapan oleh wakil pelajar, Wan Faiq Amsyar bin Wan Ariffin dan disusuli oleh ucapan Penolong Kanan, Puan Norzila binti Haji Idris selaku wakil guru. Kemuncak majlis merupakan ucapan terakhir Tuan Haji Azam Md Atan sebagai Pengetua SDAR. Beliau berasa amat bangga kerana berjaya meninggalkan SDAR di kemuncak kecemerlangan walaupun terpaksa meninggalkan SDAR untuk bertugas di Sek Men Sains Rembau.


Selamat Maju Jaya untuk Tuan Haji Azam Md Atan!
Sijil Penghargaan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia
Ucapan oleh PK SDAR, Puan Hajah Norzila Hj Idris
Ucapan oleh Dato' Afini bin Draman
Amanat terakhir sebagai pengetua cemerlang SDAR
Tuan Pengetua menerima hadiah daripada para pelajar
Berpelukan bersama Ketua Batch Tingkatan 5, Bakhtiar Baharu
Persembahan daripada Lembaga Pemimpin Pelajar
Bersalaman bersama warga SDAR
Tabik hormat terakhir daripada Pasukan Pengakap

Salam Terakhir

Semua warga SDAR telah melakukan persiapan untuk majlis yang tidak seberapa itu pada malam 12 Januari 2010. Antara gambar sekitar persiapan:

Pendaftaran Putera Tingkatan 1 2010

Seramai 133 orang putera tingkatan 1 2010 telah mendaftar ke Sekolah Dato' Abdul Razak pada 11 Januari 2010. Sesi pendaftaran telah bermula seawal jam 8.00 pagi dan dikendalikan oleh ahli Lembaga Pemimpin Pelajar. Para ibu bapa dan pelajar yang hadir telah disambut dengan mesra oleh Majlis Tertinggi LPP 2010. Taklimat ibu bapa oleh Tuan Pengetua Cemerlang SDAR, Tuan Haji Azam Md Atan telah diadakan di Dewan Tun Abdul Razak pada jam 11.00 pagi. Tuan Haji Azam telah memperkenalkan semua guru dan menceritakan serba sedikit pengalaman beliau sebagai menjadi pengetua di bumi SDAR. Yang di Pertua PIBG, Prof. Ir. Hasanan juga telah menyampaikan ucapan beliau. Semua pendaftaran di asrama dan pembayaran berjalan dengan lancar sehingga jam 3.00 petang. Selepas jam 6.00 petang, ibu bapa terpaksa meninggalkan perkarangan SDAR dan di saat itulah bermulanya hidup putera tingkatan 1 sebagai seorang SDARian.Para Hicom menyambut kedatangan ibu bapa

Ahli LPP mengukur baju pelajar tingkatan 1

Prof. Ir. Hasanan memberikan ucapan beliau dalam taklimat ibu bapa

Pengetua Cemerlang SDAR, Tuan Haji Azam Md Atan memberikan taklimat beliau

Ibu bapa diberikan peluang untuk mengajukan soao

Pendaftaran dorm di asrama

Para ahli LPP membantu ibu bapa

Prefek membantu pelajar tingkatan 1 mengangkat barang