Monday, January 11, 2010

Gotong Royong Perdana SDAR

Gotong Royong Perdana SDAR telah diadakan pada hari sabtu bermula jam 8.00 pagi. Sejajar dengan sasaran SDAR bagi memenangi Anugerah Seri Asrama Terbilang 2010, pihak pentadbiran telah menekankan tahap keceriaan dan kebersihan setiap kelas dan blok. Semua pelajar dikehendaki menceriakan kelas pada hari sabtu dan blok asrama pada hari ahad. Para pelajar telah bertungkus lumus sepanjang 2 hari ini bagi menceriakan dan membersihkan kelas dan asrama masing-masing.






Ragbi Friendly SDAR-SSAS

Pasukan Lions SDAR telah menganjurkan satu perlawanan persahabatan SDAR-SSAS yang bertujuan meningkatkan lagi mutu pemain Lions SDAR. Selain itu, perlawanan ini mengeratkan lagi hubungan persahabatan yang telah terjalin sejak sekian lama. Pasukan yang terlibat ialah pasukan bawah 18 tahun dan 14 tahun. Keputusan perlawanan adalah berikut:
SDAR U-18 A vs SSAS : 17-0
SDAR U-18 B vs SSAS : 5-10
SDAR U-14 vs SSAS : 10-0
Semoga perlawanan ini akan memantapkan lagi pasukan ragbi lions SDAR sehingga ke peringkat antarabangsa lagi.

Friday, January 8, 2010

Jamuan Akhir Tahun LPP 2009

Lembaga Pemimpin Pelajar telah mengadakan satu majlis akhir tahun 2009 di Star Fresh Restaurant, Jalan Kuala Pilah. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk meraikan para pemimpin pelajar yang telah bertungkus lumus selama setahun dalam melakasanakan tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah. Pengetua Cemerlang SDAR, Tuan Haji Azam Md Atan merupakan tetamu kehormat pada majlis tersebut. Menu makanan pada malam tersebut ialah sajian ala cina yang cukup memukau selera tetamu majlis. Gambar sekitar majlis:


Ketua Pelajar sesi 2009, Muhd Alias Ahmad Kassim memberikan ucapan terakhir beliau

Meja makan VVIP pada majlis tersebut

Sajian ala cina yang telah dihidangkan

Muhd Alias memberikan hadiah kepada Pengetua Cemerlang SDAR sambil diperhatikan oleh Wan Faiq Amasyar, Ketua Pelajar sesi 2010
Tuan Haji Azam bersalaman dengan pemimpin-pemimpin pelajar tingkatan 5


Pemimpin pelajar tingkatan 5 bergambar bersama para guru

Saturday, January 2, 2010

Bidang Tugas LPP

BIDANG TUGAS JAWATANKUASA LEMBAGA PEMIMPIN PELAJAR

JAWATAN & BIDANG TUGAS

KETUA PELAJAR

• Bertanggungjawab dalam segala perihal yang melibatkan kondusi para pelajar dalaam aspek akademik, sahsiah, 3k, kokurikulum, kepimpinan dan keharmonian SDAR
• Berhubung dengan pihak pentadbiran sekolah dan warden mengenai perkara-perkara berkaitan dengan kehidupan penghuni asrama SDAR
• Menjadi penyalur maklumat dan informasi kepada para pelajar dalam setiap aktiviti yang dijalankan untuk pelajar khususnya
• Berkuasa dalam menentukan sebarang keputusan mengenai pengurusan organisasi dan pelajar berpaksikan konsep musyawarah
• Memantau perjalanan kelancaran dan kebajikan setiap ahli dalam organisasi Lembaga Pemimpin Pelajar

TIMBALAN KETUA PELAJAR
• Pemangku ketua pelajar
• Membantu tugas-tugas ketua pelajar
• Memantau pergerakan dan aktiviti pelajar tingkatan 5
• Menjadi perantara mengenai pembangunan asrama SDAR antara pihak sekolah dan pelajar
• Memastikan kawasan asrama SDAR sentiasa berada dalam keadaan yang kondusif
NAIB TIMBALAN KETUA PELAJAR 1
• Memantau pergerakan dan aktiviti pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 2 dengan kerjasama jawatankuasa tertinggi yang lain
• Menguruskan lawatan deligasi luar ke SDAR dan memastikan sesi lawatan berjalan lancar dan terbaik
• Melaksanakan posmotum berdasarkan laporan yang diterima daripada majlis atau aktiviti yang dijalankan bersama jawatankuasa tertinggi yang lain
NAIB TIMBALAN KETUA PELAJAR 2
• Ahli lembaga penasihat kepada ketua pelajar
• Memantau pergerakan asrama
• Memantau pergerakan aktiviti pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 4
• Memantau pergerakan semua divisyen Lembaga Pemimpin Pelajar
SETIAUSAHA KEHORMAT
• Ahli lembaga penasihat kepada ketua pelajar
• Membantu ketua pelajar dari aspek pengurusan dan penyimpanan maklumat yang berkaitan dengan Lembaga Pemimpin Pelajar
• Mencatat segala minit mesyuarat dan laporan yang diadakan bersama-sama guru penyelaras
• Mengikuti perkembangan laporan setiap rumah bagi setiap mesyuarat Lembaga Pemimpin Pelajar
• Menguruskan segala urusan surat-menyurat yang berkenaan dengan Lembaga Pemimpin Pelajar

BENDAHARI KEHORMAT
• Mengurus kewangan Lembaga Pemimpin Pelajar
• Membuat belanjawan Lembaga Pemimpin Pelajar
• Menerima laporan kewangan daripada bendahari bagi setiap rumah
• Menyediakan modal dan menerima laporan daripada semua sumber kewangan
• Memastikan sumber kewangan berasal daripada sumber yang halal


EXCO MAKANAN DAN KEBAJIKAN
JAWATAN & BIDANG TUGAS

KETUA EXCO
• Mengetuai ahli-ahli exco dalam menjalankan tugas
• Memantau tugasan setiap ahli exco dan menegur jika ada kesalahan
• Memberi tunjuk ajar kepada ahli exco mengenai tugasan yang dijalankan
• Menjaga kebajikan setiap ahli exco
• Menyediakan jadual tugasan
• Merangka dan merancang sistem exco dengan lebih teratur

SETIAUSAHA
• Membuat laporan setelah selesai sesuatu majlis
• Membuat laporan ketika mesyuarat berlangsung
• Memastikan kehadiran setiap ahli exco ketika mesyuarat
• Menggantikan ketua exco ketika ketiadaannya

AHLI EXCO
• Mengambil nama dorm yang tidak mengemas meja makan
• Menjaga kiosk kamar jed
• Meningkatkan hasil jualan kiosk kamar jed
• Berghubung dengan warden mengenai masalah yang dihadapi di dewan makan
• Membantu sekolah melancarkan majlis High Table dan sebarang jamuan yang berkaitan
• Menyediakan jadual penghantaran baju ke dobi


EXCO KELAS PERSEDIAAN DAN PERHIMPUNAN

JAWATAN BIDANG TUGAS
KETUA EXCO
• Mengetuai ahli-ahli exco dalam menjalankan tugas
• Menjadi medium pengantaraan antara guru serta Lembaga Pemimpin Pelajar yang lain
• Member tunjuk ajar kepada ahli exco yang lain
• Memantau setiap tugasan dan member teguran apabila membuat kesalahan
• Menjadi nadi penggerak utama setiap kali perhimpunan pagi dan kelas persediaan
• Menjaga kebajikan setiap ahli exco

SETIAUSAHA
• Membuat laporan setelah selesai sesuatu majlis
• Membuat laporan ketika mesyuarat berlangsung
• Memastikan kehadiran setiap ahli exco ketika mesyuarat
• Menggantikan ketua exco ketika ketiadaannya
• Membuat pengumuman 10 minit awal sebelum waktu perhimpunan dijalankan
• Membuat jadual pengerusi majlis dan komander pada setiap pagi
AHLI EXCO
• Memastikan para pelajar berada di tapak perhimpunan ketika perhimpunan pagi diadakan
• Menyediakan buku kehadiran dan borang salah laku pada waktu perhimpunan pagi dan kelas persediaan
• Memastikan borang kesalahan diserahkan kepada setiausaha rumah
• Memastikan barisan para pelajar di tapak perhimpunan berada dalam keadaan teratur


EXCO KECERIAAN DAN TUGAS-TIGAS KHAS
JAWATAN BIDANG KUASA
KETUA EXCO
• Menjadi rujukan ahli exco mengenai perkara yang berkaitan
• Menjaga kebajikan ahli exco
• Menyelaraskan tugas-tugas ahli exco dan bertanggungjawab terhadapnya
• Memastikan tugas dijalankan dengan lancar
• Sentiasa berhubung dengan guru yang berkaitan
SETIAUSAHA
• Mengurus dan mengenadalikan majlis rasmi sekolah
• Memastikan keceriaan dan kebersihan dewan berada dalam keadaan yang terbaik
• Menubuhkan jawatankuasa dewan yang terdiri daripada pelajar biasa
• Memastikan susun atur dewan dalam keadaan sempurna
• Menjaga protocol ketika majlis sedang berlangsung
• Mengurus bahagian laporan dan minit mesyuarat apabila selesai sesuatu majlis
AHLI EXCO
• Menyediakan jadual tugasan dan memastikan pemimpin pelajar menjalankan tugas yang diberikan
• Membantu pihak sekolah dalam segala majlis sekolah dari segi peringkat negeri mahupun kebangsaan
• Menghias dan mngemas kini papan kenyataan Lembaga Pemimpin Pelajar
• Membantu ketua exco dalam setiap perkara


EXCO SIARAYA DAN KOMUNIKASI
JAWATAN BIDANG TUGAS
KETUA EXCO
• Mengetuai ahli-ahli exco dalam menjalankan tugas
• Memastikan ahli exco menjalankan tugas dengan komited
• Memastikan projek berjalan dengan lancar
• Berhubung dengan guru penyelaras dalam segala aspek
• Menjadga kebajikan setiap ahli exco
• Mematuhi setiap arahan guru penyelaras
• Datang awal ke setiap aktiviti
SETIAUSAHA
• Mencatat hasil yang telah dibincangkan dalam minit mesyuarat exco
• Mencatat setiap alatan yang rosak
• Melabelkan alatan hak milik exco untuk mengelak kecurian
• Mencatat masalah yang dihadapi dan cara penyelesaiannya
• Memastikan setiap kehadiran ahli exco
• Menulis kertas kerja yang diperlukan
• Mematuhi arahan ketua divisyen
AHLI EXCO
• Memastikan alatan tidak rosak
• Memastikan keadaan alatan berada dalam keadaan yang baik
• Menguruskan pembelian alatan yang baru
• Memastikan bilik PA dalam dewan berada dalam keadaan yang teratur
• Mematuhi arahan ketua
• Penggerak sesuatu majlis


EXCO STATISTIK DAN DOKUMENTASI
JAWATAN BIDANG TUGAS
KETUA EXCO
• Mengetuai ahli exco dalam menjalankan tugas
• Memastikan perjalanan sesuatu majlis itu berada dalam keadaan yang lancar
• Datang awal ke sekolah
• Memastikan ahli exco sentiasa tinggi bidi pekerti
• Berhubung dengan lembaga pemimpin pelajar
• Menjaga kebajikan ahli exco
• Member tunjuk ajar kepada ahli yang lain
SETIAUSAHA
• Mencatat setiap alatan yang rosak
• Mencatatkan hasil yang telah dibincangkan dan laporan yang dijalankan
• Mencatat masalah yang dihadapi dan cara penyelesaiannya
• Memastikan setiap kehadiran ahli exco
• Menulis kertas kerja yang diperlukan
• Mematuhi arahan ketua divisyen
• Mematuhi araha ketua
• Datang awal dalam setiap tugasan
• Mengemukakan masalah yang dihadapi
AHLI EXCO
• Memastikan peralatan dapat digunakan dengan baik sewaktu sesi penggunaan komputer.
• Memastikan peralatan ICT yang digunakan oleh pelajar berada dalam keadaan baik dan tidak hilang.
• Memeriksa dan memastikan barang mencukupi setiap bulan.
• Datang awal dalam setiap aktiviti
• Mengumpul maklumat dengan berkesan dan jelas pada ahli exco
• Mematuhi arahan ketua exco
• Sebagai pengubung dengan guru
Berkenaan jika peralatan ICT rosak dan perlu diganti
Sebgai pembawa maklumat tentang pertandingan atau majlis yang akan dijalankan untuk laporan lanjut
Mengambil Tentatif program sesuatu pertandingan atau majlis

Tugas & Tanggungjawab J/kuasa LPP

LEMBAGA PEMIMPIN PELAJAR TAHUN 2010
SEKOLAH DATO’ ABDUL RAZAK, SEREMBAN


TUGAS DAN TANGGUNG JAWAB JAWATANKUASA LEMBAGA PEMIMPIN PELAJAR


A. PERANAN KETIKA DI PERHIMPUNAN PAGI

1. Membantu pihak Jawatankuasa Disiplin Sekolah mengawasi perhimpunan pagi seperti ketetapan berikut:

Nama Guru Pengawas Tingkatan Yang Diawasi

Azimi b Md Zin (T5)
Muhammad b Md Derus (T4)
Cik Mardiana bt Baharuddin (T3)
Cik Sharida bt Abu Talib (T2)
Murni bt Buchik (T1)
Irwan bt Hamzah (Bebas – Guru disiplin)

2. Memastikan ada pengawas bertugas bagi setiap tingkatan yang dikendalikan.

3. Bersama-sama pengawas mengegur dan mengambil tindakan di atas kesalahan disiplin pelajar, khususnya etika berpakaian dan personaliti pelajar.

4. Memastikan pelajar menyanyikan lagu-lagu patriotik dengan betul.

5. Memastikan pengawas bertugas mencatat kesalahan pelajar di dalam borang kesalahan

6. Menyerahkan borang kesalahan pelajar kepada Jawatankuasa Sistem Rumah untuk dimerit.


B. PERANAN TERHADAP ORGANISASI

1. Bertanggung jawap sepenuhnya terhadap aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh organisasi

2. Berperanan memastikan setiap pengawas melaksanakan tugas mengikut etika dan peraturan yang dipersetujui oleh pihak pentadbir sekolah.


C. PERANAN TERHADAP EXCO BAGI MENCAPAI KPI

1. Sentiasa membimbing Majlis Tertinggi LPP dan Exco-exco terhadap bidang tugas seperti yang ditetapan:

Nama Guru Exco Diskripsi Tugas KPI

Azimi b Md Zin (Prep & Perhimpunan)
Memastikan pengawas bertugas mengawasi prep dan perhimpunan

Irwan b Hamzah (Sahsiah & Akademik)
Mengawasi personaliti dan akademik pengawas supaya berada di tahap yang cemerlang

Murni bt Buchik (Makanan & Kebajikan)
Memastikan urusan makanan dan kebajikan pelajar diurus dengan cemerlang oleh exco makanan

Muhammad b Md Derus (Statistik & Dokumentasi)
Memastikan blog LPP dan papan kenyataan sentiasa ‘update’ dan memantau bahan yang disiarkan

Mardiana bt Baharuddin (Siaraya & Komunikasi)
Memastikan sistem pembesar suara dalam keadaan baik

Sharida bt Abu Talib (Keceriaan & Tugas-tugas Khas)
Membimbing pengawas melaksanakan tugas-tugas kecerian dank has seperti diperlukan oleh pentadbir sekolah.

2. Membantu exco merancang dan melaksana aktiviti dengan lancar dan teratur

3. Memastikan segala arahan pihak pentadbir sekolah dilaksanakan mengikut KPI yang telah ditetapkan.

Senarai Nama Ahli LPP 2010

SENARAI NAMA LEMBAGA PEMIMPIN PELAJAR 2010

1. Wan Faiq Amsyar bin Wan Arifin 5R
2. Amirul bin Sani 5H
3. Mohamed Farhan Hilman bin Mahazir 5S
4. Azzeeq Azuan bin Zainal Abidin 5R
5. Ahmad Akmal bin Abdul Razak 5R
6. Mohd Shazeem Ezzat bin Shakry 5S
7. Mohd Syafriz bin Md Takiyudin 5S
8. Muhamad Aizat Syafiq bin Abdul Karim 5T
9. Muhamad Afiq Fahmi bin Jamil 5S
10. Aizul Shazril bin Muhd Mangin 5T
11. Muhamad Naqiuddin bin Khafiz 5T
12. Muhamad Aiman Al-Khair bin Mohd Zaki 5R
13. Abang Afiq bin Abang Maha 5R
14. Mohamad Lukman bin Mohd Jinal 5S
15. Muhammad Muhaimin bin Ab Rashid 5R
16. Abdul Mu’az bin Mustapa 5H
17. Ahmad Radhi bin Sharom 5K
18. Akram Hasyim bin Ahzari 5T
19. Muhamad Faris Asyraf bin Zulfakher 5H
20. Ammar bin Shamsudin 5H
21. Ahmad Mustaqim bin Zulkifli 5R
22. Mohamad Faisal Imran bin Kamarizan 5S
23. Aiman bin Nasardin 5S
24. Muhamad Syafiq Faris bin Muhd Ridzuan Tan 5T
25. Mohamad Helmy bin Mohd Fuad 5T
26. Uzairil Hakim bin Ahmad Azmi 5R
27. Khairul Nizam bin Badrul Khairi 5H
28. Ahmad Danial bin Anwar 5S
29. Muhamad Aiman Hazim bin Mohd Zamri 5S
30. Amirudin bin Ramdan 5S
31. Mohamad Noor Solehin bin Sulaiman 4S
32. Muhammad Hadri bin Razali 4T
33. Mustaqim bin Mohd Marsidi 4S
34. Mohamad Arif bin Dzahiri 4R
35. Irsyad Harris bin Haris Fadzilah 4R
36. Abdul Hakim Kamil bin Abdul Hamid 4H
37. Amir Haziq bin Mohamed Shamsuri 4R
38. Hasnain bin Hasanan 4S
39. Mohamad Aiman Fahmy bin Mohd Akmal 4K
40. Abdul Latif bin Muhamad Nadzir 4R
41. Muhammad Mukhriz bin Tajuldin 4H
42. Muhammad Arif Azanis bin Azman 4H
43. Ahmad Rifdi bin Zamri 4T
44. Mohd Ezaddin bin Mazlan 4S
45. Ahmad Harith bin Roselan 4K
46. Ahmadul Hadi bin Muhammad Sharif 4H
47. Muhammad Hafizudin bin Amaran 4H
48. Muhamad Azrul Hadi bin Ghazali 4R
49. Muhammad Azim bin Mokhtar 4H
50. Mohamad Shaffuan Zaquan bin Mishan 4H
51. Fadhli Naim bin Ibrahim 3AB
52. Muhammad Hazman bin Hamidon 3AB
53. Muhammad Thalhah bin Kamarol Zaman 3UO
54. Muhammad Shubli bin Othman 3AB
55. Muhammad Luqman Sufyan bin Mohd Junaidi 3RK
56. Muhammad Aiman bin Hashim 3Z
57. Muhamad Nasif bin Mohamad Azlan 3BH
58. Muhammad Syakirin bin Mohamad Amin 3Z
59. Syafiq bin Johari 3Z
60. Mohd Ikmal bin Zamri 3BH
61. Mohd Fahmi bin Zaili Azmi 3RK

Laporan Bulan Januari Exco Siaraya & Komunikasi

LAPORAN BULANAN EXCO SIARAYA DAN KOMUNIKASI
BULAN JANUARI 2010



Tahun ini merupakan tahun yang penuh dengan cabaran dan dugaan yang akan ditempuhi oleh Ahli Lembaga Pemimpin Pelajar khususnaya bagi Exco Siaraya dan komunikasi. Pelbagai aktiuviti dan program sedang dirangka untuk merialisasikan VISI SDAR yang terbilang sebagai Institusi pendidikan yang unggul di peringkat negara dan antarabangsa serta menzahirkan VISI LPP 2010, Semangat 1 SDAR.Ternyata tahun ini bukanlah suatu masa untuk kami selaku ahli exco untuk menggoyang kaki dan hanya menunggu untuk meletakkan jawatan apabila tiba masanya nanti, sebaliknya kami berusaha lebih keras dan lebih gigih untuk berkhidmat untuk sekolah sambil merapatkan jalinan persaudaraan.

Sebermulanya musim persekolahan ini, sudah banyak perkara dan majlis yang perlu dilaksanakan untuk memastikan perjalanan program-program sekolah sentiasa berjalan. Majlis yang membuka tirai tahun 2010 ialah Majlis Jasamu Dikenang, Budimu Disanjung buat ayahanda tercinta bekas pengetua cemerlang SDAR, Dato’ Hj. Azam Hj. Mat Atan. Majlis yang gilang gemilang dan penuhu kemeriahan tetapi dilanda kecelakaan. Beberapa masalah berlaku sewaktu persembahan akibat kekurangan peralatan, kecuaian dan kehendak takdir. Walau apapun musibah yang berlaku sewaktu majlis berlangsung, yang buruk dijadikan iktibar dan pengajaran.

Majlis kedua pada tahun ini merupakan program yang cukup-cukup besar iaitu Program Taklimat NKRA pengetua-pengetua dan guru-guru besar Negeri Sembilan bersama Tn. Sri Dato, Hj. Alimuddin Hj. Mat Dom Pengarah Pelajaran Malaysia. Alhamdulillah, tiada sebarang masalah yang berlaku. Program pada hari itu berjalan dengan lancar. Seterusnya adalah Majlis Penutupan Minggu Adaptasi pelajar-pelajar tingkatan satu, Majlis ini diadakan untuk melihat persembahan-persembahan daripada pelajar-pelajar tingkatan satu.Malangnya sewaktu majlis berlangsung muncul suatu masalah, secara tiba-tiba tiada bunyi suara kedengaran selama beberapa minit. Setelah pemeriksaan dilakukan, didapati bahawa amplifier di dewan Tun Abdul Razak mengalami kerosakan. Walaubagaimanapun majlis pada malam tersebut berkesudahan dengan baik dan rasa puas lahir dalam sanubari kami.

Selang beberapa hari selepas majlis tersebut, Majlis Watikah Perlantikan Organisasi-organisasi sekolah diadakan. Organisasi-organisasi yang terlibat ialah BADAR, Pengawas PSS, PRS, Lembaga Pengarah Kooperasi dan ketua-ketua kelas. Majlis ini berjalan dengan jayanya walau hanya satu pembesar suara daripada empat pembesar suara yang dapat digunakan di dewan Tun Abdul Razak.



Kemudian satu lagi majlis diadakan iaitu majlis High Table Kecemerlangan PMR 2009.Majlis tersebut diadakan dengan tujuan untuk meraikan pelajar-pelajar PMR 2009 yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah dengan mendapat gread purata keseluruhan (GPK) sebanyak 1.01 . Majlis tersebut merupakan sebuah majlis makan malam yang diadakan di dewan makan SDAR. Allhamdulilah majlis tersebut berjalan dengan lancar.

Awal tahun ini banyak peralatan PA yang masih belum mencukupi kerana barang-barang tersebut telah dihantar baiki tetapi masih belum diterima kembali. Selepas pertengahan bulan, baru barang-barang yang dihantar baiki tersebut dikembalikan. Namun ada beberaspa baranbg yang masih belum dihantar baiki iaitu soket tambahan atau (extension plug). Kami mengalami masalh kekurangan soket untuk menggunakan peralatan PA sewaktu majlis berlangsung.Seterusnya masalah berkenaan amplifier di bilik PA yang telah rosak sewaktu Majlis Penutupan Minggu Adaptasi Pelajar-pelajar Tingkatan Satu. Maslah ini masih berlanjutan sehinnga hujung bulan ini. Satu lagi masalah yang merungsingkan kami ialah masalah CD untuk perhimpunan pagi. Hal ini demikian kerana, kami telah menukar versi lagu Negaraku untuk perhimpunan pagi namun hal ini menjadi suatu masalah apabila kami tidak berjaya mem-burn-kan lagu-lagu tersebut dalam CD tersebut mungkin CD yang dibekalkan kepada kami tidak sesuai untuk dimainkan denganradio sekolah.

Pada bulan ini juga BIlik Penyiaran SDAR masih tidak berjalan dengan sepenuhnya berikutan dengan masalah pengurusan kunci bilik yang dipegang oleh guru dan masalah jadual tugasan pelajar yang bertugas. Insyaallah, masalah ini selesai menjelang Febuari.

Walaupun kami selaku Exco Siaraya dan Komunikasi sangat sibuk namun kami tetap komited dengan tugas kami. Semoga hari-hari mendatang akan tetap memberikan semangat yang baharu untuk kami melaksanakan tugas kami dan berbakti pada sekolah.

LAPORAN DISEDIAKAN OLEH,

(AHMAD RIFDI BIN ZAMRI)
SETIAUSAHA EXCO
EXCO SIARAYA DAN KOMUNIKASI,
LEMBAGA PEMIMPIN PELAJAR.

Friday, January 1, 2010

Cetusan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid


Tuan Haji Sahak bin Ahmadun
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SDAR

Unit Hal Ehwal Murid(HEM) Sekolah Dato' Abdul Razak telah mengadakan beberapa aktiviti sepanjang awal tahun 2010. Antara aktiviti di yang telah dianjurkan oleh Unit HEM SDAR ialah:

1. 11 Januari 2010 Pendaftaran pelajar tingkatan 1 seramai 132 orang
2. 29 Januari 2010 Majlis Kecemerlangan High-Table PMR 2009
3. 1 Februari 2010 Majlis Penyerahan Watikan Pelantikan Lembaga Pemimpin Pelajar
4. 2 Februari 2010 Pendaftaran pelajar tingkatan 4 baru 2010
5. 5-7 Februari 2010 Perkhemahan Perdana Rumah Bendahara dan Temenggung

Tinta Pengetua Cemerlang

Tuan Haji Zakaria Md Zin
Pengetua Cemerlang Sekolah Dato' Abdul Razak

SDAR (5 Mac 2010) - Tuan Pengetua Cemerlang menyampaikan ucapan dan peringatan kepada para pelajar SDAR tentang beberapa perkara berkaitan peranan sebagai pelajar Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) ketika perhimpunan pagi Jumaat tadi.

Beliau memulakan ucapan dengan menegur sikap segelintir pelajar yang berwatakan lembut. Beliau berharap mereka berubah menjadi lelaki sejati. Simptom lembut tersebut hendaklah dibendung dengan segera. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Pasukan Wind Orkestra SDAR kerana persembahan hebat hujung minggu lepas.

Tuan Pengetua Cemerlang menjelaskan kelebihan dan tanggung jawab sebagai seorang lelaki. Wanita pula mempunyai kelebihan dan mudah untuk masuk syurga dengan taat kepada Allah dan Rasul serta suami. Manakala, sebagai lelaki pula mesti taat kepada Allah, rasul serta dipertitik beratkan supaya "taat, dan taat dan taat" kepada ibu.

Beliau juga melahirkan kesyukuran kerana SDAR menjadi SBT. Beliau menyedarkan para pelajar bahawa yang menjadi SBT adalah pelajar, bukannya sekolah itu sendiri secara umum. Para pelajar tergolong dalam golongan mempunyai status tinggi. Kriteria-kriteria SBT bukan mudah untuk dipenuhi . Semua warga SDAR perlu terutama pelajar perlu 'bergerak' lebih pantas kehadapan selepas para guru memulakan langkah. Beliau juga meminta supaya para pelajar mencari dan membaca bahan berkaitan ciri-ciri SBT seperti di dalam internet. Para pelajar SDAR perlu menjadi 'Pelajar Bertaraf Dunia'

Ada beberapa perkara yang perlu diambil berat untuk menjadikan kita sebagai warga SBT sejati:

1) Sikap terhadap akademik
HM akan masuk ke dalam kelas dan melihat latihan-latihan yang dibuat. Para pelajar perlu ingat HM akan membuat perbandingan di antara pelajar di dalam kelas. Jika terdapat perbezaan kuantiti dan kualiti latihan, maka beliau akan ambil tindakan yang sewajarnya.

2) Disiplin
Beliau telah melawat banyak sekolah di serata dunia dan mendapati bahawa sekolah-sekolah yang berjaya adalah sekolah yang patuh kepada disiplin. Cuma mereka kurang dari segi akhlak. Beliau berharap para pelajar SDAR tidak mempunyai masalah disiplin seperti datang lewat dan sebagainya kerana ia tidak menggambarkan imej pelajar SBT. Beliau mahu disiplin sifar wujud di SDAR. Para pelajar mesti mempertahankan status SDAR sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi.

3) Pandangan Jauh Terhadap Diri (Misi dan Visi Diri)
Kita perlu menjadi sekolah yang terunggul dan terhebat. Ia menjadi cita-cita tuan pengetua untuk menjadikan SDAR sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi Terunggul. Kita perlu ubah pandangan dan pendekatan agar mencapai visi dan misi sekolah iaitu SDAR terbilang sebagai sebuah institusi yang unggul di peringkat negara dan antarabangsa.
Para pelajar SDAR mesti berbeza selepas menjadi pelajar SBT. Amatlah malang jika hari ini lebih teruk dari semalam. Kita perlu berbeza dari semalam. Malang juga sekiranya hari ini kita sama sahaja seperti semalam.

Beliau mahukan para pelajar berfikiran positif dan bertindak secara positif bagi mencapai visi dan misi. LPP sebagai pemimpin kepada rakan-rakan pelajar SDAR perlu mengorak langkah menjadi peneraju terhadap pencapaian misi dan visi sekolah serta cita-cita tuan pengetua cemerlang tersebut.

*Dipetik daripada ucapan ketika perhimpunan pagi - 5/3/10

Tn Hj Zakaria berkata bahawa para pelajar haruslah berusaha untuk menepati masa dan sentiasa menjaga disiplin diri untuk berjaya dalam apa jua yang diinginkan dan diusahakan. Pada masa yang sama, beliau telah menyentuh perkara berkaitan dengan disiplin para pelajar yang masih belum mencapai tahap yang sepatutnya. Kata beliau, demi sebuah kejayaan, disiplin merupakan perkara yang paling penting dan sepatutnya kita mencontohi bangsa-bangsa lain seperti bangsa India dan Cina di Malaysia yang sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran mereka. Seterusnya, beliau telah menekankan bahawa jadual waktu yang dibuat oleh pelajar tidak ada gunanya sekiranya jadual tersebut tidak dipatuhi.

Sambung beliau lagi, terdapat empat tahap pemikiran manusia. Pertama, tahap pengetahuan, iaitu tahap yang terendah. Tahap kedua ialah tahap kefahaman dan diikuti oleh tahap ketiga, iaitu tahap penggunaan. Beliau telah menekankan tahap keempat yang sepatutnya ada pada setiap pelajar SDAR iaitu tahap analisis. Orang yang mempunyai tahap analisis ini dapat melihat sesuatu situasi lalu membuat satu analisis yang logik berdasarkan situasi tersebut.

Tn Pengetua juga ada menyatakan bahawa kini perempuan sudah hilang kepercayaan terhadap kaum lelaki walhal lelakilah sepatutnya yang memimpin kaum wanita. Beliau ada bercerita tentang pegalamannya dengan pengetua TKC, Che Kamaliah Endud bahawa beliau telah menyatakan hasratnya untuk menjadi pengetua di sekolah tersebut. Pendapat beliau serta-merta telah dibangkang oleh pengetua TKC tersebut kerana tidak sekali-kali seorang lelaki akan menjadi pengetua di TKC. Tn Hj Zakaria menyatakan rasional kata-katanya bahawa dalam keputusan PMR pada tahun lepas, 2 buah sekolah perempuan telah mendahului SDAR di dua tempat teratas dalam kalangan SBP. Sepatutnya, kata beliau, lelaki yang memimpin kaum wnaita dalam segenap aspek.

Berkaitan dengan para pelajar yang berminat untuk mengambil mata pelajaran Prinsip Perakaunan dalam SPM, beliau menasihatkan para pelajar supaya yakin akan keputusan yang dibuat sekarang dan jangan berundur setelah mengambil subjek tersebut.Kata beliau,ke mana saja kita pergi dan apa sahaja yang kita lakukan, janganlah berundur malah teruslah berusaha demi apa yang kita usahakan.

*Dipetik daripada ucapan ketika perjumpaan bersama pelajar tingkatan 4 - 22/2/2010

Pengetua Cemerlang SDAR, Tuan Haji Zakaria Md Zin telah menyampaikan ucapan aluan dalam perjumpaan tersebut. Beliau berkata, perjumpaan antara pihak SDARA ini memberikan semangat kepada beliau dan guru-guru untuk memacu SDAR ke arah lebih gemilang sejajar dengan status SDAR sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi. Beliau menyatakan bahawa banyak ruang yang boleh dilakukan untuk meletakkan SDAR sebagai institusi cemerlang sama ada secara cepat mahupun lambat. Sebagai contoh, melalui pasukan ragbi, wind orchestra dan debat. Buat permulaan SDAR mengambil pendekatan memperkenalkan wind orchestra di peringkat masyarakat dengan mengadakan konsert di Auditorium Tuanku Muhammad. Kompleks Penyiaran RTM Negeri Sembilan pada 27 Februari 2010. Beliau menegaskan SDAR perlu mengekalkan kecemerlangan dalam bidang akademik khususnya PMR. Bagi SPM pula, seluruh warga SDAR perlu bekerja keras untuk memastikan kecemerlangan yang mutlak. Dalam bidang ko-akademik, SDAR perlu mengambil bahagian dalam pertandingan-pertandingan peringkat antarabangsa bagi memperkenalkan nama SDAR di peringkat dunia. Melalui SDARA, diharapkan bantuan berupa kewangan juga kepakaran dapat diberikan bagi membimbing para pelajar SDAR. Selain itu, SDAR juga perlu menjadi peneraju utama dalam kalangan Sekolah Berprestasi Tinggi.

*Dipetik daripada ucapan ketika perjumaan SDAR-SDARA pada 11/2/2010

Tuan Pengetua Cemerlang SDAR, Tuan Haji Zakaria Md Zin turut menyertai latihan kebakaran ini dan memberikan ucapan beliau. Dalam ucapannya, beliau memuji tindakan pantas pelajar SDAR yang peka kepada kecemasan dan latihan yang amat berguna kepada semua warga SDAR. Selain itu, beliau ada menyebut tentang kebersihan asrama SDAR selepas melawat semua blok asrama pada sebelah pagi. Beliau amat berpuas hati dengan tahap kebersihan dan keceriaan asrama dan meletakkan asrama SDAR sebagai 'benchmark' asrama SBP. Mengikut ranking kasar yang telah ditetapkan beliau ialah:

1. Bendahara

2. Temenggung

3. Syahbandar

4. Laksamana

Di Samping itu, Tuan Pengetua Cemerlang menetapkan 2 peraturan penting bagi semua pelajar SDAR. Pertama, semua pelajar haruslah meningkatkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar. Hal itu adalah untuk memantapkan lagi kefasihan SDARians dalam berbicara menggunakan bahasa inggeris. Selain itu, pelajar yang mempunyai urusan bersama beliau haruslah datang berseorangan sama ada urusan rasmi atau peribadi. Pelajar-pelajar juga diwajibkan berbahasa Inggeris ketika berada di pejabatnya.

*Dipetik daripada latihan kebakaran kali pertama - 10/2/10

Tn. Pengetua menyatakan bahawa 11 orang pelajar tersebut kini ibarat berada di 'lombong emas' kerana terdapat banyak peluang untuk berjaya yang terdapat di SDAR baik dari segi akademik mahupun kokurikulum. Beliau juga menyatakan kepada ibu-bapa supaya tidak bimbang malahan seharusnya berbangga kerana anak-anak mereka berjaya melanjutkan pelajaran ke SDAR setelah berjaya dengan cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah pada tahun lalu. Di SDAR katanya, terdapat guru-guru dan para warden yang berdedikasi yang akan memastikan kebajikan para pelajarnya terjamin.

*Dipetik daripada pendaftaran pelajar tingkatan 4 - 4/2/10

"Keupayaan seseorang pemimpin mempengaruhi mereka yang dipimpin untuk melaksanakan tugas agar tanggungjawab dalam matlamat dapat dicapai. Tiga jenis kepimpinan: 1-pemimpin jenis aurokratik, 2-pemimpin yang demokratik ini mementingkan mesyuarah,suara ramai dan pandangan-pandangan kumpulan di bawahnya diambil kira dalam membuat keputusan. cara2 yang terbaik dalam melaksanakan tugas dan amanah. 3- laissez-faire iaitu pemimpin yang tidak memainkan peranan tapi mereka yang dipimpin bebas membuat apa sahaja keputusan dan melalui kaedah sendiri. Kepimpinan yang terbaik ialah cantuman ketiga-tiga jenis kepimpinan iaitu, autokratik, demokratik dan laissez-faire. Terserahlah kepada pemimpin itu untuk membuat keputusan dan perlaksanaan melalui jenis kepimpinan yang ada. Contoh terbaik orang Islam ialah Rasulullah S.a.w."

*Dipetik daripada majlis penyerahan watikah pelantikan lembaga pemimpin pelajar - 1/2/10

"Orang yang cemerlang ini sentiasa menceritakan kejayaan, tidak pernah memberi alasan, jadi kalau sayalah, apa yang saya harapkan dari semua warga SDAR, apa saja kita elak dari memberikan alasan, sebaliknya menceritakan apa yang telah dilakukan, apa yang telah kita capai dan cerita-cerita tentang kejayaan kita. Itulah sifat orang yang cemerlang."

"Orang yang cemerlang ini mempunyai daya tahan dan disiplin yang tinggi. Carilah dan bacalah kisah-kisah hidup orang yang berjaya. Mereka mempunyai pegangan dan amalan yang tersendiri. Pegangan ini mereka pertahankan walau apa jua keadaan susah senag, tercabar, sakit, mereka akan pertahankan pegangan mereka."

"Saya ada bertanya pada warden malam tadi, sama ada waktu Subuh atau waktu Maghrib kita tepat iaitu sejak kita sama-sama berjemaah, saya dapati waktu subuh ramai sangat imam, satu jamaah, kemudian pindah lagi belakang, kalau boleh salah satu daripada dua waktu ini, cari saya, kalau waktu subuh itu masuk 6.05 minit, samapai 6.03 minit semua orang sudah berada di masjid. Kalau waktu maghrib 7.27, 7.25 minit semua orang dah sampai masjid, kalau kita dapat amalkan sekali saja hari ini, mungkin kita akan sesuaikan pada masa-masa lain"

*Dipetik daripada ucapan pada Majlis Kecemerlangan PMR 2009 - 29/1/10

Wednesday, December 30, 2009

Kursus Peningkatan Kepimpinan Pelajar 2010

Induksi yang bertujuan meningkatkan lagi kemahiran para pemimpin pelajar untuk melakukan tugas masing-masing pada tahun 2010 telah diadakan di Cameron Highlands, Pahang. Kursus selama 3 hari bermula 20 Disember sehingga 23 Disember ini dihadiri oleh semua ahli LPP. Rombongan LPP SDAR bertolak ke Cameron Highlands seawal jam 8 pagi 21 Disember dan selamat tiba pada jam 5 petang. Tuan Haji Sahak, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SDAR dan beberapa orang guru LPP turut serta dalam aktiviti ini. Slot antara ahli LPP dilakukan di sebelah malam. Kesemua pemimpin pelajar telah diberi cabaran untuk menaiki Gunung Berinchang. 12 km perjalanan untuk sampai ke puncak gunung. Walaupun terdapat trek jalan kaki, namun stamina dan mental yang kuat diperlukan untuk menghabiskan tugasan ini. Induksi ini banyak memberikan lebih ruang untuk para LPP duduk bekerja bersama dan mengeratkan hubungan antara LPP dalam usaha untuk membawa SDAR menjadi institusi terbilang pada tahun 2010.Panaskan badan sebelum menaiki gunung

Cikgu Azimi turut serta

Permulaan perjalanan

Pertengahan perjalanan

Berhenti seketika untuk bergambar

Papan tanda Gunung Brinchang

Di atas jambatan gantung
Sempadan negeri Pahang dan Perak
Sempat bergambar bersama pelancong asing
Puncak gunung bersebelahan dengan bangunan Telekom
Ladang Strawberry
Ladang Teh
Pusat Teh Boh
Di rumah cikgu Nurul untuk makan tengah hari
Aktiviti kebajikan masyarakat turut diadakan