LAPORAN BULANAN EXCO SIARAYA DAN KOMUNIKASI
BULAN JANUARI 2010
Tahun ini merupakan tahun yang penuh dengan cabaran dan dugaan yang akan ditempuhi oleh Ahli Lembaga Pemimpin Pelajar khususnaya bagi Exco Siaraya dan komunikasi. Pelbagai aktiuviti dan program sedang dirangka untuk merialisasikan VISI SDAR yang terbilang sebagai Institusi pendidikan yang unggul di peringkat negara dan antarabangsa serta menzahirkan VISI LPP 2010, Semangat 1 SDAR.Ternyata tahun ini bukanlah suatu masa untuk kami selaku ahli exco untuk menggoyang kaki dan hanya menunggu untuk meletakkan jawatan apabila tiba masanya nanti, sebaliknya kami berusaha lebih keras dan lebih gigih untuk berkhidmat untuk sekolah sambil merapatkan jalinan persaudaraan.
Sebermulanya musim persekolahan ini, sudah banyak perkara dan majlis yang perlu dilaksanakan untuk memastikan perjalanan program-program sekolah sentiasa berjalan. Majlis yang membuka tirai tahun 2010 ialah Majlis Jasamu Dikenang, Budimu Disanjung buat ayahanda tercinta bekas pengetua cemerlang SDAR, Dato’ Hj. Azam Hj. Mat Atan. Majlis yang gilang gemilang dan penuhu kemeriahan tetapi dilanda kecelakaan. Beberapa masalah berlaku sewaktu persembahan akibat kekurangan peralatan, kecuaian dan kehendak takdir. Walau apapun musibah yang berlaku sewaktu majlis berlangsung, yang buruk dijadikan iktibar dan pengajaran.
Majlis kedua pada tahun ini merupakan program yang cukup-cukup besar iaitu Program Taklimat NKRA pengetua-pengetua dan guru-guru besar Negeri Sembilan bersama Tn. Sri Dato, Hj. Alimuddin Hj. Mat Dom Pengarah Pelajaran Malaysia. Alhamdulillah, tiada sebarang masalah yang berlaku. Program pada hari itu berjalan dengan lancar. Seterusnya adalah Majlis Penutupan Minggu Adaptasi pelajar-pelajar tingkatan satu, Majlis ini diadakan untuk melihat persembahan-persembahan daripada pelajar-pelajar tingkatan satu.Malangnya sewaktu majlis berlangsung muncul suatu masalah, secara tiba-tiba tiada bunyi suara kedengaran selama beberapa minit. Setelah pemeriksaan dilakukan, didapati bahawa amplifier di dewan Tun Abdul Razak mengalami kerosakan. Walaubagaimanapun majlis pada malam tersebut berkesudahan dengan baik dan rasa puas lahir dalam sanubari kami.
Selang beberapa hari selepas majlis tersebut, Majlis Watikah Perlantikan Organisasi-organisasi sekolah diadakan. Organisasi-organisasi yang terlibat ialah BADAR, Pengawas PSS, PRS, Lembaga Pengarah Kooperasi dan ketua-ketua kelas. Majlis ini berjalan dengan jayanya walau hanya satu pembesar suara daripada empat pembesar suara yang dapat digunakan di dewan Tun Abdul Razak.
Kemudian satu lagi majlis diadakan iaitu majlis High Table Kecemerlangan PMR 2009.Majlis tersebut diadakan dengan tujuan untuk meraikan pelajar-pelajar PMR 2009 yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah dengan mendapat gread purata keseluruhan (GPK) sebanyak 1.01 . Majlis tersebut merupakan sebuah majlis makan malam yang diadakan di dewan makan SDAR. Allhamdulilah majlis tersebut berjalan dengan lancar.
Awal tahun ini banyak peralatan PA yang masih belum mencukupi kerana barang-barang tersebut telah dihantar baiki tetapi masih belum diterima kembali. Selepas pertengahan bulan, baru barang-barang yang dihantar baiki tersebut dikembalikan. Namun ada beberaspa baranbg yang masih belum dihantar baiki iaitu soket tambahan atau (extension plug). Kami mengalami masalh kekurangan soket untuk menggunakan peralatan PA sewaktu majlis berlangsung.Seterusnya masalah berkenaan amplifier di bilik PA yang telah rosak sewaktu Majlis Penutupan Minggu Adaptasi Pelajar-pelajar Tingkatan Satu. Maslah ini masih berlanjutan sehinnga hujung bulan ini. Satu lagi masalah yang merungsingkan kami ialah masalah CD untuk perhimpunan pagi. Hal ini demikian kerana, kami telah menukar versi lagu Negaraku untuk perhimpunan pagi namun hal ini menjadi suatu masalah apabila kami tidak berjaya mem-burn-kan lagu-lagu tersebut dalam CD tersebut mungkin CD yang dibekalkan kepada kami tidak sesuai untuk dimainkan denganradio sekolah.
Pada bulan ini juga BIlik Penyiaran SDAR masih tidak berjalan dengan sepenuhnya berikutan dengan masalah pengurusan kunci bilik yang dipegang oleh guru dan masalah jadual tugasan pelajar yang bertugas. Insyaallah, masalah ini selesai menjelang Febuari.
Walaupun kami selaku Exco Siaraya dan Komunikasi sangat sibuk namun kami tetap komited dengan tugas kami. Semoga hari-hari mendatang akan tetap memberikan semangat yang baharu untuk kami melaksanakan tugas kami dan berbakti pada sekolah.
LAPORAN DISEDIAKAN OLEH,
(AHMAD RIFDI BIN ZAMRI)
SETIAUSAHA EXCO
EXCO SIARAYA DAN KOMUNIKASI,
LEMBAGA PEMIMPIN PELAJAR.
14 years ago