Wednesday, May 12, 2010

Career Talk Bersama SDARA 2010

PROGRAM DISKUSI KERJAYA BERSAMA SDARA
TARIKH: 17 APRIL 2010 HARI : SABTU.
MASA: 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Tn Hj Sahak Ahmadun PK SDAR dan En Ramli bin Khairudin YDP PIBG SDAR sedang menanti ketibaan para ALUMNI

Barisan berkarisma Fasilitator dan Motivator yang terdiri daripada SDARA sendiri.

Timbalan YDP PIBG En Wan Yusuf mengalu-alukan kehadiran para ALUMNI ke SDAR.


Tn Hj Syed Abdullah antara motivator yang berjaya menarik perhatian para pelajar dengan celoteh yang penuh ilmiah dan bermakna.

Khusyuk dan penuh minat para pelajar mendengar ceramah motivasi yang sarat dengan ilmu, nasihat yang berguna daripada KEKANDA mereka.


Ceramah kerjaya berkaitan dengan Accounting menjadi tumpuan selain kerjaya dalam bidang Petroleum.


Kerjaya sebagai seorang Doktor antara tumpuan dan minat para pelajar SDAR.

Para pelajar diberi taklimat yang lebih terperinci berkaitan dengan kerjaya yang mereka minati.


Perkongsian ilmu dan pengalaman didalam LDK .

MAJLIS PENYAMPAIAN CENDERAMATA PENGHARGAAN KEPADA SDARA YANG
TERLIBAT..



Mewakili warga SDAR mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian meluangkan masa dan tenaga dalam program ini. Sesungguhnya jasa budi kalian hanya ALLAH sahaja yang dapat membalasnya. BERILMU UNTUK BERJASA kalian buktikan ...insyaallah kami pelajar tingkatan SDAR akan mengikut jejak langkah kalian, walaupun sudah berada dipuncak tidak pernah lupa rumput dibumi.


Terbilang jadi slogan,
Berilmu Untuk Berjasa,
Ilmu tuan mohon halalkan ,
Buat pedoman dihari muka,

TAUTAN PENGHARGAAN BUAT SEMUA

BIL

NAMA

ORGANISAISI

BIDANG



Hassan Basri Mohamed

R&T PETRONAS

Legal



Abd Malek Idrus

MJSB PETRONAS

Business/ Procurement



Tn Syed Abdullah

Exernal

Motivation



Prof Dr Jaafar Md Zin

UKM

Medical



Yusuf Siraj

PCSB/ Petronas

Engineering



Md Zamri Selamat

External/ Accounting

Accounting



Mohd Shah Khalid

External

Aeronautical Engineering



Hj Abdul Wahid

External/ Architecture

Architecture



M. Zhafri Nasarudin

PCSB

Engineering



Mohd Fairuz Azwardy

PCSB / Engineering

Engineering



Hamidi Mohd Zin

R&T / Petronas

Engineering



Mohd Hany Shuib

R&T / Petronas

Engineering



Dr Khairun Nadzar

Private Hospital

Medical



M Zul Alwi bin Mat Adam

R&T Petronas

Engineering



Dr Ghazali

Selayang Hospital / Medical

Medical



Adam Bd Malek

PETRONAS

Pilot



Helmy bin Mohd Noor

Shell

IT



Azmeir Mohd Yasin

SCM,PCSB, PETRONAS

IT



Ar Hamzah Jumiran

External

Architect



Yahya bin Mat Wazir

R&T PETRONAS

Engineering



Husmidi Husin

PCSB PETRONAS

IT



Ramly bin Khairudin

PCSB PETRONAS

Geology



Anas bin Abd Malek

UTP PETRONAS

Accounting



Mohd Akhir Sharif

UTP PETRONAS

Accounting



Dato’ Ab Kadir Wasir Mohamed

Rowter Technologies

IT/ Business



SEMOGA TAHUN HADAPAN BERJUMPA LAGI........LPP SDAR &UBK SDAR


Pertukaran Pelajar Tingkatan 3 SMS Selangor ke SDAR

PERKARA : PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR SMS SELANGOR KE SDAR
TARIKH : 19-23 APRIL 2010
BIL PESERTA: 10 ORANG PELAJAR TINGKATAN 3 SMS SELANGOR

Bergambar kenangan bersama pelajar tingkatan 3 SDAR


Bergambar kenangan bersama Tn Hj Sahak bin Ahmadun PK Kanan SDAR dan En Wan Arif Kaunselor SDAR .


Bergambar kenangan bersama Tn Pengetua Cemelang SDAR.


SELURUH WARGA MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN. SEMOGA BERJUMPA LAGI ....


Lawatan SMS Sabah

PROGRAM PENANDA ARAS DARI SEK MEN SAINS SABAH
TARIKH : 29 APRIL 2010
TEMPAT : BILIK MESYUARAT PUTRA SDAR


Ucapan alu-aluan dari Tn Hj Zakaria Md Zin Pengetua SDAR

Ucapan dari wakil SMS Sabah.

.
Pertukaran maklumat antara pelajar SDAR dan SMS Sabah diketuai oleh Wan Faiq Amsyar bin Wan Arifin.

Majlis Penutupan dan Penyampaian cenderamata kenang-kenangan antara SDAR dan SMS Sabah.

Tuesday, April 27, 2010

Laporan Pertandingan Debat antara Sekolah-sekolah Universiti Islam Antarabangsa

Pertandingan Debat antara Sekolah di Universiti Islam Antarabangsa telah diadakan pada 16-21 April yang lalu. Sekolah Dato' Abdul Razak telah menghantar satu pasukan untuk kategori debat Bahasa Melayu dan satu pasukan untuk kategori Bahasa Inggeris.

Bagi kategori debat Bahasa Melayu, SDAR telah diwakili oleh Muhammad Luqman Sufyan bin Junaidi sebagai speaker pertama, Muhammad Thalhah bin Kamarozaman sebagai speaker kedua, Adzlan Qushaimi bin Jamaludin sebagai speaker ketiga, dan Muhammad Mustaqim bin Marsidi sebagai speaker simpanan. Berikut merupakan laporan perjuangan mereka pada pertandingan ini.

Pusingan Pertama
SDAR menentang Sekolah Seri Puteri
Keputusan: SDAR menang
Pendebat Terbaik: Luqman Sufyan (SDAR)

Pusingan Kedua
SDAR lwn MRSM Pengkalan Chepa
Keputusan: SDAR menang
Pendebat Terbaik: Adzlan Qushaimi (SDAR)

Pusingan Ketiga
SDAR lwn SMK Jitra
Keputusan: SDAR menang
Pendebat Terbaik: Adzlan Qushaimi (SDAR)

Pusingan Keempat
SDAR lwn SMAP Kajang
Keputusan: SDAR menang
Pendebat Terbaik: SMAPK

Pusingan Kelima
SDAR lwn SMI Hidayah (Johan debat UIA 2009)
Keputusan: SDAR menang
Pendebat Terbaik: SMI Hidayah
SDAR telah mendapat tempat pertama dalam kedudukan sekolah-sekolah yang bertanding

Pusingan Terakhir
SDAR lwn SMAP Labu
Keputusan: SDAR tewas
Pendebat Terbaik: Adzlan Qushaimi (SDAR)

Selepas pusingan terakhir, SDAR telah jatuh ke tempat ketiga dan telah layak ke pusingan octo-final iaitu pusingan kalah mati. Pada pusingan ini, SDAR telah menentang SMAP Kajang sekali lagi. Pada pusingan ini, nasib tidak memihak kepada SDAR apabila kemenangan berpihak kepada pasukan SMAP Kajang. Dengan keputusan ini, perjuangan SDAR dalam pertandingan ini telah berakhir.

Walaupun pasukan debat Bahasa Melayu SDAR telah kecundang pada peringkat octo-final, perkara yang membanggakan seluruh warga SDAR adalah apabila SDAR telah menjadi satu-satunya sekolah yang mempunyai ketiga-tiga pendebat dalam ranking 20 teratas pertandingan. Muhammad Luqman Sufyan telah mendapat tempat ke-20, Muhammad Thalhah di tempat ke-9 dan Adzlan Qushaimi telah menyandang tempat ke-3.

Akhir sekali, LPP sentiasa mendoakan kejayaan pasukan debat Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam semua pertandingan debat yang mereka sertai. Semoga masa hadapan menjanjikan kejayaan SDAR yang lebih membanggakan pada peringkat yang lebih tinggi. Insya-Allah.

Pertandingan Keceriaan dan Kebersihan Kelas dan Asrama 19-23 April 2010

Cik Rozita dan Cik Zailyniza telah menjadi guru bertugas untuk memantau kebersihan dan keceriaan kelas dan asrama pada minggu lepas. Berikut merupakan keputusan pertandingan tersebut.

Dorm terbersih: S-16
Aras terbersih: Laksamana aras 1
Blok terbersih: Blok Bendahara
Kelas terbersih: 4 Khaldun

LPP berharap agar seluruh warga SDAR dapat meningkatkan lagi kebersihan dan keceriaan sekolah supaya persekitaran SDAR lebih kondusif dan selesa kepada semua penghuninya.

Wednesday, April 21, 2010

Jalinan Ukhuwah dan Mahabbah: SK Serting (F)

21 April- Sekolah Dato' Abdul Razak telah menerima satu lawatan dari Sekolah Kebangsaan Serting (F) pagi tadi. Seramai 107 orang pelajar SK Serting bersama guru-guru pengiring telah mengikuti lawatan ini.

Delegasi dari SK Serting telah sampai di SDAR pada jam 9.10 pagi dan telah disambut oleh ahli LPP. Mereka kemudiannya telah dibawa ke Dewan Tun Abdul Razak untuk majlis rasmi dan sesi perkongsian pintar. Selesai program di dewan, warga SK Serting telah dibawa melawat sekitar SDAR. Lawatan ini berakhir pada jam 1.30 tengah hari.

Pihak yang terlibat dalam program lawatan ini adalah beberapa orang pemimpin pelajar tingkatan 4 dan disertai oleh para Pembimbing Rakan Sebaya tingkatan 4.

Antara aktiviti yang telah dijalankan termasuklah sesi Perkongsian Pintar dan LDK. Lembaga Pemimpin Pelajar mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam program ini. Terima kasih daun keladi, kalau panjang umur kita berjumpa lagi.

Tuesday, April 13, 2010

Program Penanda Aras Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar ke SDAR

Pada 13 April 2010, seramai 10 orang pelajar dari Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar menyertai program penanda aras di SDAR selama 3 hari dua malam sehingga 16 April 2010. Diharapkan program ini akan memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak dan semoga SDAR dan SMTTJ terus cemerlang dalam segala aspek.
















































































































Friday, April 2, 2010

Majlis Apresiasi- Jasamu Dikenang Budimu Disanjung, Pn. Hajah Norzila Binti Haji Idris

Tarikh:2 April 2010
Masa:1000-1200
Perkara:Majlis Jasamu Dikenang Budimu Disanjung, Pn. Hajah Norzila Binti Haji Idris
Beliau Bertukar dan naik pangkat sebagai pengetua di SMK Seri Perpatih, Palong 4
Berkhidmat hampir 27 tahun di SDAR
Penglibatan:Semua warga SDAR


Ketibaan Pn. Hajah Norzila

Ucapan Pengetua Tn. Haji Zakaria B. Md Zin
Ucapan Yang Diraikan, Pn. Hajah Norzila


ersembahan Wind Orkestra