Gotong Royong Perdana SDAR telah diadakan pada hari sabtu bermula jam 8.00 pagi. Sejajar dengan sasaran SDAR bagi memenangi Anugerah Seri Asrama Terbilang 2010, pihak pentadbiran telah menekankan tahap keceriaan dan kebersihan setiap kelas dan blok. Semua pelajar dikehendaki menceriakan kelas pada hari sabtu dan blok asrama pada hari ahad. Para pelajar telah bertungkus lumus sepanjang 2 hari ini bagi menceriakan dan membersihkan kelas dan asrama masing-masing.
Monday, January 11, 2010
Gotong Royong Perdana SDAR
Posted by LEMBAGA PEMIMPIN PELAJAR SDAR at 11:47 PM 0 comments
Ragbi Friendly SDAR-SSAS
Pasukan Lions SDAR telah menganjurkan satu perlawanan persahabatan SDAR-SSAS yang bertujuan meningkatkan lagi mutu pemain Lions SDAR. Selain itu, perlawanan ini mengeratkan lagi hubungan persahabatan yang telah terjalin sejak sekian lama. Pasukan yang terlibat ialah pasukan bawah 18 tahun dan 14 tahun. Keputusan perlawanan adalah berikut:
SDAR U-18 A vs SSAS : 17-0
SDAR U-18 B vs SSAS : 5-10
SDAR U-14 vs SSAS : 10-0
Semoga perlawanan ini akan memantapkan lagi pasukan ragbi lions SDAR sehingga ke peringkat antarabangsa lagi.
Posted by LEMBAGA PEMIMPIN PELAJAR SDAR at 11:41 PM 0 comments
Friday, January 8, 2010
Jamuan Akhir Tahun LPP 2009
Lembaga Pemimpin Pelajar telah mengadakan satu majlis akhir tahun 2009 di Star Fresh Restaurant, Jalan Kuala Pilah. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk meraikan para pemimpin pelajar yang telah bertungkus lumus selama setahun dalam melakasanakan tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah. Pengetua Cemerlang SDAR, Tuan Haji Azam Md Atan merupakan tetamu kehormat pada majlis tersebut. Menu makanan pada malam tersebut ialah sajian ala cina yang cukup memukau selera tetamu majlis. Gambar sekitar majlis:
Posted by LEMBAGA PEMIMPIN PELAJAR SDAR at 12:58 PM 0 comments
Labels: jamuan
Saturday, January 2, 2010
Bidang Tugas LPP
BIDANG TUGAS JAWATANKUASA LEMBAGA PEMIMPIN PELAJAR
JAWATAN & BIDANG TUGAS
KETUA PELAJAR
• Berhubung dengan pihak pentadbiran sekolah dan warden mengenai perkara-perkara berkaitan dengan kehidupan penghuni asrama SDAR
• Menjadi penyalur maklumat dan informasi kepada para pelajar dalam setiap aktiviti yang dijalankan untuk pelajar khususnya
• Berkuasa dalam menentukan sebarang keputusan mengenai pengurusan organisasi dan pelajar berpaksikan konsep musyawarah
• Memantau perjalanan kelancaran dan kebajikan setiap ahli dalam organisasi Lembaga Pemimpin Pelajar
TIMBALAN KETUA PELAJAR
• Membantu tugas-tugas ketua pelajar
• Memantau pergerakan dan aktiviti pelajar tingkatan 5
• Menjadi perantara mengenai pembangunan asrama SDAR antara pihak sekolah dan pelajar
• Memastikan kawasan asrama SDAR sentiasa berada dalam keadaan yang kondusif
• Menguruskan lawatan deligasi luar ke SDAR dan memastikan sesi lawatan berjalan lancar dan terbaik
• Melaksanakan posmotum berdasarkan laporan yang diterima daripada majlis atau aktiviti yang dijalankan bersama jawatankuasa tertinggi yang lain
• Memantau pergerakan asrama
• Memantau pergerakan aktiviti pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 4
• Memantau pergerakan semua divisyen Lembaga Pemimpin Pelajar
• Membantu ketua pelajar dari aspek pengurusan dan penyimpanan maklumat yang berkaitan dengan Lembaga Pemimpin Pelajar
• Mencatat segala minit mesyuarat dan laporan yang diadakan bersama-sama guru penyelaras
• Mengikuti perkembangan laporan setiap rumah bagi setiap mesyuarat Lembaga Pemimpin Pelajar
• Menguruskan segala urusan surat-menyurat yang berkenaan dengan Lembaga Pemimpin Pelajar
BENDAHARI KEHORMAT
• Membuat belanjawan Lembaga Pemimpin Pelajar
• Menerima laporan kewangan daripada bendahari bagi setiap rumah
• Menyediakan modal dan menerima laporan daripada semua sumber kewangan
• Memastikan sumber kewangan berasal daripada sumber yang halal
EXCO MAKANAN DAN KEBAJIKAN
JAWATAN & BIDANG TUGAS
KETUA EXCO
• Memantau tugasan setiap ahli exco dan menegur jika ada kesalahan
• Memberi tunjuk ajar kepada ahli exco mengenai tugasan yang dijalankan
• Menjaga kebajikan setiap ahli exco
• Menyediakan jadual tugasan
• Merangka dan merancang sistem exco dengan lebih teratur
SETIAUSAHA
• Membuat laporan ketika mesyuarat berlangsung
• Memastikan kehadiran setiap ahli exco ketika mesyuarat
• Menggantikan ketua exco ketika ketiadaannya
AHLI EXCO
• Menjaga kiosk kamar jed
• Meningkatkan hasil jualan kiosk kamar jed
• Berghubung dengan warden mengenai masalah yang dihadapi di dewan makan
• Membantu sekolah melancarkan majlis High Table dan sebarang jamuan yang berkaitan
• Menyediakan jadual penghantaran baju ke dobi
EXCO KELAS PERSEDIAAN DAN PERHIMPUNAN
JAWATAN BIDANG TUGAS
• Menjadi medium pengantaraan antara guru serta Lembaga Pemimpin Pelajar yang lain
• Member tunjuk ajar kepada ahli exco yang lain
• Memantau setiap tugasan dan member teguran apabila membuat kesalahan
• Menjadi nadi penggerak utama setiap kali perhimpunan pagi dan kelas persediaan
• Menjaga kebajikan setiap ahli exco
SETIAUSAHA
• Membuat laporan ketika mesyuarat berlangsung
• Memastikan kehadiran setiap ahli exco ketika mesyuarat
• Menggantikan ketua exco ketika ketiadaannya
• Membuat pengumuman 10 minit awal sebelum waktu perhimpunan dijalankan
• Membuat jadual pengerusi majlis dan komander pada setiap pagi
• Menyediakan buku kehadiran dan borang salah laku pada waktu perhimpunan pagi dan kelas persediaan
• Memastikan borang kesalahan diserahkan kepada setiausaha rumah
• Memastikan barisan para pelajar di tapak perhimpunan berada dalam keadaan teratur
EXCO KECERIAAN DAN TUGAS-TIGAS KHAS
JAWATAN BIDANG KUASA
• Menjaga kebajikan ahli exco
• Menyelaraskan tugas-tugas ahli exco dan bertanggungjawab terhadapnya
• Memastikan tugas dijalankan dengan lancar
• Sentiasa berhubung dengan guru yang berkaitan
• Memastikan keceriaan dan kebersihan dewan berada dalam keadaan yang terbaik
• Menubuhkan jawatankuasa dewan yang terdiri daripada pelajar biasa
• Memastikan susun atur dewan dalam keadaan sempurna
• Menjaga protocol ketika majlis sedang berlangsung
• Mengurus bahagian laporan dan minit mesyuarat apabila selesai sesuatu majlis
• Membantu pihak sekolah dalam segala majlis sekolah dari segi peringkat negeri mahupun kebangsaan
• Menghias dan mngemas kini papan kenyataan Lembaga Pemimpin Pelajar
• Membantu ketua exco dalam setiap perkara
EXCO SIARAYA DAN KOMUNIKASI
JAWATAN BIDANG TUGAS
• Memastikan ahli exco menjalankan tugas dengan komited
• Memastikan projek berjalan dengan lancar
• Berhubung dengan guru penyelaras dalam segala aspek
• Menjadga kebajikan setiap ahli exco
• Mematuhi setiap arahan guru penyelaras
• Datang awal ke setiap aktiviti
• Mencatat setiap alatan yang rosak
• Melabelkan alatan hak milik exco untuk mengelak kecurian
• Mencatat masalah yang dihadapi dan cara penyelesaiannya
• Memastikan setiap kehadiran ahli exco
• Menulis kertas kerja yang diperlukan
• Mematuhi arahan ketua divisyen
• Memastikan keadaan alatan berada dalam keadaan yang baik
• Menguruskan pembelian alatan yang baru
• Memastikan bilik PA dalam dewan berada dalam keadaan yang teratur
• Mematuhi arahan ketua
• Penggerak sesuatu majlis
EXCO STATISTIK DAN DOKUMENTASI
JAWATAN BIDANG TUGAS
• Memastikan perjalanan sesuatu majlis itu berada dalam keadaan yang lancar
• Datang awal ke sekolah
• Memastikan ahli exco sentiasa tinggi bidi pekerti
• Berhubung dengan lembaga pemimpin pelajar
• Menjaga kebajikan ahli exco
• Member tunjuk ajar kepada ahli yang lain
• Mencatatkan hasil yang telah dibincangkan dan laporan yang dijalankan
• Mencatat masalah yang dihadapi dan cara penyelesaiannya
• Memastikan setiap kehadiran ahli exco
• Menulis kertas kerja yang diperlukan
• Mematuhi arahan ketua divisyen
• Mematuhi araha ketua
• Datang awal dalam setiap tugasan
• Mengemukakan masalah yang dihadapi
• Memastikan peralatan ICT yang digunakan oleh pelajar berada dalam keadaan baik dan tidak hilang.
• Memeriksa dan memastikan barang mencukupi setiap bulan.
• Datang awal dalam setiap aktiviti
• Mengumpul maklumat dengan berkesan dan jelas pada ahli exco
• Mematuhi arahan ketua exco
• Sebagai pengubung dengan guru
Berkenaan jika peralatan ICT rosak dan perlu diganti
Sebgai pembawa maklumat tentang pertandingan atau majlis yang akan dijalankan untuk laporan lanjut
Mengambil Tentatif program sesuatu pertandingan atau majlis
Posted by LEMBAGA PEMIMPIN PELAJAR SDAR at 4:26 PM 0 comments
Labels: bidangtugas
Tugas & Tanggungjawab J/kuasa LPP
LEMBAGA PEMIMPIN PELAJAR TAHUN 2010
SEKOLAH DATO’ ABDUL RAZAK, SEREMBAN
TUGAS DAN TANGGUNG JAWAB JAWATANKUASA LEMBAGA PEMIMPIN PELAJAR
A. PERANAN KETIKA DI PERHIMPUNAN PAGI
1. Membantu pihak Jawatankuasa Disiplin Sekolah mengawasi perhimpunan pagi seperti ketetapan berikut:
Nama Guru Pengawas Tingkatan Yang Diawasi
Azimi b Md Zin (T5)
Muhammad b Md Derus (T4)
Cik Mardiana bt Baharuddin (T3)
Cik Sharida bt Abu Talib (T2)
Murni bt Buchik (T1)
Irwan bt Hamzah (Bebas – Guru disiplin)
2. Memastikan ada pengawas bertugas bagi setiap tingkatan yang dikendalikan.
3. Bersama-sama pengawas mengegur dan mengambil tindakan di atas kesalahan disiplin pelajar, khususnya etika berpakaian dan personaliti pelajar.
4. Memastikan pelajar menyanyikan lagu-lagu patriotik dengan betul.
5. Memastikan pengawas bertugas mencatat kesalahan pelajar di dalam borang kesalahan
6. Menyerahkan borang kesalahan pelajar kepada Jawatankuasa Sistem Rumah untuk dimerit.
B. PERANAN TERHADAP ORGANISASI
1. Bertanggung jawap sepenuhnya terhadap aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh organisasi
2. Berperanan memastikan setiap pengawas melaksanakan tugas mengikut etika dan peraturan yang dipersetujui oleh pihak pentadbir sekolah.
C. PERANAN TERHADAP EXCO BAGI MENCAPAI KPI
1. Sentiasa membimbing Majlis Tertinggi LPP dan Exco-exco terhadap bidang tugas seperti yang ditetapan:
Nama Guru Exco Diskripsi Tugas KPI
Azimi b Md Zin (Prep & Perhimpunan)
Memastikan pengawas bertugas mengawasi prep dan perhimpunan
Irwan b Hamzah (Sahsiah & Akademik)
Mengawasi personaliti dan akademik pengawas supaya berada di tahap yang cemerlang
Murni bt Buchik (Makanan & Kebajikan)
Memastikan urusan makanan dan kebajikan pelajar diurus dengan cemerlang oleh exco makanan
Muhammad b Md Derus (Statistik & Dokumentasi)
Memastikan blog LPP dan papan kenyataan sentiasa ‘update’ dan memantau bahan yang disiarkan
Mardiana bt Baharuddin (Siaraya & Komunikasi)
Memastikan sistem pembesar suara dalam keadaan baik
Sharida bt Abu Talib (Keceriaan & Tugas-tugas Khas)
Membimbing pengawas melaksanakan tugas-tugas kecerian dank has seperti diperlukan oleh pentadbir sekolah.
2. Membantu exco merancang dan melaksana aktiviti dengan lancar dan teratur
3. Memastikan segala arahan pihak pentadbir sekolah dilaksanakan mengikut KPI yang telah ditetapkan.
Posted by LEMBAGA PEMIMPIN PELAJAR SDAR at 4:16 PM 0 comments
Labels: jawatankuasalpp
Senarai Nama Ahli LPP 2010
SENARAI NAMA LEMBAGA PEMIMPIN PELAJAR 2010
1. Wan Faiq Amsyar bin Wan Arifin 5R
2. Amirul bin Sani 5H
3. Mohamed Farhan Hilman bin Mahazir 5S
4. Azzeeq Azuan bin Zainal Abidin 5R
5. Ahmad Akmal bin Abdul Razak 5R
6. Mohd Shazeem Ezzat bin Shakry 5S
7. Mohd Syafriz bin Md Takiyudin 5S
8. Muhamad Aizat Syafiq bin Abdul Karim 5T
9. Muhamad Afiq Fahmi bin Jamil 5S
10. Aizul Shazril bin Muhd Mangin 5T
11. Muhamad Naqiuddin bin Khafiz 5T
12. Muhamad Aiman Al-Khair bin Mohd Zaki 5R
13. Abang Afiq bin Abang Maha 5R
14. Mohamad Lukman bin Mohd Jinal 5S
15. Muhammad Muhaimin bin Ab Rashid 5R
16. Abdul Mu’az bin Mustapa 5H
17. Ahmad Radhi bin Sharom 5K
18. Akram Hasyim bin Ahzari 5T
19. Muhamad Faris Asyraf bin Zulfakher 5H
20. Ammar bin Shamsudin 5H
21. Ahmad Mustaqim bin Zulkifli 5R
22. Mohamad Faisal Imran bin Kamarizan 5S
23. Aiman bin Nasardin 5S
24. Muhamad Syafiq Faris bin Muhd Ridzuan Tan 5T
25. Mohamad Helmy bin Mohd Fuad 5T
26. Uzairil Hakim bin Ahmad Azmi 5R
27. Khairul Nizam bin Badrul Khairi 5H
28. Ahmad Danial bin Anwar 5S
29. Muhamad Aiman Hazim bin Mohd Zamri 5S
30. Amirudin bin Ramdan 5S
31. Mohamad Noor Solehin bin Sulaiman 4S
32. Muhammad Hadri bin Razali 4T
33. Mustaqim bin Mohd Marsidi 4S
34. Mohamad Arif bin Dzahiri 4R
35. Irsyad Harris bin Haris Fadzilah 4R
36. Abdul Hakim Kamil bin Abdul Hamid 4H
37. Amir Haziq bin Mohamed Shamsuri 4R
38. Hasnain bin Hasanan 4S
39. Mohamad Aiman Fahmy bin Mohd Akmal 4K
40. Abdul Latif bin Muhamad Nadzir 4R
41. Muhammad Mukhriz bin Tajuldin 4H
42. Muhammad Arif Azanis bin Azman 4H
43. Ahmad Rifdi bin Zamri 4T
44. Mohd Ezaddin bin Mazlan 4S
45. Ahmad Harith bin Roselan 4K
46. Ahmadul Hadi bin Muhammad Sharif 4H
47. Muhammad Hafizudin bin Amaran 4H
48. Muhamad Azrul Hadi bin Ghazali 4R
49. Muhammad Azim bin Mokhtar 4H
50. Mohamad Shaffuan Zaquan bin Mishan 4H
51. Fadhli Naim bin Ibrahim 3AB
52. Muhammad Hazman bin Hamidon 3AB
53. Muhammad Thalhah bin Kamarol Zaman 3UO
54. Muhammad Shubli bin Othman 3AB
55. Muhammad Luqman Sufyan bin Mohd Junaidi 3RK
56. Muhammad Aiman bin Hashim 3Z
57. Muhamad Nasif bin Mohamad Azlan 3BH
58. Muhammad Syakirin bin Mohamad Amin 3Z
59. Syafiq bin Johari 3Z
60. Mohd Ikmal bin Zamri 3BH
61. Mohd Fahmi bin Zaili Azmi 3RK
Posted by LEMBAGA PEMIMPIN PELAJAR SDAR at 3:58 PM 0 comments
Labels: senarainama
Laporan Bulan Januari Exco Siaraya & Komunikasi
LAPORAN BULANAN EXCO SIARAYA DAN KOMUNIKASI
BULAN JANUARI 2010
Tahun ini merupakan tahun yang penuh dengan cabaran dan dugaan yang akan ditempuhi oleh Ahli Lembaga Pemimpin Pelajar khususnaya bagi Exco Siaraya dan komunikasi. Pelbagai aktiuviti dan program sedang dirangka untuk merialisasikan VISI SDAR yang terbilang sebagai Institusi pendidikan yang unggul di peringkat negara dan antarabangsa serta menzahirkan VISI LPP 2010, Semangat 1 SDAR.Ternyata tahun ini bukanlah suatu masa untuk kami selaku ahli exco untuk menggoyang kaki dan hanya menunggu untuk meletakkan jawatan apabila tiba masanya nanti, sebaliknya kami berusaha lebih keras dan lebih gigih untuk berkhidmat untuk sekolah sambil merapatkan jalinan persaudaraan.
Sebermulanya musim persekolahan ini, sudah banyak perkara dan majlis yang perlu dilaksanakan untuk memastikan perjalanan program-program sekolah sentiasa berjalan. Majlis yang membuka tirai tahun 2010 ialah Majlis Jasamu Dikenang, Budimu Disanjung buat ayahanda tercinta bekas pengetua cemerlang SDAR, Dato’ Hj. Azam Hj. Mat Atan. Majlis yang gilang gemilang dan penuhu kemeriahan tetapi dilanda kecelakaan. Beberapa masalah berlaku sewaktu persembahan akibat kekurangan peralatan, kecuaian dan kehendak takdir. Walau apapun musibah yang berlaku sewaktu majlis berlangsung, yang buruk dijadikan iktibar dan pengajaran.
Majlis kedua pada tahun ini merupakan program yang cukup-cukup besar iaitu Program Taklimat NKRA pengetua-pengetua dan guru-guru besar Negeri Sembilan bersama Tn. Sri Dato, Hj. Alimuddin Hj. Mat Dom Pengarah Pelajaran Malaysia. Alhamdulillah, tiada sebarang masalah yang berlaku. Program pada hari itu berjalan dengan lancar. Seterusnya adalah Majlis Penutupan Minggu Adaptasi pelajar-pelajar tingkatan satu, Majlis ini diadakan untuk melihat persembahan-persembahan daripada pelajar-pelajar tingkatan satu.Malangnya sewaktu majlis berlangsung muncul suatu masalah, secara tiba-tiba tiada bunyi suara kedengaran selama beberapa minit. Setelah pemeriksaan dilakukan, didapati bahawa amplifier di dewan Tun Abdul Razak mengalami kerosakan. Walaubagaimanapun majlis pada malam tersebut berkesudahan dengan baik dan rasa puas lahir dalam sanubari kami.
Selang beberapa hari selepas majlis tersebut, Majlis Watikah Perlantikan Organisasi-organisasi sekolah diadakan. Organisasi-organisasi yang terlibat ialah BADAR, Pengawas PSS, PRS, Lembaga Pengarah Kooperasi dan ketua-ketua kelas. Majlis ini berjalan dengan jayanya walau hanya satu pembesar suara daripada empat pembesar suara yang dapat digunakan di dewan Tun Abdul Razak.
Kemudian satu lagi majlis diadakan iaitu majlis High Table Kecemerlangan PMR 2009.Majlis tersebut diadakan dengan tujuan untuk meraikan pelajar-pelajar PMR 2009 yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah dengan mendapat gread purata keseluruhan (GPK) sebanyak 1.01 . Majlis tersebut merupakan sebuah majlis makan malam yang diadakan di dewan makan SDAR. Allhamdulilah majlis tersebut berjalan dengan lancar.
Awal tahun ini banyak peralatan PA yang masih belum mencukupi kerana barang-barang tersebut telah dihantar baiki tetapi masih belum diterima kembali. Selepas pertengahan bulan, baru barang-barang yang dihantar baiki tersebut dikembalikan. Namun ada beberaspa baranbg yang masih belum dihantar baiki iaitu soket tambahan atau (extension plug). Kami mengalami masalh kekurangan soket untuk menggunakan peralatan PA sewaktu majlis berlangsung.Seterusnya masalah berkenaan amplifier di bilik PA yang telah rosak sewaktu Majlis Penutupan Minggu Adaptasi Pelajar-pelajar Tingkatan Satu. Maslah ini masih berlanjutan sehinnga hujung bulan ini. Satu lagi masalah yang merungsingkan kami ialah masalah CD untuk perhimpunan pagi. Hal ini demikian kerana, kami telah menukar versi lagu Negaraku untuk perhimpunan pagi namun hal ini menjadi suatu masalah apabila kami tidak berjaya mem-burn-kan lagu-lagu tersebut dalam CD tersebut mungkin CD yang dibekalkan kepada kami tidak sesuai untuk dimainkan denganradio sekolah.
Pada bulan ini juga BIlik Penyiaran SDAR masih tidak berjalan dengan sepenuhnya berikutan dengan masalah pengurusan kunci bilik yang dipegang oleh guru dan masalah jadual tugasan pelajar yang bertugas. Insyaallah, masalah ini selesai menjelang Febuari.
Walaupun kami selaku Exco Siaraya dan Komunikasi sangat sibuk namun kami tetap komited dengan tugas kami. Semoga hari-hari mendatang akan tetap memberikan semangat yang baharu untuk kami melaksanakan tugas kami dan berbakti pada sekolah.
LAPORAN DISEDIAKAN OLEH,
(AHMAD RIFDI BIN ZAMRI)
SETIAUSAHA EXCO
EXCO SIARAYA DAN KOMUNIKASI,
LEMBAGA PEMIMPIN PELAJAR.
Posted by LEMBAGA PEMIMPIN PELAJAR SDAR at 3:36 PM 0 comments
Labels: komunikasi
Friday, January 1, 2010
Cetusan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SDAR
1. 11 Januari 2010 Pendaftaran pelajar tingkatan 1 seramai 132 orang
2. 29 Januari 2010 Majlis Kecemerlangan High-Table PMR 2009
3. 1 Februari 2010 Majlis Penyerahan Watikan Pelantikan Lembaga Pemimpin Pelajar
4. 2 Februari 2010 Pendaftaran pelajar tingkatan 4 baru 2010
5. 5-7 Februari 2010 Perkhemahan Perdana Rumah Bendahara dan Temenggung
Posted by LEMBAGA PEMIMPIN PELAJAR SDAR at 1:08 AM 0 comments
Labels: pkhem
Tinta Pengetua Cemerlang
Ada beberapa perkara yang perlu diambil berat untuk menjadikan kita sebagai warga SBT sejati:
1) Sikap terhadap akademik
2) Disiplin
3) Pandangan Jauh Terhadap Diri (Misi dan Visi Diri)
Beliau mahukan para pelajar berfikiran positif dan bertindak secara positif bagi mencapai visi dan misi. LPP sebagai pemimpin kepada rakan-rakan pelajar SDAR perlu mengorak langkah menjadi peneraju terhadap pencapaian misi dan visi sekolah serta cita-cita tuan pengetua cemerlang tersebut.
*Dipetik daripada ucapan ketika perhimpunan pagi - 5/3/10
Sambung beliau lagi, terdapat empat tahap pemikiran manusia. Pertama, tahap pengetahuan, iaitu tahap yang terendah. Tahap kedua ialah tahap kefahaman dan diikuti oleh tahap ketiga, iaitu tahap penggunaan. Beliau telah menekankan tahap keempat yang sepatutnya ada pada setiap pelajar SDAR iaitu tahap analisis. Orang yang mempunyai tahap analisis ini dapat melihat sesuatu situasi lalu membuat satu analisis yang logik berdasarkan situasi tersebut.
Tn Pengetua juga ada menyatakan bahawa kini perempuan sudah hilang kepercayaan terhadap kaum lelaki walhal lelakilah sepatutnya yang memimpin kaum wanita. Beliau ada bercerita tentang pegalamannya dengan pengetua TKC, Che Kamaliah Endud bahawa beliau telah menyatakan hasratnya untuk menjadi pengetua di sekolah tersebut. Pendapat beliau serta-merta telah dibangkang oleh pengetua TKC tersebut kerana tidak sekali-kali seorang lelaki akan menjadi pengetua di TKC. Tn Hj Zakaria menyatakan rasional kata-katanya bahawa dalam keputusan PMR pada tahun lepas, 2 buah sekolah perempuan telah mendahului SDAR di dua tempat teratas dalam kalangan SBP. Sepatutnya, kata beliau, lelaki yang memimpin kaum wnaita dalam segenap aspek.
Berkaitan dengan para pelajar yang berminat untuk mengambil mata pelajaran Prinsip Perakaunan dalam SPM, beliau menasihatkan para pelajar supaya yakin akan keputusan yang dibuat sekarang dan jangan berundur setelah mengambil subjek tersebut.Kata beliau,ke mana saja kita pergi dan apa sahaja yang kita lakukan, janganlah berundur malah teruslah berusaha demi apa yang kita usahakan.
*Dipetik daripada ucapan ketika perjumaan SDAR-SDARA pada 11/2/2010
Tuan Pengetua Cemerlang SDAR, Tuan Haji Zakaria Md Zin turut menyertai latihan kebakaran ini dan memberikan ucapan beliau. Dalam ucapannya, beliau memuji tindakan pantas pelajar SDAR yang peka kepada kecemasan dan latihan yang amat berguna kepada semua warga SDAR. Selain itu, beliau ada menyebut tentang kebersihan asrama SDAR selepas melawat semua blok asrama pada sebelah pagi. Beliau amat berpuas hati dengan tahap kebersihan dan keceriaan asrama dan meletakkan asrama SDAR sebagai 'benchmark' asrama SBP. Mengikut ranking kasar yang telah ditetapkan beliau ialah:
1. Bendahara
2. Temenggung
3. Syahbandar
4. Laksamana
Di Samping itu, Tuan Pengetua Cemerlang menetapkan 2 peraturan penting bagi semua pelajar SDAR. Pertama, semua pelajar haruslah meningkatkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar. Hal itu adalah untuk memantapkan lagi kefasihan SDARians dalam berbicara menggunakan bahasa inggeris. Selain itu, pelajar yang mempunyai urusan bersama beliau haruslah datang berseorangan sama ada urusan rasmi atau peribadi. Pelajar-pelajar juga diwajibkan berbahasa Inggeris ketika berada di pejabatnya.
*Dipetik daripada latihan kebakaran kali pertama - 10/2/10
*Dipetik daripada pendaftaran pelajar tingkatan 4 - 4/2/10
"Keupayaan seseorang pemimpin mempengaruhi mereka yang dipimpin untuk melaksanakan tugas agar tanggungjawab dalam matlamat dapat dicapai. Tiga jenis kepimpinan: 1-pemimpin jenis aurokratik, 2-pemimpin yang demokratik ini mementingkan mesyuarah,suara ramai dan pandangan-pandangan kumpulan di bawahnya diambil kira dalam membuat keputusan. cara2 yang terbaik dalam melaksanakan tugas dan amanah. 3- laissez-faire iaitu pemimpin yang tidak memainkan peranan tapi mereka yang dipimpin bebas membuat apa sahaja keputusan dan melalui kaedah sendiri. Kepimpinan yang terbaik ialah cantuman ketiga-tiga jenis kepimpinan iaitu, autokratik, demokratik dan laissez-faire. Terserahlah kepada pemimpin itu untuk membuat keputusan dan perlaksanaan melalui jenis kepimpinan yang ada. Contoh terbaik orang Islam ialah Rasulullah S.a.w."
*Dipetik daripada majlis penyerahan watikah pelantikan lembaga pemimpin pelajar - 1/2/10
"Orang yang cemerlang ini mempunyai daya tahan dan disiplin yang tinggi. Carilah dan bacalah kisah-kisah hidup orang yang berjaya. Mereka mempunyai pegangan dan amalan yang tersendiri. Pegangan ini mereka pertahankan walau apa jua keadaan susah senag, tercabar, sakit, mereka akan pertahankan pegangan mereka."
"Saya ada bertanya pada warden malam tadi, sama ada waktu Subuh atau waktu Maghrib kita tepat iaitu sejak kita sama-sama berjemaah, saya dapati waktu subuh ramai sangat imam, satu jamaah, kemudian pindah lagi belakang, kalau boleh salah satu daripada dua waktu ini, cari saya, kalau waktu subuh itu masuk 6.05 minit, samapai 6.03 minit semua orang sudah berada di masjid. Kalau waktu maghrib 7.27, 7.25 minit semua orang dah sampai masjid, kalau kita dapat amalkan sekali saja hari ini, mungkin kita akan sesuaikan pada masa-masa lain"
*Dipetik daripada ucapan pada Majlis Kecemerlangan PMR 2009 - 29/1/10
Posted by LEMBAGA PEMIMPIN PELAJAR SDAR at 12:00 AM 0 comments
Labels: hm
Wednesday, December 30, 2009
Kursus Peningkatan Kepimpinan Pelajar 2010
Panaskan badan sebelum menaiki gunung
Cikgu Azimi turut serta
Permulaan perjalanan
Pertengahan perjalanan
Berhenti seketika untuk bergambar
Papan tanda Gunung Brinchang
Di atas jambatan gantung
Sempadan negeri Pahang dan Perak
Sempat bergambar bersama pelancong asing
Puncak gunung bersebelahan dengan bangunan Telekom
Ladang Strawberry
Ladang Teh
Pusat Teh Boh
Di rumah cikgu Nurul untuk makan tengah hari
Aktiviti kebajikan masyarakat turut diadakanPosted by LEMBAGA PEMIMPIN PELAJAR SDAR at 11:39 PM 1 comments
Labels: cameron

