40 orang pelajar tingkatan 4 SDAR telah mengadakan Frayer di SK Telok Kemang pada 24 - 26 Julai 2009. Ia merupakan program frayer kedua selepas frayer Gua Musang, Kelantan. Antara pelajar tingkatan empat yang terlibat ialah pengawas dan pembimbing rakan sebaya.Aktiviti ini sudah menjadi satu dari tradisi sdar sejak tahun 2004 dan masih berterusan hingga sekarang.Program tahunan ini telah membuka mata orang ramai bahawa kanak-kanak di luar bandar juga mampu berdiri sebaris dengan pemimpin-pemimpin yang hebat di dunia pada suatu hari nanti kerana perkataan 'frayer' itu sendiri bermaksud pambuka jalan .Aktiviti ini juga telah dijayakan oleh Komuniti Bestari kampung Telok Kemang.Sdar telah disambut oleh Encik Misnan B Madiman iaitu Pegawai Penerangan Daerah Port Dickson.Selain itu,program ini juga dijalankan untuk memantapkan calon UPSR 2009 dalam memperlengkapkan diri menghadapi UPSR di samping mengambil peluang berkongsi pengalaman dan kejayaan pelajar-pelajar SDAR.Melalui program ini, pelajar SDAR dapat berkongsi pengalaman dan rahsia kejayaan mereka dengan warga SKTK khususnya calon UPSR 2009.Calon UPSR juga dapat mengembangkan sahsiah,keyakinan dan jati diri dalam menghadapi masa depan.Selain itu, ia dapat menjalin hubungan kerjasama dan silaturrahim antara warga SKTK, komuniti setempat dan SDAR-sebuah SBP berprestij di Negeri Sembilan.
13 years ago